PUSAT LATIHAN YBK (PLYBK) adalah institusi pendidikan milik penuh YBK yang terletak di Kuala Selangor. Telah beroperasi sejak tahun 1992 dengan kos pembangunan sebanyak RM1.9 juta, PLYBK menawarkan kursus-kursus di bawah pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

  • SEJARAH

    PLYBK telah dirasmikan pada 18 Ogos 1992 oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor pada waktu itu, melalui satu permuafakatan strategik antara YBK bersama UMW Corporation Sdn. Bhd (UMW).

    Hasil daripada permuafakatan ini membuka peluang kepada lepasan sekolah daripada keluarga miskin terpilih untuk menerima penajaan penuh pengajian di samping ditawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian oleh UMW dan beberapa syarikat korporat.

    Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2002, UMW telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan PLYBK kepada YBK setelah yakin dengan kemampuan YBK mengurus sendiri institusi ini. UMW juga telah menghadiahkan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada YBK sebagai simbolik penerusan semangat kerjasama antara kedua-dua pihak demi mencapai matlamat kecemerlangan PLYBK.

  • VISI

    Mendukung cita-cita PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN untuk semua.

  • MISI

    1. Mendekatkan Institusi dengan masyarakat.
    2. Membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana mendapat pendidikan kemahiran.
    3. Menyediakan program pendidikan berkualiti yang diiktiraf dengan kos yang sederhana.

  • OBJEKTIF

    1. Melahirkan sumber tenaga mahir dan separuh mahir bagi sektor industri negara serta yang berkaitan dengannya.
    2. Membantu mengurangkan kemiskinan isi rumah melalui pendekatan memberi latihan kemahiran dalam bidang yang relevan dengan pasaran kerja.
    3. Membantu belia-belia menganggur mempelajari kemahiran asas dalam bidang-bidang tertentu yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
    4. Melatih belia menjadi warganegara yang berdisiplin, berdikari serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal agar mereka terhindar dari terjerumus dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan kegiatan tidak bermoral.
    5. Menjadi penghubung kepada industri yang berkaitan dengan sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (Tahap 2 & 3)
Program-program di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

ELEKTRIK
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1 & 3 Fasa:
Tahap 2 & 3 - (EE-320-2&3:2012)

AUTOMOTIF
Automotif Servis Selepas Jualan:
Tahap 2 & 3 - (TP-300-2&3:2013)

PELUKIS PELAN
Lukisan Pelan Seni Bina:
Tahap 3 - (BC-050-3:2013)

KURSUS SIJIL KECEKAPAN KEMAHIRAN
Program-program di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

PENYAMAN UDARA
Pemasangan Penyaman Udara - (ACV 2)

ELEKTRIK
Pemasangan Pendawaian Bangunan (Eletrik) - (BWI)

SENARAI TENAGA PENGAJAR

Program Elektrik

  • Pegawai Pengesah Dalaman: En. Mohd Hazli b Had
  • Pegawai Penilai: Cik Rohaida bt Ismail
  • Pegawai Penilai: (kosong)

Program Automotif

  • Pegawai Pengesah Dalaman: (kosong)
  • Pegawai Penilai: En. Madzwan b Sabtu
  • Pegawai Penilai: En. Muhammad Haffiz b Mohd Isa

Program Lukisan Pelan Senibina

  • Pegawai Pengesah Dalaman: Pn. Norashikin bt Kamaruddin
  • Pegawai Penilai: Pn. Nurul Syafiqah bt Abdul Aziz

Program Pemasangan Penyaman Udara

  • Pegawai Pengesah Dalaman: En. Mohd Hazli b Had
  • Pegawai Penilai: (kosong)

AUTOMOTIF – SERVIS SELEPAS JUALAN (TP-300-2:2013)

Batch : 15hb Mei 2019 – 14hb Mei 2020

TAJAAN BIL. PELAJAR
Sendiri 3
Zakat 8
JUMLAH 11

Batch : -

TAJAAN BIL. PELAJAR
Sendiri 4
Zakat 12
JUMLAH 16

PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA (EE-320-2:2012)

Batch : 15hb Mei 2019 – 14hb Mei 2020

TAJAAN BIL. PELAJAR
Sendiri 5
Zakat 8
JUMLAH 13

Akses kepada data peribadi pelajar dan alumni PLYBK hanya dibenarkan atas alasan yang munasabah sahaja. Sila hubungi pejabat PLYBK untuk maklumat lanjut.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;