YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) didaftarkan secara rasmi pada 26 Mac 1990 dan di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. Dilancarkan secara rasminya pada bulan April, 1990 oleh Tan Sri Dato' Hj. Muhammad bin Hj. Muhd. Taib.

Kumpulan sasar adalah berdasarkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) dari masa ke semasa. Selain itu, YBK turut mengambil kira beberapa kriteria tambahan untuk mengenal pasti kumpulan sasar iaitu seperti tinggal di rumah usang dan tiada kemudahan asas yang sempurna, tahap kesihatan yang rendah, miskin akibat bencana alam, atau kekurangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi.

Seiring dengan peredaran masa, YBK kini bertumpu kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan memandangkan cabaran kemiskinan masa kini adalah dari sudut ilmu, sikap dan budaya di samping kemiskinan harta/monetari.

 

VISI : Menjadikan YBK Yayasan Terulung, Mantap dan Berkesan Di Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan.

MISI : Membantu membasmi kemiskinan di Malaysia melalui program pembangunan modal insan.

✅ Meningkatkan kesejahteraan hidup kumpulan sasar melalui program-program pembasmian kemiskinan yang bersepadu.

✅ Membangun sumber, kapasiti, teknologi, jaringan untuk melaksanakan program.

✅ Membangun kepakaran YBK sebagai pusat rujukan NGO dalam membasmi kemiskinan.

✅ Memperkasakan rangkaian rakan kongsi, agensi kerajaan, dan media untuk mempertingkatkan keberkesanan YBK membasmi kemiskinan.

✅ Bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksana program-program pembasmian kemiskinan global.

✅ Menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa Malaysia melalui program-program YBK.

✅ Merancang, melaksanakan dan memantapkan program sukarelawan YBK.

✅ Anak yatim, piatu, dan/atau miskin.

✅ Belia tercicir dan terkesamping.

✅ Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya.

✅ Ibu Tunggal.

✅ serta kriteria-kriteria lain yang diputuskan dari masa ke semasa.

✅ Pembangunan Modal Insan

✅ Sukarelawan YBK

✅ Merancakkan semula program-program sosio-ekonomi

✅ Membina Desa Kasih yang baru

✅ Pengembangan YBK

✅ Memantapkan Organisasi YBK

✅ Keupayaan Kewangan

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;