Sinar Kasih Ramadhan

  • SKR 2020 - Lembah Subang

    25 APRILΒ 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Lembah Subang, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai Khas Pengerusi YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    LEMBAH SUBANG, 25 April 2020 – En. Zahiruddin b Tahir dan isteri Pn. Norazaliza bt Abdul Karim bekerja sendiri iaitu meniaga burger dengan pendapatan keluarga yang tidak tetap bagi menyara lima orang anak berumur antara 5 hingga 18 tahun di mana 3 orang masih belajar dan seorang belum lagi bersekolah.

    Anak bangsu mereka mengalami masalah pada usus dan memerlukan susu khas dan amat mahal yang disarankan hospital bagi memastikan ususnya kekal sihat dan tidak mengganggu tumbesarannya. Keluarga ini menyewa kediaman di pangsapuri Taman Putra Damai Lembah Subang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 2424 4069.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai YBK. Turut bersama ialah Puan Norhayati binti Jaafar, Sukarelawan YBK.


    LEMBAH SUBANG, 25 April 2020 – En. Azlee b Sawal bekerja sendiri iaitu menjual pakaian bundle dengan pendapatan keluarga yang tidak tetap bagi menyara tujuh orang anak berumur antara 2 hingga 16 tahun - 5 orang masih belajar dan 2 orang belum lagi bersekolah. Isterinya Pn. Norazaliza bt Abdul Karim merupakan suri rumahtangga dan keluarga ini tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. Keluarga ini menyewa kediaman di pangsapuri Taman Putra Damai, Lembah Subang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6439 9984.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai YBK. Turut bersama ialah Puan Norhayati binti Jaafar, Sukarelawan YBK.


    LEMBAH SUBANG, 25 April 2020 – Puan Ruzita bt Bahari merupakan seorang ibu tunggal menyara tujuh orang anak berumur antara 7 hingga 23 tahun di mana 5 orang masih bersekolah. Anak sulungnya merupakan anak istimewa yang kelainan upaya. Ibu tunggal ini menyewa kediaman di pangsapuri Taman Putra Damai, Lembah Subang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6439 9984.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari _ dan disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai YBK. Turut bersama ialah Puan Norhayati binti Jaafar, Sukarelawan YBK.


    LEMBAH SUBANG, 25 April 2020 – Mohd Dasuki b Abdullah bekerja sebagai Sukarelawan RELA bagi menjaga kawalan trafik di hadapan SK Lembah Subang dan isteri Pn. Norbaizura bt Musa seorang suri rumah dengan pendapatan keluarga yang tidak tetap menyara lima orang anak berumur antara 3 hingga 10 tahun di mana 3 orang masih bersekolah dan 2 orang belum lagi bersekolah. Keluarga ini menyewa kediaman di pangsapuri Taman Putra Damai Lembah Subang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 905 2661.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai YBK. Turut bersama ialah Puan Norhayati binti Jaafar, Sukarelawan YBK.


    LEMBAH SUBANG, 25 April 2020 – Adzainizam b Ibrahim bekerja sebagai Sukarelawan RELA bagi menjaga kawalan trafik di hadapan SK Lembah Subang dan isterinya pula, Pn. Halizah bt Ishak seorang suri rumah dengan pendapatan keluarga yang tidak tetap menyara lapan orang anak berumur antara 2 hingga 18 tahun di mana 5 orang masih bersekolah dan 3 orang belum lagi bersekolah. Keluarga ini menyewa kediaman di pangsapuri Taman Putra Damai Lembah Subang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6992 2247.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai YBK. Turut bersama ialah Puan Norhayati binti Jaafar, Sukarelawan YBK.


    LEMBAH SUBANG, 25 April 2020 – En. Mokhtar Ismail dan Pn. Efaiza Ismail menyewa kediaman di pangsapuri Taman Putra Damai Lembah Subang. En. Mokhtar bekerja sebagai operator kilang di Klang. Pn. Efaiza tidak bekerja kerana menguruskan keperluan anak yang masih kecil dan beliau masih dalam pantang. Beliau juga sudah tidak kuat untuk menjalani rutin harian kerana memerlukan suntikan insulin bagi penyakit diabetes yg dihidapi sejak sekian lama.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 220 0034.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 disampaikan oleh En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Pegawai YBK. Turut bersama ialah Puan Norhayati binti Jaafar, Sukarelawan YBK.

    Read more
  • SKR 2020 - Gombak & Batu Caves

    24 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Gombak dan Batu Caves, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    BATU CAVES, 24 April 2020 – En. Muhamad Firdaus b Yusof (32 tahun) dan isteri, Pn. Noramira (29 tahun) dikurniakan empat orang anak yang mana 2 orang sudah bersekolah dan 2 lagi masih belum bersekolah. Anak-anak mereka adalah Muhammad Amyrul Ashraf (9 tahun), Muhammad Amar Rizki (7 tahun), Muhammad Farish Aiman (5 tahun), dan Muhammad Afifi Nayfal (3 tahun).

    Beliau menjalankan kerja-kerja sendiri dengan dengan mendapat upah/gaji harian berdasarkan kerja yang di buat. Manakala isteri pula tidak bekerja. Keluarga ini tinggal menyewa di sebuah pangsapuri kecil di Taman Sri Batu Caves dengan kadar sewa RM450 sebulan. Berdasarkan upah harian yang diperolehi tidak menentu, keluarga ini melalui hidup dalam kesukaran dan kesempitan.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada isteri beliau, Pn. Noramira di hadapan rumah sewa beliau disaksikan anggota RELA, En. Baskarn yang bersama-sama YBK dalam misi penyerahan kali ini.

    Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019 360 0744.


    BATU CAVES, 24 April 2020 – En. Mohd Tarmimi (38 tahun) dan isteri beliau Pn. Sintan (32 tahun) tinggal menyewa di pangsapuri Taman Sri Batu Caves bersama lima (5) orang anak, dua (2) orang yang bersekolah, Nurasyikin (9 tahun) dan Moh Hafiy (7 tahun) manakala tiga (3) orang lagi masih belum bersekolah, Mohd Aqid (5 tahun), Mohd Taufiq (3 tahun) dan Mohd Haikal (2 tahun).

    Bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu, manakala isteri beliau sebagai suri rumah sepenuh masa tidak bekerja kerana masalah kesihatan lelah (asma). YBK dimaklumkan oleh isteri beliau bahawa suaminya baru-baru ini ditahan oleh polis kerana disyaki menunggang motosikal curi dan En. Mohd Tarmimi masih dalam tahanan menunggu jaminan.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada isteri beliau, Pn. Sintan bersama anggota RELA, En. Baskarn.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 322 8148 atau 013 480 2380.


    BANDAR BARU SELAYANG, 24 April 2020 – Pn. Nozymila (46 tahun) baru sahaja kematian suami, En Azmi Bb Lat pada Januari 2020 yang lalu. Beliau kini tingal di rumah peninggalan suami di Apartment Julia, Bandar Baru Selayang bersama 4 orang anak. Anak-anak beliau adalah Nurul Nadiah (23 tahun – bekerja sementara), Nurul Nazirah (21 tahun – pelajar UKM), Muhamad Afiq Naufal (14 tahun – SMK Selayang Baru) dan Muhamad Afiq Darwisy (11 tahun – SK Sg. Tua Baharu).

    Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai Tukang Bersih (Cleaner) di sekolah kini tidak lagi bekerja kerana sekolah ditutup dan mematuhi arahan Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Ini menjejaskan perbelanjaan keluarga beliau dan bergantung kepada anak sulung yang bekerja sementara.

