KUALA LUMPUR, 9 April 2026 – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Program Latihan Jahitan untuk Pemerkasaan Ekonomi Orang Kurang Upaya (OKU) telah dimeterai antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare (YBCare), Afsm Sewtech Academy dan Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) dalam satu majlis yang berlangsung di Pejabat PERJATI, Perumahan Awam Desa Rejang.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBCare YBhg. Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman, Pengarah Urusan AfSM Sewtech Technology Academy, YBhg. Datuk Asfarena binti Samion, serta Pengerusi PERJATI Encik Rosali bin Mat Nasir.

Program ini bertujuan memberi latihan kemahiran jahitan kepada ahli OKU di bawah PERJATI dan PA Desa Rejang, sekali gus membuka peluang penjanaan pendapatan melalui penghasilan produk yang boleh dipasarkan. AfSM Sewtech Technology Academy akan menyediakan modul latihan, tenaga pengajar serta peralatan jahitan, serta bimbingan pengeluaran dan pengkomersialan. YBK berperanan sebagai penyelaras utama program, manakala YBCare dan PERJATI dari aspek penyelarasan komuniti, kebajikan peserta serta promosi hasil produk yang dihasilkan.

Program latihan ini akan dilaksanakan di Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur dan dijangka memberi manfaat kepada komuniti OKU setempat, khususnya daripada kumpulan berpendapatan rendah dan asnaf.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Ismail bin Shaari, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang, Encik Mohd Faiz Shuhaimi, tokoh aktivis OKU Malaysia, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta para pegawai YBK, YBCare dan ahli PERJATI.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


SEWING TRAINING PROGRAMME EMPOWERS THE ECONOMIC POTENTIAL OF PERSONS WITH DISABILITIES THROUGH STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN YBK–YBCARE–AFSM–PERJATI

KUALA LUMPUR, 9 April 2026 – A Memorandum of Understanding (MoU) for the implementation of a Sewing Training Programme for the Economic Empowerment of Persons with Disabilities (PWDs) was signed between Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), AfSM Sewtech Academy, and Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) at a ceremony held at the PERJATI Office, Perumahan Awam Desa Rejang.

The MoU was signed by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), YBhg. Datin Dr. (H.C.) Hajah Hartini Osman (Chairperson of YBCare), YBhg. Datuk Asfarena binti Samion (Managing Director of AfSM Sewtech Technology Academy), and Mr. Rosali bin Mat Nasir (Chairman of PERJATI).

The programme aims to provide sewing skills training to PWD members under PERJATI and the Desa Rejang Public Housing community, while creating opportunities for income generation through the production of marketable products. AfSM Sewtech Technology Academy will provide training modules, instructors, sewing equipment, as well as guidance in production and commercialization. YBK will serve as the main programme coordinator, while YBCare and PERJATI will support in community coordination, participant welfare, and promotion of the products produced.

The training programme will be conducted at Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur, and is expected to benefit the local PWD community, particularly those from low-income and asnaf groups.

Also present at the ceremony were Tuan Haji Ismail bin Shaari (Chairman of the Desa Rejang Public Housing Residents’ Association), Mr. Mohd Faiz Shuhaimi (Malaysian disability rights activist), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), as well as officers from YBK, YBCare, and members of PERJATI.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;