ASRAMA KASIH YBK SERENDAH adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim. Asrama ini terletak di Kg. Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, dan dibangunkan pada tahun 1994 dengan pengubahsuaian pada tahun 2000. Objektif ASKA Serendah adalah untuk membantu pelajar dengan kemudahan dan pembiayaan sara hidup, pembelajaran dan pembangunan sahsiah. Semua pelajar bersekolah di SMK Serendah.

Penginapan, duit belanja harian, dan makan percuma disediakan kepada semua pelajar di samping kelas-kelas bimbingan. Dengan kemudahan infrastruktur antaranya seperti surau, perpustakaan dan bilik komputer, YBK yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki sahsiah hidup yang baik. YBK tidak lupa memberikan penekanan soal sikap dan disiplin melalui kelas pengajian Pendidikan Islam dan aktiviti seperti kelas silat dan pelbagai lagi.

✅ OBJEKTIF : Kemudahan sara-hidup, pembelajaran & sahsiah pelajar.
✅ KUMPULAN SASAR : Pelajar miskin dan yatim dengan minimum gred 2A dalam peperiksaan UPSR.
✅ PEMBIAYAAN MAKAN : Bantuan Makanan Asrama (BMA) @ RM17.00 seorang/hari.
✅ KOS SARA HIDUP PELAJAR : RM48,000.00 (untuk 5 tahun).
✅ KOS PEMBANGUNAN : RM3,258,000.00 (Tanah: RM95,625.00)
✅ KOS OPERASI (1994-2014) : RM12,401,355.61
✅ CARA KEMASUKAN : Perakuan sekolah; Senarai pendek; Siasatan terus.

PUAN HALIMATON SAADIAH BT. MOHD NAWAWI
Pengetua

KELULUSAN
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) - Sistem Pengurusan, Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR).

USTAZ SYAIFUL AKMAL B. ADDANAN
Timbalan Pengetua

KELULUSAN
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Pengajian Al-Quran & Hadith, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

ENCIK MUHAMMAD KHUZAIMIE B. MUD ZAMER
Warden

KELULUSAN
Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) 
Mekanik Kenderaan Perdagangan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

ENCIK MUHAMMAD NUR IZZUDDEEN B. SUNARSA
Warden

KELULUSAN
Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) Kimpalan dan Fabrikasi
, Institut Kemahiran Malaysia (IKM).

CIK NUR AINI BT. MAZLAN
Warden

KELULUSAN
Diploma Pengurusan Peruncitan
, Politeknik Ungku Omar.

CIK NURUL SYAZWANI BT. BAHARUDDIN
Warden

KELULUSAN
Sijil Pelajaran Malaysia.

ENCIK AMIRUDDIN B. RAMLI
Warden/Pemandu

KELULUSAN
Sijil Pelajaran Malaysia

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;