SANGLANG & PENDANG, 01-02 November 2014 - Unit Motivasi YBK meneruskan siri ceramah kecemerlangan diri ke negeri Perlis dan Kedah. Destinasi yang dikunjungi adalah SMK Sanglang Perlis pada 1 November 2014, dengan penglibatan 40 orang pelajar tingkatan 4. Pada hari berikutnya (2 November 2014), sesi dilaksanakan di SMK Tanah Merah, Pendang Kedah dengan penyertaan 50 orang pelajar tingkatan 3. Kedua-dua sesi bermula di sebelah pagi dan berlangsung hampir 4 jam.

Sebagaimana siri ceramah sebelumnya, para pelajar diperkenalkan dengan konsep kecemerlangan, pembinaan sikap yang unggul, di samping konsep komunikasi dan model meta (minda). Kesemua ini adalah perlu dalam membentuk jati diri yang positif sebagai seorang pelajar yang berminda 'taraf dunia' (world class). Metodologi yang digunakan adalah penyampaian syarahan dan juga aktiviti dalam kumpulan.

Siri ceramah motivasi ini merupakan inisiatif YBK untuk membantu membantu pelajar miskin yang memerlukan bimbingan motivasi untuk terus yakin mencatat kecemerlangan dalam pelajaran dan akan diteruskan kepada sekolah-sekolah yang berminat.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;