    Sumbangan SKR 2020 disampaikan kepada Pn. Nozymila bersama anggota RELA, En. Baskarn di hadapan rumah beliau.

    Pn. Nozymila boleh dihubungi di talian 011 1172 7011.


    KG. SUNGAI TUA, 24 April 2020 – Tidak mampu membayar sewa rumah menyebabkan En. Khalid (51 tahun) dan isteri, Pn. Noor Asmawati (40 tahun) berpindah ke sebuah rumah di atas bengkel kereta yang diusahakan oleh anak saudara beliau di Jalan Manggis, Bt. 9, Sungai Tua, Batu Caves.

    Mempunyai lima (5) orang anak, 3 orang masih bersekolah dan 2 orang lagi sudah tidak bersekolah, Khairul Iskandar (19 tahun – tidak bekerja), Mohamad Amirul (18 tahun – lepasan SPM), Khairul Alias (15 tahun - SMK Sg. Kertas), Muhamad Hayqal (12 tahun – SK Sungai Tua) dan Puteri Nurul Shuada (9 tahun – SK Sungai Tua). En. Khalid tidak bekerja kerana mengalami sakit gangguan mistik manakala isteri menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di tepi jalan. Hasil jualan nasi lemak ini tentunya tidak mencukupi bagi keperluan keluarga.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada En. Khalid bersama anggota RELA, En. Baskarn di hadapan bengkel kereta milik anak saudara beliau.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 231 5392.


    KG. SUNGAI TUA, 24 April 2020 – En. Mohamed Azam dan isteri, Pn. Ramizah tinggal menyewa di sebuah rumah di Kg. Sungai Tua, Selayang. Mujurlah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tuan rumah bersetuju untuk tidak mengenakan sewa. Pendapatan beliau kini tiada lagi kerana tidak boleh keluar untuk bekerja.

    En. Mohamed Azam bekerja sendiri mencari dan menjual besi buruk, manakala Pn. Ramizah pula sebagai suri rumah sepenuh masa bersama anak-anak. Mempunyai tujuh orang anak, lima orang bersekolah dan dua masih belum bersekolah.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada isteri beliau, Pn. Ramizah di hadapan rumah sewa mereka.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 323 2000 atau 013 311 4000.


    KG. SUNGAI TUA, 24 April 2020 – Pn. Rina Azfina (36 tahun) telah berpisah dengan suami dan kini tinggal menyewa di sebuah rumah bersama anak-anak seramai enam (6) orang, lima (5) orang bersekolah dan seorang (1) masih belum bersekolah. Anak-anak beliau adalah Nur Nasuha (16 tahun), Syahir Azfar Zulqarnain (11 tahun), Nur Jannah Nabila (9 tahun), Nur Lina Nadhirah (8 tahun), Nur Ain Atiqah (6 tahun) dan Nurina Natasha (3 tahun).

    Keperitan hidup memaksa Pn. Rina bekerja mengambil upah mengambil dan menghantar anak-anak jiran ke sekolah menggunakan sebuah van yang telah uzur. Namun kini tiada lagi kerja tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus hilang punca pendapatan. Sewa rumah pun kadang-kadang tertunggak dan tidak mampu di bayar.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Ramizah di hadapan rumah sewa mereka.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 323 2000 atau 013 311 4000.


    SENTUL PASAR, 24 April 2020 – Pn. Halimah bt Idris (41 tahun), seorang ibu tunggal tinggal menyewa di bangunan ini bersama empat (4) orang anak yang masih bersekolah, Mohamad Rasul Razak (16 tahun), Muhamad Razman (15 tahun), Muhamad Razmin (15 tahun) dan Puteri Rosmira Syzwani (11 tahun).

    Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dengan upah yang kecil, Pn. Halimah sentiasa kesempitan wang untuk mengurus keperluan harian anak-anak beliau. Hari-hari yang mendatang menjadi semakin sukar baginya kerana syarikat tempat beliau bekerja sudah ditutup sejak arahan PKP dikuatkuasakan.

    Sumbangan di sampaikan kepada Pn. Halimah sendiri di rumah beliau. Turut serta adalah anggota RELA, En. Baskarn.

    Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 011 1114 2488.


    SELAYANG BARU, 24 April 2020 – Pn. Siti Atikah (45 tahun) seorang ibu tunggal kematian suami beberapa tahun yang lalu. Beliau bekerja sebagai pemandu bas (van) sekolah sebagai sumber pendapatan menyara anak-anak selepas kematian suaminya. Anak-anaknya seramai enam (6) orang kesemuanya masih menuntut di kolej dan sekolah - Ahman Sonhaji (20 tahun-Pondok Meru Klang), Robiatul Adawiyah (19 tahun – Politeknik Merlimau), Solahuddin (17 tahun – SM Darul Ehsan), Muhammad Nainunis (15tahun- SM Darul Ehsan), Nur Sumayyah (12 tahun – SK Sg.Tua Baharu) dan Muhammad Huzaifah (7 tahun – SK Sg.Tua Baharu).

    Sejak penutupan sekolah sepanjang PKP ini, beliau tidak lagi bekerja dan telah terputus sumber pendapatan. Sebagai ikhtiar mencari rezeki, beliau mengambil upah menghantar barang-barang yang dipesan oleh jiran dan kawan-kawan. Rumah yang didiami pula perlu di bayar sewa setiap bulan.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Siti Atikah di dalam rumah sewanya di Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

    Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019 643 7828.


    GOMBAK, 29 April 2020 – Pn. Nor Azimah (45 tahun) di tinggalkan oleh suami (warga asing) yang telah menghilangkan diri sejak sekian lama. Beliau bersama anak-anaknya seramai tiga orang menumpang sebuah rumah di atas tanah milik saudaranya. Namun rumah itu terlalu uzur dengan bumbung yang bocor. Pada tahun 2019, YBK bersama penduduk kampung telah bergotong royong membaik pulih rumah tersebut hingga mereka boleh tinggal di rumah tersebut dengan lebih selesa.

    Anak-anak beliau ialah Firdaus (16 tahun), Azwani Idayu (14 tahun) dan Ahmad Ridwan (12 tahun), semuanya tidak bersekolah kerana tiada dokumen pengenalan diri yang lengkap. Usaha dari penduduk kampung yang prihatin terhadap masalah ini telah pun dibuat namun ianya masih belum dapat diselesaikan. Walaupun mengalami masalah paru-paru berair, beliau tetap bekerja untuk menyara anak-anaknya.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Nor Azimah di hadapan rumah beliau.

    Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019 401 5439.


    GOMBAK, 29 April 2020 – En. Che Hassan (55 tahun) tidak lagi mampu untuk bekerja mencari rezeki kerana mengalami strok dan sakit buah pinggang yang memerlukan beliau menjalani dialisis 2 atau 3 kali seminggu. Beliau kini disah dan didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Isteri beliau, Pn. Shamsinar (51 tahun) adalah suri rumah sepenuh masa.

    Mereka tinggal di kediaman sendiri bersama tujuh orang anak. Anak-anak mereka adalah Ainul Nadhirah (23 tahun – UiTM), Nurul Iman (22 tahun – UIA), Dhia Dania (16 tahun), Mia Batrisya (10 tahun), Aisyah Safiyyah (8 tahun), Kesya Nadifah (8 tahun) dan Adam Danile (6 tahun). Semasa kehadiran kami, En. Che Hassan sedang menjalani dialisis di pusat dialisis ditemani anak beliau.

    Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Shamsinar di hadapan rumah beliau di Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor.

    Keluarga ini boleh di hubungi di talian 016 278 0698.

