Memorandum Persefahaman dan Perjanjian - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • YBK Perluas Jejak Antarabangsa Melalui MoU Pembangunan Komuniti Di Ghana

    KELANA JAYA, 27 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik bagi melaksanakan pembangunan jangka panjang “Korado Traditional Area” di Ghana. Kerjasama ini menggabungkan kekuatan empat pihak iaitu YBK dari Malaysia, Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare dari Malaysia, VR Universe (VRU) dari Perancis dan Korado Traditional Council (KORADO) dari Ghana.

    MoU ini ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom mewakili YBK, Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman mewakili YBCare, Vanessa Roux selaku Executive & Leadership Coach mewakili VR Universe, serta Nana Tetteh Appiah Etsii II, Chief of Korado/Krontihen of Kwamankese Traditional Area mewakili Korado Traditional Council. Turut bersama, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Puan Janita Jaladin (mewakili YBCare).

    Kerjasama ini bertujuan memperkasa komuniti Korado melalui pembangunan perumahan mapan, peluasan akses pendidikan, peningkatan kemahiran dan pelaksanaan program training-of-trainers bagi membina kapasiti penduduk setempat. Di bawah MoU tersebut, KORADO akan memimpin usaha pengumpulan dana, manakala YBK, YBCare dan VR Universe akan menyumbang kepakaran teknikal, pendedahan antarabangsa serta sokongan dalam merangka strategi pembangunan komuniti yang berkesan. Sebuah Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC) turut ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan projek serta memastikan kemajuan dipantau secara berterusan sepanjang tempoh perjanjian.

    MoU ini mencerminkan komitmen YBK bukan sahaja sebagai peneraju agenda pembasmian kemiskinan dalam negara, tetapi juga sebagai rakan pembangunan global yang aktif dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan peluang sosioekonomi komuniti antarabangsa.


    YBK EXPANDS INTERNATIONAL FOOTPRINT THROUGH COMMUNITY DEVELOPMENT MOU IN GHANA

    KELANA JAYA, 27 November 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today signed a Memorandum of Understanding (MoU) with three strategic partners to implement a long-term development initiative for the Korado Traditional Area in Ghana. This collaboration brings together the strengths of four parties: YBK from Malaysia, Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) from Malaysia, VR Universe (VRU) from France, and the Korado Traditional Council (KORADO) from Ghana.

    The MoU was signed by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom on behalf of YBK, Datin Dr. (h.c.) Hartini Osman on behalf of YBCare, Vanessa Roux, Executive & Leadership Coach representing VR Universe, and Nana Tetteh Appiah Etsii II, Chief of Korado / Krontihen of Kwamankese Traditional Area representing the Korado Traditional Council. Also present were Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad (YBK Board of Trustees Member), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and Puan Janita Jaladin (representing YBCare).

    This collaboration aims to empower the Korado community through sustainable housing development, expanded access to education, enhanced skills training, and the implementation of training-of-trainers programs to build local capacity. Under the MoU, KORADO will lead fundraising efforts, while YBK, YBCare, and VR Universe will contribute technical expertise, international exposure, and support in designing effective community development strategies. A Joint Working Committee (JWC) has also been established to coordinate project implementation and ensure continuous monitoring throughout the agreement period.

    This MoU reflects YBK’s commitment not only as a leading force in poverty eradication efforts within Malaysia, but also as an active global development partner dedicated to improving the living standards and socio-economic opportunities of international communities.

    Read more
  • YBK Dan USIM Perkukuh Kerjasama Secara Rasmi Melalui LOI

    NILAI (NEGERI SEMBILAN), 30 Oktober 2025 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz yang mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah hadir dalam sesi pertukaran Surat Hasrat (Letter of Intent - LOI) sebagai tanda pengukuhan kerjasama selaku rakan komuniti bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Sesi berlangsung dalam Majlis Perasmian Festival Idea peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Faizal Ramli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Turut bersama adalah rakan-rakan organisasi koporat dan NGO yang turut serta menjalin kerjasama strategik bersama USIM. Turut hadir menyaksikan sesi adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Dengan termeterai Surat Hasrat ini, YBK dan USIM melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri akan memanfaatkan peluang untuk bertukar kepakaran rentas organisasi di samping bekerjasama dalam program-program yang memberi manfaat bersama khususnya kepada komuniti sasaran.


    YBK AND USIM STRENGTHEN PARTNERSHIP THROUGH OFFICIAL LETTER OF INTENT (LOI) EXCHANGE

    NILAI (NEGERI SEMBILAN), 30 October 2025 – Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), representing YBK Chairman YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, attended the Letter of Intent (LOI) exchange ceremony as a formal step in strengthening YBK’s partnership as a community collaborator with Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    The session was held in conjunction with the launch of the Negeri Sembilan-level Festival Idea, officiated by YB Datuk Mohd Faizal Ramli, a State Executive Councillor of Negeri Sembilan. Also present were representatives from various corporate organizations and NGOs involved in strategic partnerships with USIM.

    Also attending the session were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration & Human Resources Manager) and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager).

    With the signing of this Letter of Intent, YBK and USIM, through the Center for Community Engagement and Industry Network, aim to leverage cross-organizational expertise while collaborating on programs that provide mutual benefit—especially for targeted community groups.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;