Program Lindungan Kasih ialah projek membina semula rumah usang keluarga termiskin di atas tapak rumah sediada. YBK mengenalpasti keluarga termiskin di seluruh negeri Selangor yang tinggal di pondok yang usang dan dalam keadaan serba daif.
Program Lindungan Kasih telah dilaksanakan sepanjang tahun 1991 sehingga 2001. Untuk tempuh tersebut, sebanyak 458 buah rumah telah dibina di bawah projek ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM1,450,529.81.

Bilangan rumah yang dibaikpulih mengikut daerah adalah seperti berikut: Prestasi Lindungan Kasih (Daerah) - PDF

Program Pemulihan Rumah

YBK juga melaksanakan Program Pemulihan Rumah daripada peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di bawah program ini YBK telah membaik pulih 129 rumah seperti membaiki atap, dinding, dapur dan sebagainya. Sebanyak RM640,669.00 telah dibelanjakan untuk tujuan program ini.

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2002, YBK tidak lagi melibatkan diri dalam pembinaan rumah di bawah Lindungan Kasih memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Program Kerajaan Prihatin dimana salah satu objektifnya ialah memberi kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah.

Bilangan rumah yang dibaikpulih mengikut daerah adalah seperti berikut: Prestasi Program Pemulihan Rumah (Daerah) - PDF

   


🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;