    Read more
  • SKR 2020 - Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu

    23 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Tanjung Malim (Perak)Β dan Kuala Kubu BharuΒ (Selangor). Sumbangan disampaikan oleh En. Romdani Sharif, Timbalan Pengurus Akademi Kemahiran YBK (AKYBK). Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    KG. KUALA LANAR, 21 April 2020 – En. Abdul Razak b Mat Yasin adalah seorang penoreh getah yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan. Beliau juga merupakan OKU percakapan yang mengidap penyakit kencing manis.

    Beliau menyara dirinya, seorang kakak beliau yang juga tidak berkahwin bersama 2 orang anak saudara beliau yang lain. Sebelum ini, beliau tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

    Beliau boleh dihubungi di talian 011 1337 7526.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Servecare Sdn. Bhd. dan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Kuala Lanar, Tn. Sahlan Aidilfitri b Abu Hanifah mewakili YBK. Penyerahan sumbangan dilakukan di rumah Tn. Sahlan Aidilfitri.


    TANJUNG MALIM, 23 April 2020 – Bekerja dengan vendor kilang Proton, En. Ahmad Firdaus b Adam tinggal bersama isteri dan 4 orang anak yang masih bersekolah semuanya. Isteri beliau sebelum ini berniaga kecil-kecilan di hadapan sekolah bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan, isteri beliau tidak dapat berniaga menyebabkan hilang pendapatan untuk membantu suaminya.

    Beliau tidak tahu sama ada syarikat tempat beliau bekerja membayar gaji atau tidak kerana tiada apa-apa makluman dari pihak syarikat. Rumah yang beliau tinggal merupakan rumah sendiri di mana bayaran bulanannya sebanyak RM420.

    Beliau boleh dihubungi di talian 011 3996 0078.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    TANJUNG MALIM, 23 April 2020 – En. Khairol Arman b Ahmad terpaksa bergantung harap pada pendapatan isteri yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai sumber pendapatan utama keluarga. Anak beliau seramai 7 orang dengan 5 orang masih bersekolah. Beliau tidak dapat bekerja berat selepas kaki beliau patah akibat kemalangan jalan raya dan hanya mampu mengambil upah memotong rumput.

    Keluarga ini masih membasuh pakaian menggunakan tangan kerana tiada mesin basuh. Rumah beliau juga tiada peti sejuk kerana kekangan kewangan. Untuk bergerak, beliau meminjam motor jirannya. Isteri beliau juga terpaksa menumpang jiran setiap kali ke tempat kerja.

    Isteri beliau yang menerima kunjungan wakil Sinar Kasih Ramadhan YBK 2020 (SKR 2020) ketika beliau keluar bekerja sangat terharu di atas sumbangan yang diberi sehingga air matanya mengalir dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diberi.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 595 7368.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    TANJUNG MALIM, 22 April 2020 – En. Mior Ahmad Safuan tinggal bersama isteri, anak seramai 4 orang dan bapa saudaranya yang telah uzur. Sebelum ini beliau menjaga ibunya yang lumpuh, di mana banyak wang diperlukan untuk membeli susu dan lampin pakai buang untuk ibunya dan bapa saudaranya yang tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana uzur.

    Semasa ziarah wakil Sinar Kasih Ramadhan YBK 2020 (SKR 2020) ke rumah beliau, ibu beliau baru beberapa hari meninggal dunia. Kini beliau menjaga bapa saudaranya yang tiada anak kerana tidak pernah berkahwin. Beliau tinggal di rumah pusaka orang tuanya. Pendapatan sebagai posman tidak mencukupi untuk menampung kehidupan hariannya.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 955 7741.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – En. Mohd Umar Mohamed Zainal merupakan seorang peniaga nasi lemak di 2 buah restoran cina di Kuala Kubu Bharu dan Rasa yang telah hilang punca pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Beliau telah cuba berniaga secara β€˜online’ akan tetapi sambutannya kurang menggalakkan kerana persaingan di kawasan sekitar sangat tinggi.

    Beliau tinggal bersama isteri dan 6 orang anak yang semuanya masih belajar di IPT dan sekolah harian biasa. Isteri beliau selalu membantunya memasak dan menjual nasi lemak. Bagi menampung perbelanjaan, beliau mengambil inisiatif menjual sabun basuh akan tetapi ianya tidak dapat menampung perbelanjaan makan minum keluarga ini sepenuhnya.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 769 0522.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    KG. SG. SELISEK , 21 April 2020 – En. Mohd Daud b Derus seorang pesara Syarikat Bekalan Air Selangor. Beliau tinggal bersama isteri dan 2 orang perempuan beliau di Kg. Sekolah, Sg. Selisek. Isteri beliau mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa membuat dialisis 3 kali seminggu di Tanjung Malim. Wang persaraan beliau banyak digunakan untuk perubatan isteri.

    Sebelum ini anak lelaki beliau yang hanya bekerja kampung banyak membantu makan minum beliau sekeluarga. Namun, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, anak En. Daud terputus punca pendapatan. Seorang anak perempuan beliau diberhentikan kerja kerana PKP, manakala seorang lagi menjaga isteri beliau yang uzur.

    Semasa wakil SKR menyampaikan sumbangan ini, beliau begitu terharu kerana tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari mana-mana pihak. Dengan nada sebak beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diterima kerana beliau sangat-sangat memerlukan ketika ini.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 303 4961.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    TANJUNG MALIM, 20 April 2020 – En.Mohd. Rohizan b Ab. Wahat bekerja di sebuah kilang di kawasan Proton City. Beliau tinggal bersama isteri dan 8 orang anak yang masih lagi bersekolah kesemuanya. 4 orang anak beliau belajar di peringkat menengah, manakala 3 lagi belajar di sekolah rendah. Anak sulung beliau yang merupakan seorang graduan diploma sedang menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda. Rumah yang beliau tinggal sekarang merupakan rumah sendiri di mana beliau perlu membayar pinjaman kepada pihak bank sebanyak RM450 sebulan.

    Keluarga beliau yang besar memaksa beliau bekerja lebih masa untuk mendapatkan wang tambahan. Akan tetapi, Perintah Kawalan Pergerakan amat menjejaskan pendapatan beliau yang kini hanya mengharap pada gaji tetap sahaja. Keadaan persekolahan yang bercuti kerana PKP melegakan sedikit perbelanjaan beliau.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 554 7271.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    TANJUNG MALIM, 23 April 2020 – Pn. Noor Farhah bt. Ahmad merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang urut tradisional sebagai pekerjaan utama untuk menampung perbelanjaan harian beliau bersama 3 orang anak yang masih bersekolah semuanya. Beliau tinggal di rumah yang disewa sebanyak RM400 sebulan.

    Wang hasil mengurut inilah yang digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga akan tetapi dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku sekarang menyebabkan beliau hilang punca pendapatan. Disebabkan hilang pendapatan, pihak masjid di kawasan kediaman beliau turut membantu dengan memberi bahan makanan kering untuk kegunaan beliau sekeluarga.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 255 2687.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd.


    TANJUNG MALIM, 20 April 2020 – Pn. Nurul Hidayah bt. Ismail, merupakan seorang ibu tunggal dengan 3 orang anak yang masih kecil. Seorang anak beliau telah bersekolah, manakala anak kedua beliau merupakan OKU (masalah pembelajaran). Beliau sedang berusaha untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membolehkan anaknya bersekolah di sekolah pendidikan khas. Anak ketiga beliau belum bersekolah.

