- Hit: 87
SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 4 buah keluarga di dalam daerah Hulu Selangor, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini pada sesi Ziarah SKR 2026 bersama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Sinar Kasih Ramadhan) bersama rakan-rakan media YBK.
Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.
Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
SERENDAH, 16 Februari 2026 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bermula dengan menyantuni sebuah keluarga di Kg. Orang Asli Serendah.
Encik Mohd Fitri bin Abdullah bekerja menjual besi buruk dengan pendapatan sekitar RM600 hingga RM700 sebulan. Beliau menanggung tujuh orang ahli keluarga termasuk lima orang anak yang tidak bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja. Keluarga ini tinggal di sebuah pondok kecil yang sempit dan tidak selesa.
Penyerahan disempurnakan oleh Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) bersama YBhg. Datin Dr. Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dengan kehadiran bersama En. Zakaria Awang (Pengerusi JKKK Kg Dato Harun), En Mohdi Gaifairuz (Pengerusi Surau), Pegawai ICU, Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Persatuan Sanggar Suri, Pegawai YBK dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
SERENDAH, 16 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah melaksanakan penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) di kediaman penerima yang terletak di Taman Tasik Teratai.
Encik Kamarul Hisham Kamarudin bekerja sebagai pemandu van dengan pendapatan sekitar RM 750 sebulan. Beliau merupakan ketua keluarga kepada lapan orang isi rumah. Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa dan lima orang anak masih bersekolah. Keluarga ini dikategorikan sebagai asnaf dan menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM 550.
Penyerahan dengan akad telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) bersama YBhg. Datin Dr. Hartini Osman (Pengerusi Program SKR). Turut bersama ialah wakil guru daripada SMK Serendah, pegawai ICU Selangor, wakil Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, karyawan dan sukarelawan YBK, serta Prihatin Ehsan Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
BATANG KALI, 16 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bergerak ke kediaman penerima ke-3 Sinar Kasih Ramadhan (SKR) yang terletak di Batang Kali.
Encik Ismail bin Mokhtar yang bekerja sebagai pekebun kecil dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap. Beliau menanggung tujuh orang ahli keluarga. Isteri beliau merupakan suri rumah dan seorang pesakit kanser yang memerlukan perhatian serta rawatan berterusan. Lima orang anak mereka masih bersekolah dan sedang melanjutkan pelajaran.
Keluarga ini dikategorikan sebagai asnaf dan menerima bantuan bulanan iaitu Zakat sebanyak RM 550 serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 700. Rumah yang didiami merupakan rumah milik saudara mereka.
Penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi Program SKR bersama YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Turut bersama ialah pegawai ICU Selangor, wakil Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, karyawan dan sukarelawan YBK, serta Prihatin Ehsan Ehsan Holdings Sdn. Bhd. Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Antara perkara membanggakan ialah dua pasangan anak kembar keluarga ini merupakan pelajar Asrama Kasih YBK. Hasil kecemerlangan akademik, sepasang daripada mereka telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di MRSM Kuala Kubu Bharu. Diharapkan kejayaan ini menjadi titik perubahan dalam mengangkat taraf hidup keluarga pada masa hadapan.
KG. ULU RENING, 16 Februari 2026 - Lokasi terakhir Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terletak di Kg. Ulu Rening.
Encik Zulhashimi bin Ramzan bekerja sebagai tukang mesin rumput dengan pendapatan yang tidak tetap. Beliau menanggung tujuh orang ahli keluarga termasuk lima orang anak yang masih bersekolah, manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Dengan komitmen keluarga yang besar dan sumber pendapatan yang tidak menentu, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf. Keluarga ini menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM 550 serta bayaran sewa rumah sebanyak RM 400 yang turut ditanggung oleh zakat.
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi Program SKR bersama YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) kepada isteri Encik Zulhashimi. Turut hadir bersama ialah Tok Yatim, Pengerusi JPKK Kg. Ulu Rening, Tok Nazri (Mantan Ketua Kampung Hulu Rening), pegawai ICU Selangor, wakil Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, karyawan dan sukarelawan YBK, serta Prihatin Ehsan Ehsan Holdings Sdn. Bhd.
Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
