- Hit: 7704
AKADEMI KEMAHIRAN YBK (AKYBK) adalah sebuah institusi latihan kemahiran milik penuh Yayasan Basmi Kemiskinan yang terletak di Kg. Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
AKYBK menawarkan Sijil Kekompetenan Pendawaian Elektrik iaitu kursus PENDAWAI FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN PW2 - (SEPENUH MASA) di bawah pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada tarikh 1 Ogos 2019 secara rasminya AKYBK telah diberikan pentauliahan serta kebenaran dari Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan Kursus PENDAWAI FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN PW2 - (SEPARUH MASA) di AKYBK.
Akademi Kemahiran YBK dahulunya dikenali sebagai Akademi Mutiara YBK Sdn. Bhd. semasa penubuhannya bermula pada tahun 2003. Ketika itu ia menawarkan program-program di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Pada Februari 2008, institusi latihan kemahiran ini dijenamakan kepada Akademi Kemahiran YBK setelah mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menjalankan Kursus Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian PW2 (Sepenuh Masa). Kampus AKYBK dibangunkan atas tanah YBK yang terletak di Lot 2871, Mukim Hulu Bernam. Antara kemudahan yang disediakan adalah kelas pembelajaran, bengkel kemahiran, dan tempat penginapan asrama pelatih yang boleh menempatkan kapasiti 50 orang pelatih pada satu-satu masa. AKYBK dahulunya pernah menawarkan kursus-kursus kemahiran seperti Kursus D-060-2 Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (6 Bulan), dan Kursus IT-080-3 Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (1 tahun). Kos pengajian pelajar pada ketika itu adalah secara pembiayaan sendiri atau ditaja melalui peruntukan Latihan Kemahiran Kerjaya Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Pusat Zakat Selangor, atau agensi lain yang berkenaan.SEJARAH
Mendukung visi untuk mengangkat darjat insan ke martabat yang paling tinggi yang memuliakan ilmu, kemahiran, kerjasama dan intelektual.VISI
Berpegang kepada misi untuk mencorak, membina dan melahirkan insan yang berketerampilan dari segi fizikal intelektual dan spiritual.MISI
Melahirkan insan cemerlang dalam cabang kemahiran; yang mempunyai jati diri yang teguh serta bersifat holistik.MATLAMAT
• PENDAWAIAN FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN (PW2) Tempoh pengajian adalah selama 24 BULAN @ 2 TAHUN dengan pecahan seperti berikut; • Latihan di AKYBK (12 bulan) Syarat-Syarat Kemasukan • Warganegara Malaysia; Penganugerahan Sijil • Perakuan Kekompetenan Pendawai Suruhanjaya Tenaga (ST). Waktu Pembelajaran (Sepenuh Masa) • Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang). Bahasa Pengantar • Bahasa Melayu. Pilihan Pembiayaan • Sendiri, atau; Lain-Lain Kemudahan • Penginapan disediakan
• Latihan industri (9 bulan)
• Persediaan di AKYBK (3 bulan)
• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ATAU tamat tingkatan 5;
• Tidak rabun warna dan tidak cacat pendengaran.
• Sabtu minggu ke-2, 4, dan 5 (9 pagi hingga 1 petang).
• Tajaan (bagi yang layak) - Lembaga Zakat Selangor atau lain-lain agensi.