    Sumber pendapatan beliau adalah dengan berniaga makanan secara β€˜online’, akan tetapi dengan PKP yang berlaku sekarang, pendapatan beliau berkurangan hampir separuh. Selain itu, beliau perlu membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 320 7821.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    TANJUNG MALIM, 20 April 2020 – En. Rosman b Ahmad bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang vendor Proton. Beliau tinggal menyewa di kawasan perumahan Proton City, Tanjung Malim dengan kadar sewa RM530 sebulan bersama isteri dan 5 orang anak. Empat (4) orang anak masih bersekolah.

    Beliau kerap ke hutan pada masa lapang untuk mencari hasil hutan bagi menambah pendapatan. Beliau juga ada membela ikan keli di laman rumah bagi menampung keperluan keluarga. Sewaktu sumbangan disampaikan, beliau tiada di rumah dan sumbangan diterima oleh isteri beliau, Pn. Ainiyusnani Zaini.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 627 1610.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – Shamsul Bahrin b Ibrahim kehilangan punca pendapatan apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Beliau yang biasanya berniaga kuih-muih di sekitar taman perumahan tidak dapat lagi melakukannya. Beliau hanya mengharapkan duit simpanan yang tidak seberapa untuk menampung perbelanjaan harian.

    En. Shamsul tinggal menumpang di rumah ibu mertuanya bersama isteri, kakak ipar dan 6 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Isteri beliau yang juga suri rumah membuat kuih muih untuk jualan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 271 4581.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd.


    KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – En. Wan Fareez b Wan Roslan terpaksa memikul peranan sebagai ketua keluarga apabila ayahnya membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok. Beliau yang masih bujang tinggal bersama seorang kakak yang juga belum berkahwin berserta 4 orang anak saudaranya yang merupakan mangsa penceraian kakak beliau yang lain.

    Rumah yang didiami beliau sekarang adalah ehsan daripada saudaranya. Sewaktu kunjungan wakil YBK, beliau memaklumkan bahawa dalam waktu terdekat beliau perlu berpindah kerana rumah tersebut akan diambil semula oleh pemiliknya.

    En. Fareez yang berniaga sate di sekitar Kuala Kubu Bharu sebagai punca pendapatan. Kakak beliau tidak bekerja dan hanya membantunya menyediakan perapan sate untuk jualan. Beliau tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak atau agensi.

    Beliau boleh dihubungi di talian 019 375 6355.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Servecare Sdn. Bhd.


    KUALA KUBU BHARU, 23 April 2020 – En. Zainal Abidin Ahmad tinggal bersama isteri dan 6 orang anak yang semuanya masih belajar lagi di Taman Ampang Pecah. Sumber pendapatan beliau sekeluarga datang daripada hasil pembuatan dan penjualan keropok lekor di sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu.

    Apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan, pendapatan beliau terjejas dan hanya mampu mengharap jiran-jiran untuk membeli. Isteri beliau, Pn. Salwani Ismail membantu membuat keropok lekor di rumah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 242 4369.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada Servecare Sdn. Bhd.

    Read more
  • SKR 2020 - Kuala Selangor

    22 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Kuala Selangor. Sumbangan disampaikan oleh En. Zulkifli Zali, Pengurus Pusat Latihan YBK (PLYBK) dan dibantu oleh pegawai PLYBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    KUALA SELANGOR, 20 April 2020 – En. Safiei bin Sanusi mempunyai masalah kesihatan iaitu masalah buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis. Isterinya pula telah kehilangan sebelah kaki akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Beliau tinggal menyewa disebuah rumah bersama 5 orang anaknya.Β Anak kedua yang merupakan OKU pendengaran dan bisu. Seorang anak beliau masih belajar dan mempunyai masalah buah pinggang.

    Keluarga ini tidak mempunyai pendapatan bulanan memandangkan En. Safiei dan isteri tidak mampu bekerja. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 435 6943.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Cik Rohaida dan Pn. Norashikin daripada PLYBK Kuala Selangor.


    KUALA SELANGOR, 20 April 2020 – Pn. Norhayati binti Omar adalah seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan bekas suaminya. Beliau tinggal menyewa disebuah rumah bersama 4 orang anaknya. Beliau memperolehi pendapatan bulanan lebih kurang RM500 sebulan hasil daripada menjual kuih yang kini sangat terkesan akibat PKP. Empat orang anak beliau masih belajar dan salah seorang anak Pn. Norhayati merupakan pelatih PLYBK.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6391 968?.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Cik Rohaida dan Pn. Norashikin dari PLYBK Kuala Selangor.


    KUALA SELANGOR, 22 April 2020 – Kunjungan Petugas SKR PLYBK ke rumah En. Halim b Abdul Gani yang tinggal bersama isteri dan 4 orang anak.

    Bagi menyara keluarga En. Halim bekerja sebagai seorang nelayan dan isteri beliau, Pn. Salina bt Samingon yang menjual kuih secara kecil-kecilan. Beliau mempunyai 4 orang tanggungan di mana anak sulungnya yang pernah mengikuti pengajian di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor tidak bekerja kerana mengidap sakit kanser tekak dan memerlukan rawatan susulan setiap bulan manakala 3 orang lagi masih bersekolah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2335 2264.

    Sumbangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan SKR syarikat Hikmah Cantik Sdn Bhd dan ServeCare Sdn. Bhd.


    KAPAR, 20 April 2020 – En. Mohd Hanif b Mohd Sani bekerja sebagai Pembantu Am di salah sebuah kilang di Klang, manakala isterinya seorang suri rumah sepenuh masa serta mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah, 2 orang sekolah rendah, seorang sekolah menengah manakala anak sulung beliau merupakan salah seorang pelajar di Pusat Latihan YBK.

    Beliau tinggal di rumah yang dibina oleh Lembaga Zakat Selangor. Pendapatan bulanan beliau juga tidak dapat menampung keseluruhan perbelanjaan bulanan keluarganya.

    Keluarga ini boleh di hubungi di talian 010 266 5909.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Hikmah Cantik Sdn Bhd telah di Sampikan oleh Pn. Nurul Hidayah dari PLYBK Kuala Selangor.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – En. Mohamad Razali B. Abu bekerja sebagai Tukang Kebun sekolah mempunyai empat (4) orang cahaya mata yang berumur dari 5 bulan hingga 10 tahun. Isteri beliau tidak dapat bekerja hanya menjaga anak-anak di rumah.

    Selain bekerja sebagai tukang kebun sekolah, beliau juga melakukan kerja-kerja sampingan dengan membantu menjual buah-buahan di pasar yang berdekatan rumahnya. Beliau bersama isteri serta anak-anak kini tinggal menyewa dengan kadar sewaan sebanyak RM300.00 sebulan.

    Sebelum ini beliau dan keluarga hanya tinggal menumpang bersama keluarga adik beliau. Sebelum mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun beliau telah kehilangan pekerjaan sebagai pekerja pembersihan sampah sehingga beliau terpaksa menganggur.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 240 7410.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Zali, Pengurus PLYBK.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Pn. Nor Rita bt Ahmad merupakan seorang ibu tunggal yang telah kematian suami akibat kemalangan 2 tahun yang lalu kini menjaga tiga (3) orang anak yang berumur dari 5 tahun sehingga 16 tahun.

