NILAI (NEGERI SEMBILAN), 30 Oktober 2025 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz yang mewakili Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah hadir dalam sesi pertukaran Surat Hasrat (Letter of Intent - LOI) sebagai tanda pengukuhan kerjasama selaku rakan komuniti bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sesi berlangsung dalam Majlis Perasmian Festival Idea peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Faizal Ramli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Turut bersama adalah rakan-rakan organisasi koporat dan NGO yang turut serta menjalin kerjasama strategik bersama USIM. Turut hadir menyaksikan sesi adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Dengan termeterai Surat Hasrat ini, YBK dan USIM melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri akan memanfaatkan peluang untuk bertukar kepakaran rentas organisasi di samping bekerjasama dalam program-program yang memberi manfaat bersama khususnya kepada komuniti sasaran.


YBK AND USIM STRENGTHEN PARTNERSHIP THROUGH OFFICIAL LETTER OF INTENT (LOI) EXCHANGE

NILAI (NEGERI SEMBILAN), 30 October 2025 – Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), representing YBK Chairman YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, attended the Letter of Intent (LOI) exchange ceremony as a formal step in strengthening YBK’s partnership as a community collaborator with Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

The session was held in conjunction with the launch of the Negeri Sembilan-level Festival Idea, officiated by YB Datuk Mohd Faizal Ramli, a State Executive Councillor of Negeri Sembilan. Also present were representatives from various corporate organizations and NGOs involved in strategic partnerships with USIM.

Also attending the session were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration & Human Resources Manager) and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager).

With the signing of this Letter of Intent, YBK and USIM, through the Center for Community Engagement and Industry Network, aim to leverage cross-organizational expertise while collaborating on programs that provide mutual benefit—especially for targeted community groups.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;