BANGI - Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah melaksanakan Bengkel Penyediaan Kertas Strategi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) di mana YBK telah dijemput untuk memberikan buah fikiran dalam kumpulan kecil Focus Group B40 & Kemiskinan Luar Bandar. Bengkel ini dijalankan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Bangi selama 3 hari dari 16 hingga 18 Februari 2014.

Sesi selama 3 hari ini berkisar kepada perbincangan dalam kumpulan dan penyediaan pembentangan untuk dikongsi kepada semua peserta pada hari terakhir. Pelbagai agensi, jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam bengkel ini dan masing-masing telah memberikan idea, pandangan dan komen berkenaan polisi, program dan perlaksanaan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Agensi yang terlibat dalam kumpulan B40 adalah antaranya Unit Penyelarasan & Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perangkaan, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Amanah Ikhtiar Malaysia dan pelbagai lagi.

Diharapkan agar cadangan dan pandangan yang telah dibentangkan oleh semua Focus Group dapat diberi perhatian oleh kerajaan supaya visi Wawasan 2020 dapat dicapai dengan jayanya.

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย 03 7875 0036
FAKS :ย 03 7875 0719
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;