    Setelah kematian suami, beliau terpaksa bekerja sebagai pembantu di kedai makan bagi mengasuh 3 orang anak beliau yang masih kecil dan anaknya yang sulung mengidap penyakit Lekeumia. Semenjak PKP berlangsung beliau kini hilang mata pencarian. Bagi meneruskan kehidupan beliau berusaha menjalankan perniagaan dari rumah dengan menjual sedikit kuih muih. Hasil pendapatan perniagaan, dapatlah beliau menyara perbelanjaan anak-anaknya.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 369 0773.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Zali, Pengurus PLYBK.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Kembara SKR tahun 2020 sekali lagi melawati keluarga Pn. Noraisah bt Sulung (55 tahun), seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami sejak tahun 2009 dan hingga kini masih menetap di rumah yang dibina dengan menyambung bumbung antara dua rumah saudaranya d kiri dan kanan.

    Mereka masih tinggal di rumah yang agak uzur ini dan dengan ruang antara dapur, tempat tidur dan tempat anak-anak belajar yang terhad. Namun semua itu tidak mematahkan semangat Pn Noraisah mendidik anak-anak beliau seramai 5 orang yang sangat cemerlang dalam pelajaran. Anak sulung sedang mengikuti pengajian di UiTM, yang kedua di Kolej Matrikulasi, yang ketiga memperoleh keputusan 6A dalam SPM dan yang lain masih bersekolah menengah. Pihak kami dimaklumkan oleh guru sekolah, anak-anak Pn. Noraisah ini tidak hanya cemerlang dalam pelajaran tetapi mereka memiliki ketinggian adab, kesantunan, menghormati dan sifat sedia menolong yang tinggi.

    Pn. Noraisah mengidap kencing manis dan masalah buasir bekerja dengan menjual kuih dan nasi lemak di kawasan kampung. Namun menjadi sukar ketika menghadapi PKP.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 308 2984.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada syarikat Hikmah Cantik Sdn. Bhd. dan ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Zulkifli Zali Pengurus Pusat Latihan YBK.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Pn. Nurul Nabilah bt Din merupakan seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan suami sejak beberapa bulan yang lalu dan kini menjaga enam (6) orang anak yang berumur dari 3 bulan sehingga 12 tahun.

    Setelah berpisah dengan suami, beliau tidak dapat bekerja tetap disebabkan terpaksa menjaga/mengasuh 6 orang anak, beliau kini hilang mata pencarian bagi membesarkan anak-anak. Bagi meneruskan kehidupan beliau berusaha menjalankan perniagaan dari rumah dengan menjual Nasi Ayam Penyet dan Laksa. Keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa sebanyak RM400 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 554 7137.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – En. Rosni b Ismail merupakan seorang buruh kasar. Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa dan sedang sarat mengandung. Keluarga ini dikurniakan tiga (3) orang cahaya mata yang berumur 10 tahun sehingga 18 tahun.

    Dengan melakukan pekerjaan sendiri sebagai buruh kasar membaiki pulih rumah, bot nelayan dan sebagainya, beliau memperoleh pendapatan tidak tetap. Dengan pendapatan tersebut keluarga ini tinggal menyewa dengan kadar RM200 sebulan. Beliau juga terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan yang lain bagi menambah pendapatan keluarga. Keluarga ini telah terputus punca pendapatan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 395 2245.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Pn. Siti Norlina bt Mohd Bahar merupakan seorang isteri yang telah terputus pendapatan semenjak suaminya kehilangan penglihatan beberapa tahun yang lalu.

    Kini beliau menjaga dua (2) orang anak yang berumur dari 5 tahun sehingga 12 tahun. Semenjak suami beliau sakit, Pn. Norlina tidak bekerja dan menjaga suami serta mengasuh anak beliau yang masih kecil.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 335 1741.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.


    KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – En. Suterisno b Saridi bapa kepada empat (4) orang anak yang berumur 9 tahun sehingga 18 tahun ini merupakan seorang nelayan pantai yang menjaring ikan dan udang untuk dijual. Isteri beliau Norhayati Bt Bakhtiar mengalami masalah obesiti dengan pergerakan yang terbatas dan sukar untuk membantu suaminya melakukan kerja.

    Dengan pendapatan yang tidak tetap sebagai nelayan, beliau tinggal menyewa dengan kadar sewaan sebulan RM250. Selain menjaring ikan beliau juga melakukan kerja sampingan mencari kerang Ala-la untuk diproses dan dijual. Empat orang anak beliau yang kini sudah berhenti persekolahan terpaksa membantu beliau menjual hasil laut dari rumah ke rumah dan menjaja di sekitar tempat orang ramai beriadah dengan berbasikal dan berjalan kaki.

    Keluarga ini telah terputus punca pendapatan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan dan mengharapkan bantuan orang ramai menghulurkan keperluan barangan dapur.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 822 9058.

    Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.

    Read more
  • SKR 2020 - Ampang

    22 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Ampang. Sumbangan disampaikan oleh Pn. Alia Zam (Pengurus Bahagian Media & Arkib YBK) dan Cik Rosmaiza Mohamad (Timbalan Pengurus Bahagian Pentadbiran YBK). Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    AMPANG, 22 April 2020 – En. Abdul Rahman Hassan tinggal bersama 6 orang anak setelah isteri beliau meninggal dunia 4 tahun lepas. Bekerja sebagi pemandu van sekolah amat terkesan sekali dengan PKP ini apabila beliau tidak menerima gaji untuk menampung keluarga beliau.

    Beliau menyara 6 orang anak yang berumur antara 4 hingga 19 tahun di mana 5 orang masih bersekolah manakala seorang tidak bersekolah. Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Lembah Jaya Selatan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2815 1053.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari MBSB Bank dan disampaikan oleh pegawai YBK, Rosmaiza Mohamad dan Alia Zam.


    PANDAN INDAH (AMPANG), 22 April 2020 – Puan Aminatul Shima Amran menanggung keluarga dengan bekerja sendiri. Beliau mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan 5 orang anak berumur antara 12 hingga 18 tahun di mana 4 orang masih belajar dan seorang tidak bersekolah (menunggu keputusan SPM).

    Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Pandan Mewah Ampang bersama kakak dan terdapat 15 orang dalam rumah tersebut.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 971 8161.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah daripada Tenaga Nasional Bhd. dan disampaikan oleh Guru Besar SK Pandand Indah, Puan Rohaya. Turut serta Alia Zam (YBK), Rosmaiza Mohamad (YBK), En. Syed (PK HEM SK Pandan Indah) dan Pn. Linda (EXCO Majlis Belia Daerah).


    TMN LEMBAH JAYA (AMPANG), 22 April 2020 – Pn. Azian Ismail bekerja sendiri bagi mencari nafkah untuk menyara 3 orang anaknya yang berumur antara 11 hingga 14 tahun yang masih bersekolah sejak kematian suaminya. Beliau dan anak-anak tinggal menumpang di rumah nenek di Taman Lembah Jaya Ampang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 240 3234.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari Puan Shamsiah Mohd Dom dan disampaikan oleh pegawai YBK, Rosmaiza Mohamad (YBK) dan Alia Zam (YBK).


    PANDAN INDAH (AMPANG), 22 April 2020 – Puan Irdawaty Japri menanggung keluarga dengan bekerja sebagai β€˜cleaner’ manakala suaminya En Muhammad Hassan Abdul Jalil tidak bekerja.

    Beliau mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan 4 orang anak berumur antara 2 hingga 17 tahun di mana 3 orang masih belajar dan seorang tidak bersekolah. Keluarga ini tinggal menyewa di pangsapuri Pandan Indah Ampang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 888 2653.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Guru Besar SK Pandand Indah, Puan Rohaya. Turut serta Alia Zam (YBK), Rosmaiza Mohamad (YBK), En. Syed (PK HEM SK Pandan Indah) dan Pn Linda (EXCO Majlis Belia Daerah).


