YBK GLOBAL CAMP – DESTINASI IDEAL UNTUK PROGRAM LATIHAN, PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN AKTIVITI LUAR

YBK Global Camp yang terletak di Kampung Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor merupakan sebuah pusat latihan dan perkhemahan serba lengkap yang menawarkan suasana tenang, luas dan selamat untuk pelbagai jenis program pembangunan diri, sahsiah dan kepimpinan. Dengan hanya 10 minit perjalanan dari Tol Behrang dan keluasan mencecah 29 ekar, kem ini menjadi pilihan strategik untuk institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan mahupun pihak korporat yang ingin melaksanakan program luar secara terancang dan berimpak tinggi.

Kem ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sebuah dewan serbaguna yang mampu memuatkan sehingga 400 peserta, 16 bilik kuliah, surau yang selesa bagi 300 jemaah, serta asrama berasingan yang mampu menampung seramai 200 peserta lelaki dan 200 peserta perempuan. Kemudahan aktiviti luar turut disediakan seperti kolam untuk aktiviti air (berkayak, water confident), laluan rentas halangan (obstacle courses), flying fox, jungle trekking, padang bola sepak, gelanggang bola jaring, serta tapak perkhemahan yang luas. Bilik penginapan khas untuk jurulatih dan guru pengiring juga tersedia bagi keselesaan pengurusan program.

YBK menawarkan harga pakej yang berpatutan, bermula serendah RM70 seorang untuk program satu hari (tanpa penginapan), dan RM150 seorang bagi pakej 3 hari 2 malam yang merangkumi penginapan dan penggunaan fasiliti. Caj tambahan hanya dikenakan sekiranya memerlukan khidmat jurulatih luar.

Dengan gabungan kemudahan lengkap, suasana kondusif serta nilai tambah dari segi pengalaman dan pembangunan sahsiah peserta, YBK Global Camp merupakan lokasi terbaik bagi penganjuran pelbagai bentuk program, sama ada berbentuk motivasi, kepimpinan, team building, kerohanian, ko-kurikulum, atau kekeluargaan.

Brosur YBK Global Camp (12 MB)

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej, tempahan, atau sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Asuad Ismail (016 925 1558)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;