MOTIVASI SEMANGAT MENDAKI YBK adalah cetusan idea daripada Pengerusi YBK dan menjadi sebahagian daripada proses transformasi YBK dalam pembangunan modal insan. Kumpulan sasarnya adalah pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dengan objektif memperkasa minda pelajar dengan konsep kecemerlangan yang mapan berdasarkan gagasan SEMANGAT MENDAKI.

  • SEJARAH

    Sejak tahun 1992 sehingga 2015, YBK telah melaksanakan lebih daripada 60 program motivasi dengan jumlah peserta hampir 8000 orang. Komponen motivasi diintegrasikan dalam program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program KUNTUM.

    Bermula tahun 2014, Unit Motivasi YBK telah dibentuk sebagai unit khusus yang bertanggungjawab merancang serta melaksanakan program motivasi kepada sekolah-sekolah KUNTUM dan juga sekolah-sekolah lain yang berminat. Pegawai pertama yang menerajui Unit Motivasi YBK adalah Cik Wan Afifah Wan Nazimuddin selaku Eksekutif Pendidikan II.

    Natijahnya Unit Motivasi YBK diwujudkan adalah sebagai strategi YBK untuk memperkasakan kedudukannya sebagai NGO Pembasmian Kemiskinan berteraskan pembangunan modal insan. Unit ini berperanan sebagai pelengkap dan pendorong kepada program-program pembasmian kemiskinan yang sedia ada.

    Program ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah KUNTUM bermula pada tahun 2015 sehingga ke hari ini, dan merangkumi sekolah rendah dan menengah, dalam dan luar negeri Selangor.

  • KELULUSAN

    YBK telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar di sekolah-sekolah. Sepanjang perlaksanaannya, YBK telah mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Gagasan SEMANGAT MENDAKI menjadi teras modul Motivasi ini. Gagasan Semangat Mendaki adalah ilham daripada Dato' Pengerusi YBK yang menjurus kepada pemerkasaan berterusan (continuous improvement atau 'Kaizen') dan pembinaan semangat dan jati diri yang mapan dan mantap.

Komponen SEMANGAT MENDAKI terdiri daripada 5 elemen teras iaitu IMAN & TAQWA; EMOSI; IMPIAN; KEPERCAYAAN dan KEBERANIAN. Setiap elemen ini adalah kekunci untuk membina jati diri yang mantap dan menyeluruh, termasuklah penetapan matlamat diri, mengenal potensi dan keunikan, menggerakkan diri menuju impian dan memperkasa emosi diri secara zahir dan batin. Di akhir sesi, peserta diharapkan dapat meningkatkan keupayaan belajar dan yakin diri untuk mencapai kecemerlangan.

Modul SEMANGAT MENDAKI turut mengintegrasikan konsep dan idea daripada Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Metodologi yang digunakan adalah syarahan untuk menerangkan konsep dan teori, dan latihan praktikal untuk memboleh pelajar mengalami sendiri konsep-konsep yang diterangkan. Metodologi teori+praktikal ini perlu agar pelajar dapat mempraktikkan konsep dan dapat membentuk amalan yang berterusan dan tidak terbatas semasa di dalam sesi.

ūüď• Muat turun buku SEMANGAT MENDAKI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

YBK memiliki 5 orang jurulatih yang berpengalaman dengan gagasan SEMANGAT MENDAKI. Para jurulatih ini juga merupakan Pengamal Bertauliah NLP (Certified NLP Practitioner) dan 3 orang daripadanya adalah Jurulatih Bertauliah NLP Untuk Pelajar. Kelayakan mereka diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia (ANLPM) dan National Federation of NLP (NFNLP), Amerika Syarikat.

  • ENCIK ZULHAIRY BIN JALALUDDIN

    KELAYAKAN

    • Pengamal Bertauliah Neuro-Linguistic Programming (Asas) - ANLPM.
    • Jurulatih Bertauliah NLP Untuk Pelajar - ANLPM.
    • Basic Practitioner of Neuro-Linguistic Programming - NFNLP USA.
    • Certified NLP Coach - ANLPM.
    • LAB Profile - ANLPM.