    TAMAN LEMBAH MAJU (AMPANG), 22 April 2020 – En. Mustapa Muhd Ariffin dan isteri Pn. Syahrina Shaharan bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak tetap bagi menyara lima orang anak berumur antara 2 hingga 14 tahun di mana 3 orang masih belajar dan 2 orang tidak bersekolah. Keluarga ini tinggal menyewa di pangsapuri Taman Lembah Maju Ampang.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6974 2066.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Guru Besar SK Pandand Indah, Puan Rohaya. Turut serta Alia Zam (YBK), Rosmaiza Mohamad (YBK), En. Syed (PK HEM SK Pandan Indah) dan Pn Linda (EXCO Majlis Belia Daerah).


    PANDAN INDAH (AMPANG), 22 April 2020 – Pn. Nur Azlina Che Ramli tidak bekerja dan tinggal bersama 5 orang anak berumur antara 1 hingga 11 tahun di mana 4 orang masih belajar dan seorang tidak bersekolah (menunggu keputusan SPM).

    Keluarga ini tinggal di Taman Ampang Indah. Rumah yang beliau duduki bersama anak-anak telah lama tidak dibayar kepada bank kerana tidak mempunyai pendapatan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 272 8500.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari MBSB Bank dan disampaikan oleh pegawai YBK, Rosmaiza Mohamad dan Pn. Alia Zam.


    PANDAN INDAH (AMPANG), 22 April 2020 – Puan Robizah Abdul Rahman menjual biskut dan dijual dari rumah bagi menampung 5 orang anak yang berumur antara 5 hingga 18 tahun dimana 4 orang masih bersekolah manakala seorang tidak bersekolah (menunggu keputusan SPM).

    Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Ampang Indah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 272 8500.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 ini adalah dari MBSB Bank dan disampaikan oleh pegawai YBK, Rosmaiza Mohamad dan Pn. Alia Zam.

    Read more
  • SKR 2020 - Serendah, Ulu Yam Baru & Kuala Kubu Bharu

    21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Serendah, Ulu Yam Baru dan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Timbalan Pengetua ASKA Serendah) dan dibantu oleh pegawai ASKA Serendah. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    BKT SENTOSA, 20 April 2020 – Nur Wahida bt Mohammed, seorang ibu tunggal dengan tanggungan anak seramai 7 orang anak. 5 orang daripadanya masih bersekolah dan dua orang lagi masih kecil. Beliau bekerja sebagai jurujual di pasaraya.

    Rumah yang didiami sekarang adalah rumah sewa dengan kadar bayaran sebanyak RM460 sebulan. Baki gaji selepas bayaran sewa dibuat belanja bagi 8 orang, tidak termasuk bil elektrik dan air. Buat masa ini segala perbelanjaan isi rumah adalah bergantung kepada pendapatan yang di terima. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 793 1408

    Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Addanan.


    SERENDAH, 20 April 2020 – Zubaidah bt Othman, seorang ibu tunggal yang tinggal menyewa bersama 12 orang anak. Menerima bantuan Zakat sebanyak RM850 dan separuh daripadanya diguna untuk membayar sewa rumah, dan bakinya untuk perbelanjaan bulanan. Sepuluh (10) orang anak beliau masih bersekolah. Beliau berniaga secara kecilan iaitu menjual kuih-muih dan ikan masin. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 852 7937.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Addanan.


    SERENDAH, 20 April 2020 – Nurul Shahzamul Hidayah bt Mohd Sham adalah seorang ibu tunggal yang menyewa bersama 6 orang anak dengan sewa RM600 sebulan.Β Tiga daripada 6 orang anaknya telah bersekolah. Hampir dua bulan tidak berniaga disebabkan kekurangan modal, beliau merancang untuk berniaga menjual kuih dan makanan bergoreng sempena bulan Ramadan dari rumah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1111 8239.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Bin Addanan.


    SERENDAH, 20 April 2020 – Abdul Shamad bin Idris, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tinggal bersama 7 orang anak. 6 daripadanya masih bersekolah dan seorang telah bekerja.
    Membuat kerja-kerja pertukangan jika ada dengan anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM700. Perlu menanggung bayaran sewa rumah sebanyak RM450 sebulan. Dalam keadaan sekarang agak sukar bagi beliau untuk bergerak mencari pendapatan.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Addanan.


    SERENDAH, 20 April 2020 – Wati bt Ali Umar, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anaknya. Tiga daripadanya masih bersekolah. Mendiami rumah bekas suami, ibu tunggal ini tidak bekerja dan menanggung perbelanjaan menggunakan wang sumbangan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6226 3132.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Puan Sri Noorainee Bt Abdul Rahman telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua Asrama Kasih YBK, Ustaz Syaiful Akmal Bin Addanan.


    Β 

    KUALA KUBU BHARU, 21 April 2020 – En. Abdul Baari b Zakaria bekerja mengambil upah memotong rumput dari rumah ke rumah bagi menyara keluarga, manakala isterinya Pn. Wan Nurmariani bertugas sebagai jururawat masyarakat di Rumah Ihsan Kuala Kubu Bharu.

    Pasangan ini bersama 6 orang anaknya tinggal menyewa di Rumah Murah Padang Golf KKB sejak Ogos 2019. Walaupun isteri adalah penjawat awam, komitmen kewangan yang tinggi menyebabkan keluarga ini terpaksa berkira-kira untuk berbelanja, tambahan pula anak-anak masih bersekolah. Salah seorang anak pasangan ini, Nur Ain Syafea (14 tahun) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 881 9942.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin Pemandu ASKA dan En. Rashid Warden ASKA.


    FELDA SOEHARTO, 21 April 2020 – Pn. Sarimah bt Osman adalah seorang ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia 2 tahun yang lepas akibat kanser. Beliau menyara keluarga dengan mengambil upah menjahit namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tiada tempahan menjahit yang diterima oleh beliau.

    Pn. Sarimah tinggal bersama 6 orang anaknya. Anak sulungnya telah berkahwin dan mengikut suami. Salah seorang anaknya, Noriswana Sadzale (13 tahun) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 677 5458.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


    ULU YAM BHARU, 21 April 2020 – En. Khairul Isham b Ismail mengalami sakit tulang belakang sejak 10 tahun yang lepas akibat kesan kerja-kerja berat yang dilakukan semasa bekerja di sebuah kilang pengeluaran kenderaan dan kini tidak bekerja. Beliau dicadangkan untuk melakukan pembedahan namun kos kewangan dan peratus kesembuhan yang kecil menyebabkan ia tidak dilaksanakan. Justeru, isteri beliau, Pn. Siti Norazia bt Mat Ali terpaksa menyara keluarga dengan menjual ais krim.

    Pasangan ini bersama 3 orang anaknya tinggal di sebuah rumah yang memerlukan bayaran sebanyak RM270 sebulan. Dengan pendapatan yang tidak seberapa di samping perlu berbelanja untuk kos perubatan suami, tidak dinafikan keluarga ini sangat terkesan dalam aspek kewangan. Seorang anak pasangan ini, Nurul Ain Zulaikha adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 321 6922.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


    ULU YAM BHARU, 21 April 2020 – Pn. Maizatul bt Aswad adalah seorang ibu tunggal kematian suami. Dahulunya beliau menyara keluarga dengan berniaga menjual nugget tetapi kini tidak lagi. Kadang kala beliau terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada kakaknya yang tinggal di Batang Kali.

