Program Pemulihan Sikap Desa Kasih Merbau Berdarah merupakan yang disarankan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Pihak Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM 304,000.00 kepada YBK pada 16 Disember 1999 dengan objektif utama untuk mengubah sikap peserta Desa Kasih Merbau Berdarah menjadi lebih positif dan berdaya saing. Justeru, YBK telah melantik beberapa firma konsultan yang mempunyai kepakaran dalam program pemulihan sikap.

Program ini dilaksanakan kepada kumpulan sasar yang dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu Ketua Isi Rumah (KIR); Ahli Isi Rumah (AIR); suri rumah dan anak-anak peserta.

MODUL

Change Agent - Kursus Kepimpinan; Bina Insan; Komunikasi Berkesan; Semangat Berpasukan; Pengurusan KIR ;dan Bengkel Kepimpinan Asas Keusahawanan.
Kursus Bina Insan - Keibubapaan dan Kejiranan; Seminar KIR; Kelas bimbingan komputer.
Pelajar - Kelas Tuisyen Tingkatan 3, 4 dan 5; Kelas Komputer; Kem kecemerlangan pendidikan semasa cuti sekolah.
Seminar - Bimbingan Kerjaya; Bengkel Keusahawanan.

KEJAYAAN PROGRAM

• Peningkatan bilangan peserta yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang diadakan dari masa ke semasa.
• Memberi perhatian kepada kebersihan rumah dan persekitaran kawasan Desa Kasih.
• Berani mengeluarkan pendapat dan pandangan dalam sesuatu hal tanpa rasa takut atau segan.
• Memberi galakan kepada anak-anak untuk kecemerlangan pendidikan.
• Mula melaksanakan perusahaan kecil-kecilan untuk menambah sumber pendapatan.

RUMUSAN

YBK berpendapat pelaksanaan program ini berjaya meningkatkan sikap dengan menambah pengetahuan dan pengalaman baru kepada suatu cara hidup yang sepatutnya agar tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;