Program: Motivasi Semangat Mendaki - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Motivasi NLP Karyawan YBK Siri 1/2026

    KELANA JAYA, 6 Februari 2026 - Telah berlangsung siri pertama Motivasi NLP untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Ibu Pejabat YBK.
    Sesi Motivasi NLP ini telah dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Ketua Jurulatih Bertauliah NLP YBK dan dihadiri oleh karyawan Ibu Pejabat YBK.

    Objektif Motivasi NLP ini adalah untuk meraikan perkongsian ilmu, menggalakkan interaksi dan pemahaman, khususnya berkenaan Kecerdasan Emosi (EQ) dan konsep NLP itu sendiri. Sesi pertama untuk tahun 2026 telah membincangkan berkenaan konsep 'rapport'.

    Rapport ialah kunci membina hubungan berkesan kerana manusia lebih bertindak balas melalui emosi dan minda separa sedar berbanding logik semata-mata. Rapport terhasil melalui akhlak, keikhlasan, bahasa badan, ton suara, serta keupayaan menyamakan gaya komunikasi, minat dan “gelombang” emosi dengan orang lain. Ia sangat penting dalam keibubapaan, kepimpinan, jualan, terapi dan coaching kerana kepercayaan, rasa dihargai dan keselesaan membuka ruang pengaruh positif.

    Sesi ini akan diadakan secara berkala pada setiap bulan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK STAFF NLP MOTIVATION SERIES 1/2026

    KELANA JAYA, 6 February 2026 – The first series of the NLP Motivation Session for staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at YBK Headquarters.

    The session was conducted by Mr. Zulhairy Jalaluddin, Member of the YBK Board of Trustees and Chief Certified NLP Trainer of YBK, and was attended by headquarters staff.

    The objective of the NLP Motivation programme is to foster knowledge-sharing, encourage interaction and deepen understanding—particularly on Emotional Intelligence (EQ) and the concept of Neuro Linguistic Programming (NLP). The first session of 2026 focused on the concept of “rapport.”

    Rapport is the key to building effective relationships, as people tend to respond more through emotions and the subconscious mind rather than logic alone. Rapport is cultivated through good character, sincerity, body language, tone of voice, and the ability to align communication styles, interests, and emotional “wavelengths” with others. It plays a crucial role in parenting, leadership, sales, therapy, and coaching, as trust, appreciation, and comfort create space for positive influence.

    This session will be conducted on a monthly basis.

    Read more
  • Motivasi YBK Bersama Pelajar SPM di Pendang, Kedah

    PENDANG, 20 Oktober 2024 - Kumpulan Motivasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berkunjung ke daerah Pendang di negeri Kedah bagi menyampaikan perkongsian motivasi kepada pelajar SPM di dua buah sekolah iaitu SMK Sungai Tiang dan SMK Ayer Puteh Dalam.

    Kali ini sesi berjalan serentak bermula jam 8:30 pagi di mana Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK merangkap Jurulatih Bertauliah NLP) telah mengendalikan sesi di SMK Sungai Tiang, manakala Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) telah mengendalikan sesi di SMK Ayer Puteh Dalam.

    Sesi selama 2 jam 30 minit telah disertai oleh 100 orang pelajar di SMK Sungai Tiang dan lebih 60 orang pelajar di SMK Ayer Puteh Dalam. Pelajar telah didedahkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan aplikasinya dalam membentuk kecemerlangan diri.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK'S MOTIVATION TEAM WITH SPM STUDENTS IN PENDANG, KEDAH

    PENDANG, 20 October 2024 - The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Motivation Team  visited the Pendang district in Kedah to deliver motivation sharing to SPM students in two schools, namely SMK Sungai Tiang and SMK Ayer Puteh Dalam.

    This time the session ran simultaneously starting at 8:30 am where Mr. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK cum NLP Certified Trainer) conducted the session at SMK Sungai Tiang, while Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager) conducted the session at SMK Ayer Puteh Dalam.

    The 2 hour and 30 minute session was attended by 100 students at SMK Sungai Tiang and more than 60 students at SMK Ayer Puteh Dalam. Students were exposed to the concept of Neuro-Linguistic Programming (NLP) and its application in shaping self-excellence.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;