    Beliau bersama 3 orang anak dan seorang anak saudara tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM600 sebulan. Keluarga ini agak terkesan untuk mendapat punca pendapatan setiap bulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 379 2496.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh YBhg. Datin Hartini Osman, Pengerusi SKR 2020 merangkap Pengerusi Asrama Kasih YBK (ASKA), turut mengiringi adalah Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi (Pengetua ASKA Serendah), bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


    KG. GESIR TENGAH, 21 April 2020 – En. Miswan Husain dahulunya bekerja sebagai pemungut sisa pepejal bersama sebuah syarikat namun kontrak perkhidmatannya telah pun tamat pada akhir bulan Mac. Kini beliau tidak bekerja, ditambah lagi dengan keadaan tulang kaki beliau yang bengkok akibat cedera semasa bertugas. En. Miswan bersama isteri, Pn. Siti Ruslina terpaksa berjimat cermat dan menggunakan wang simpanan yang ada untuk menanggung keluarga.

    Pasangan ini bersama 5 orang anaknya tinggal menyewa di sebuah rumah dengan kadar RM150 sebulan. Salah seorang anak pasangan ini, Mohd Arif b Miswan (13 tahun) adalah pelajar Asrama Kasih YBK Serendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 561 9176.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid Warden ASKA.


    GEDANGSA, 21 April 2020 – En. Mat Noor Raji menyara isteri, Pn. Rusnah bt Abd Rahman dan anak-anaknya seramai 4 orang dengan menoreh getah. Hasil torehan yang diterima beliau adalah sangat tidak menentu dan memaksa isterinya untuk meminjam wang daripada jiran dan kenalan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Untuk meringan beban suami, Pn. Rusnah juga mencari pendapatan sebagai pembantu rumah harian.

    Kesulitan kewangan yang dihadapi keluarga ini sangat membimbangkan sehingga kadang-kala bekalan elektrik dan air rumah mereka dipotong akibat tunggakan bayaran. Dengan PKP yang sedang berkuat kuasa, keluarga ini terpaksa makan apa yang ada untuk mengalas perut. Salah seorang anak keluarga ini, Norrus Zulaikha Damia, adalah alumni Asrama Kasih YBK (SPM 2019).

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 436 6126.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari YAB Puan Sri Noorainee Abdul Rahman telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, bersama kakitangan YBK Pn. Rugayah, En. Amiruddin (Pemandu ASKA) dan En. Rashid (Warden ASKA).


    SERENDAH, 27 April 2020 – Puan Siti Sholehah binti Mat Isa seorang ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anak-anaknya yang masih kecil. Beliau berpisah dengan suami pada Februari 2020 dan sejak daripada itu, beliau menanggung keluarganya dengan cara berniaga air batu campur (ABC) kecil-kecilan di bahu jalan.

    Tinggal di rumah yang mempunyai tunggakan bekalan elektrik, pernah beliau bergelap di rumah akibat bekalan dipotong sehingga perlu membuat rayuan kepada TNB. Anak sulung beliau berusia 11 tahun dan yang paling bongsu berusia 2 tahun 7 bulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6238 7914.

    Sumbangan SKR 2020 adalah daripada syarikat Servecare Sdn. Bhd. dan Ybhg. Dato Sri Fathil bin Wahab telah disampaikan oleh Puan Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah, bersama kakitangan En. Amiruddin (Pemandu ASKA).


    SERENDAH, 27 April 2020 – Puan Lena Marleni binti Meik Aji adalah seorang ibu tunggal di mana suaminya meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Pn. Lena membesarkan 4 orang anaknya sendiri. Walaupun anak-anaknya berstatus anak yatim tetapi anak-anaknya maju di dalam pelajaran.

    Beliau tidak bekerja tetap kerana beliau hanya mendapat kad penduduk tetap kerana berkahwin dengan suaminya yang merupakan rakyat Malaysia. Beliau hanya menjual nasi lemak di hadapan rumahnya untuk menampung perbelanjaan membesarkan anak-anaknya.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 213 7560.

    Sumbangan SKR 2020 ini adalah dari syarikat Servecare Sdn. Bhd. dan Ybhg. Dato Sri Fathil bin Wahab telah disampaikan oleh Puan Halimaton Saadiah bt Mohd Nawawi, Pengetua Asrama Kasih YBK (ASKA) Serendah, bersama kakitangan En. Amiruddin (Pemandu ASKA).

    Read more
  • SKR 2020 - Rawang

    21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Rawang, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh En. Asuad Ismail, Timbalan Pengurus Bahagian Pengurusan Aset YBK. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    TASIK PUTERI (RAWANG), 21 April 2020 – Pn Maziayaun Lisa bt Mat Zin merupakan ibu tunggal yang menyara keluarga melalui jualan kuih-muih. Mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM400 sebulan.

    Sepanjang PKP yang berlangsung ini, Pn Maziayaun ini dibantu oleh keluarga dan jiran-jiran dari segi makanan

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2692 0413.

    Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TASIK PUTERI (RAWANG), 21 April 2020 – Pn Rosni Aida bt Kamaruddin merupakan ibu tunggal yang menyara keluarga melalui jualan kuih-muih. Mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM400 sebulan.

    Sepanjang perintah kawalan pegerakan berlangsung, keluarga ini tiada pendapatan bulanan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1288 9810.

    Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TASIK PUTERI (RAWANG), 21 April 2020 – En. Ahmad Faizal b Zainan bekerja sendiri sebagai penghantar surat di sekitar Rawang. Pada masa ini, beliau baru sembuh daripada terbabit dengan kemalangan jalan raya. Isterinya suri rumah sepenuh masa.

    Keluarga ini mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM550 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 381 6757.

    Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn Bhd telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TASIK PUTERI (RAWANG), 21 April 2020 – En Salihin bin Abd Rahman sebagai pemandu lori. Isterinya suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini mempunyai 4 orang anak. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM500 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 249 9060.

    Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TASIK PUTERI (RAWANG), 21 April 2020 – En. Ilham bin Hassan Basri tidak bekerja secara tetap kerana beliau perlu menjaga isterinya yang mempunyai masalah mental. Isterinya mengalami masalah mental bermula 2016 yang lalu.

    Keluarga ini mempunyai 4 orang anak. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM380 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 249 9060.

    Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TAMAN RAWANG PERDANA, 21 April 2020 – En Rashadan bin Mohamad Kamal mencari rezeki dengan berniaga satay di kedai makan berhampiran rumah. Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau masih berniaga namun hanya terhad kepada perniagaan bawa balik bermula 4.30ptg – 07.30ptg.

    Beliau bersama isteri dan 5 orang anak tinggal menyewa dengan kadar sewa sebanyak RM400 sebulan. Anak sulung belajar di President College, yang kedua menunggu panggilan sambung belajar, ketiga di sekolah menengah & 2 lagi di SK Bukit Rawang Jaya.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 329 8709.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Ahmad Fuad Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TAMAN RAWANG PERDANA, 21 April 2020 – Disebabkan masalah kesihatan, En. Anuar b Ayub tidak mampu mencari pendapatan bagi menampung keluarga. Isteri Norhayati Ayub bekerja sebagai pembantu tadika yang dibayar elaun.

    Itu sahaja yang mampu di usahakan bagi menyara kehidupan 7 orang anak yang 3 bersekolah menengah dan 3 orang lagi di SK Bukit Rawang Jaya. Keluarga ini tinggal bersama bapa mertua Anuar yang uzur dan mengidap Glucoma.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6980 1845.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Ahmad Fuad Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TAMAN RAWANG PERDANA, 21 April 2020 – Halimah bt Hamdi seorang Ibu Tunggal yang baru sahaja kehilangan suami pada bulan Januari yang lalu. Semenjak kehilangan ketua keluarga yang menyara kehidupan mereka, Halimah telah bekerja sebagai pekerja pembersihan secara kontrak di pejabat LHDN, Jalan Duta.