    PENGALAMAN

    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK (2018).
    • Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YBK.
    • Ketua Jurulatih Program Motivasi¬†Semangat Mendaki¬†YBK.

  • ENCIK AUDI FALIQ BIN IBRAHIM

    KELAYAKAN

    • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)¬†- UIAM.
    • Pengamal Bertauliah Neuro-Linguistic Programming (Asas) - ANLPM.
    • Jurulatih Bertauliah NLP Untuk Pelajar - ANLPM.
    • Basic Practitioner of Neuro-Linguistic Programming - NFNLP USA.

    PENGALAMAN

    • Eksekutif Motivasi Yayasan Basmi Kemiskinan.
    • Jurulatih Program Motivasi¬†Semangat Mendaki YBK.

  • CIK WAN AFIFAH BINTI WAN NAZIMUDDIN

    KELAYAKAN

    • Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)¬†- UiTM.
    • Pengamal Bertauliah Neuro-Linguistic Programming (Asas) - ANLPM.
    • Basic Practitioner of Neuro-Linguistic Programming - NFNLP USA.

    PENGALAMAN

    • Eksekutif Jabatan Pengerusi, Yayasan Basmi Kemiskinan.
    • Koordinator Unit Motivasi YBK (2014).

  • PUAN HALIMATON SAADIAH BINTI MOHD NAWAWI

    KELAYAKAN

    • Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)¬†- UniTAR.
    • Pengamal Bertauliah Neuro-Linguistic Programming (Asas) - ANLPM.
    • Jurulatih Bertauliah NLP Untuk Pelajar - ANLPM.
    • Basic Practitioner of Neuro-Linguistic Programming - NFNLP USA.

    PENGALAMAN

    • Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah.
    • Jurulatih Program Motivasi¬†Semangat Mendaki YBK - ASKA Serendah.

  • USTAZ SAIFUL AKMAL ADDANAN

    KELAYAKAN

    • Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Al-Quran & Hadith¬†- UKM.
    • Pengamal Bertauliah Neuro-Linguistic Programming (Asas) - ANLPM.
    • Basic Practitioner of Neuro-Linguistic Programming - NFNLP USA.

    PENGALAMAN

    • Timbalan Pengetua,¬†Asrama Kasih YBK Serendah.
    • Jurulatih Program Motivasi¬†Semangat Mendaki YBK.

Senarai institusi pendidikan/organisasi yang telah mengikuti Motivasi Semangat Mendaki YBK dari tahun 2015 hingga 2017;

 

JEMPUTAN

Pihak sekolah rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang berminat untuk menjemput Kumpulan Motivasi YBK berkongsi dan memberi perspektif baharu kepada para pelajar masing-masing boleh menghubungi pegawai berikut;

  • AUDI FALIQ IBRAHIM

    Tel (Pejabat) : 03 7875 0036

    Tel (Bimbit) : 019 3740 382 (WhatsApp)

    E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

NOTA

01. Sekolah/institusi yang berminat digalakkan untuk memaklumkan kepada YBK sebulan sebelum tarikh cadangan program hendak dilangsungkan bagi mengelakkan pertindihan jadual dan memudahkan urusan logistik. YBK berhak untuk tidak memenuhi jemputan sekiranya terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

02. Sekolah/institusi bertanggungjawab menyediakan tempat yang kondusif bersesuaian dengan bilangan pelajar. Pemilihan tempat yang kurang kondusif berisiko merencatkan proses pemahaman dan keupayaan pelajar untuk bersama-sama dalam sesi yang diadakan.

03. Setiap peserta perlu mengikuti sesi dari awal hingga akhir untuk layak menerima sijil penyertaan. Peserta yang tidak melengkapkan sesi tidak layak menerima sijil kecuali atas kes-kes tertentu.

04. Jumlah jam minimum sesi yang diperlukan yang melayakkan sijil dikeluarkan adalah 3 jam. Jika sesi dilakukan kurang daripada tempoh tersebut, sijil penyertaan rasmi tidak akan dikeluarkan.