KUALA SELANGOR, 1 Oktober 2014 - Siri Program Motivasi Kecemerlangan diteruskan di Pusat Latihan YBK (PLYBK) Kuala Selangor. Seramai 70 orang pelatih hadir dalam sesi ini yang diadakan di dewan utama. Sesi bermula pada jam 9 pagi dan bertujuan untuk memberi idea dan inspirasi kepada para pelatih berkenaan konsep kecemerlangan diri, minda dan komunikasi.

Sesi dimulakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin secara santai tetapi informatif. Dengan penyampaian yang ringkas tetapi padat, beliau telah memberikan idea berkenaan konsep kecemerlangan dan minda. Sesi dibantu oleh En. Audi Faliq dan Cik Wan Afifah di mana masing-masing telah menyampaikan konsep 'sistem representasi' dan praktikal dalam kumpulan untuk konsep 'pengherotan' (communication distortion). Sesi dirumuskan dengan para hadirin melaksanakan gerakan 'state management' yang diilhamkan daripada Neuro Linguistic Programming (NLP).

Diharapkan idea yang dikongsikan akan dimanfaatkan oleh para pelatih dalam usaha untuk menjadi insan yang lebih komprehensif, memahami dan mempunyai matlamat hidup yang murni.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;