    Dengan pekerjaan ini beliau menyara kehidupan bersama 4 orang anak di rumah yang disewa dengan harga RM250 sebulan. Anak sulung baru tamat belajar, yang kedua bersekolah menengah di SMK Rawang dan 2 lagi di SK Bukit Rawang Jaya.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 376 4792.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Ahmad Fuad Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.


    TAMAN RAWANG PERDANA, 21 April 2020 – En. Azman b Muhammad Amin dan isteri, Darlina Abdullah mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng di kawasan perumahan mereka bagi menyara hidup bersama 5 orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini tinggal menyewa di Pangsapuri Rawang Putra dengan bayaran RM650 sebulan. Kesemua anak mereka menghidap penyakit exzema & asma.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 374 9668.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Ahmad Fuad Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Asuad Ismail.

    Read more
  • SKR 2020 - Sepang

    21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Sepang. Sumbangan disampaikan oleh En. Mohd Rasidi Sapiai, Pegawai YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    SG. PELEK, 21 April 2020 – Pn. Rozita bt Mohd Yusof adalah seorang ibu tunggal bekerja sebagai pembantu tadika. Beliau menyara 5 orang anak yang 2 daripadanya bersekolah menengah manakala 3 lagi bersekolah di SK Sungai Pelek.

    Tinggal menumpang di rumah ibu, beliau juga menanggung ibu yang uzur berusia 66 tahun yang menghidap kencing manis & darah tinggi. Sejak bermula PKP beliau tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1444 0845.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    SG. PELEK, 21 April 2020 – En. Isa b Mohd Zainuddin baru sahaja diterima bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang pada Januari lalu.

    Isteri beliau tidak bekerja dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 7 orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2821 2554.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    SG. PELEK, 21 April 2020 – En. Masri bin Awing berusia 60 tahun tidak bekerja kerana menghidap asma kronik bergantung pada ubat daripada hospital. Jika sihat, beliau akan ke laut membantu kawan bagi mendapat lauk untuk makan sekeluarga.

    Anak sulung menyambung pelajaran di UPM, anak ke-2 di Kolej SEGI, 2 orang bersekolah menengah, 5 orang bersekolah rendah, seorang di pra-sekolah & seorang belum bersekolah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1104 1669.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    SG. PELEK, 21 April 2020 – Pn. Norazila bt Aziz adalah seorang ibu tunggal dan telah berpisah kerana suami adalah seorang penagih dadah. Pn. Norazila menyara keluarga dengan mengambil upah membaiki paip pecah & mesin rumput.

    Beliau tidak mencari pekerjaan tetap kerana perlu menguruskan persekolahan anak-anak. Empat (4) orang anak beliau masih bersekolah dan seorang di peringkat pra-sekolah. Keluarga ini menyewa rumah dengan bayaran RM350 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 312 7634.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Servecare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    SG. PELEK, 21 April 2020 – En. Mohd Fazli b Mohamad tinggal di rumah peninggalan orang tua dan menjaga ayah yang perlu mengikuti rawatan dialisis. Beliau menyara keluarga dengan mengambil upah menjaga kebun.

    Isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga ibu dan ayah mertua serta perlu menguruskan persekolahan 2 orang anak, seorang adik yang masih bersekolah & seorang anak kecil berusia 3 tahun.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1542 3237.

    Sumbangan SKR 2020 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    KG. BARU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 – En. Amran Kusnin baru sahaja bekerja sebagai Pengawal Keselamatan bermula Januari 2020.

    Isteri beliau adalah suri rumah menjaga ibu yang uzur berusia 78 tahun dan 7 orang anak di mana 3 orang di sekolah menengah dan 3 orang lagi di sekolah rendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 880 5373.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    KG. BARU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 – En. Nurul Hisham b Abu Seman bekerja sendiri dengan mengambil upah membaiki rumah, meracun dan memotong rumput dengan pendapatan tidak menentu.

    Isteri beliau seorang suri rumah menguruskan keperluan anak seramai 5 orang - 4 masih bersekolah dan seorang belum bersekolah. Rumah disewa dengan harga RM350 sebulan.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2821 2554.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    KG. BARU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 – Pn. Faryani bt Mistam adalah seorang ibu tunggal kematian suami 4 tahun yang lepas. Tinggal menyewa dengan bayaran RM350 sebulan.

    Menjaga seorang anak sulung yang merupakan OKU – celebral palsy dan 3 lagi masih bersekolah. Menyara keluarga dengan mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 398 9745.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.


    RANCANGAN TANAH BELIA LABU LANJUT (SEPANG), 21 April 2020 – En. Azmi b Ishak bekerja sebagai di bahagian perhubungan pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anak sulung menyambung pelajaran di Pusat Latihan IHKM Seri Kembangan, 3 orang sekolah menengah dan 1 sekolah rendah (seorang OKU - masalah pembelajaran). Tinggal di rumah peninggalan ayah.

    Isteri mengalami β€˜minor stroke’ serta menghidap asma yang agak kronik, dan 2 orang anak juga menghidap asma serta perlu bergantung pada β€˜inhaler’.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 203 9345.

    Sumbangan SKR 2020 daripada Dato’ Seri Mahamad Fathil bin Dato Mahmood telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Mohd Rasidi Sapiai.

    Read more
  • SKR 2020 - Selayang, Bukit Lanchong, Shah Alam & Taman Medan

    21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Selayang,Β Bukit Lanchong, Shah AlamΒ dan Taman Medan. Sumbangan disampaikan oleh Cik Afifah Nazimuddin (Timbalan Pengurus Bahagian Perhubungan Awam YBK) dan En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Pegawai Khas Pengerusi YBK). Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    SELAYANG BARU, 21 April 2020 – En. Zamri bin Yusof dan Puan Azizah bt Abdul Manap sudah menetap disini sejak tahun 1991.

    En. Zamri menyara kehidupan keluarga dengan bekerja sebagai tukang kebun di Jinjang. Namun, sejak bulan Mac yang lalu, upah yang diterima baru separuh dari sepatutnya. Mempunyai 5 orang anak yang masih belajar di UiTM Dungun dan 4 yang lain masih bersekolah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 274 4513.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan bin Abd Latif.


    BATU CAVES, 21 April 2020 – En Wan Nurul Asyikin bin Wan Majid dan isteri Pn Norumiah bt Hakim menyara kehidupan keluarga dengan menjual bubur nasi. Mereka akan meletakkan bubur nasi ayam yang berharga RM 2 di kawasan Selayang dan Gombak. Permintaan bubur nasi di kawasan ini tidaklah begitu menggalakkan, namun itu sahaja ikhtiar mereka berdua dalam mencari sumber pendapatan.

    Mempunyai 7 orang anak ,5 anaknya yanga masih bersekolah berusia di antara 6 tahun hingga 13 tahun dan 2 orang yang masih kecil, Wan Akhil Fatah berusia 5 tahun dan Wan Umar Rizq berusia 1 tahun.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2124 6839.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hassan Abd Latif. Turut hadir bersama Puan Norhaslinda bt Abdullah selaku YDP PIBG SK Selayang Baru 2) & En Mohd Montazeri bin Nordin (Pegawai khas ADUN Taman Templer).


    SELAYANG BARU, 21 April 2020 – En. Omar bin Abdullah mengambil upah menghantar barangan mentah dari Pasar Besar Selayang ke rumah rumah. Namun, sejak Januari lalu, perkhidmatan beliau sudah tidak diperlukan lagi.

    Isteri beliau, Puan Husna Mohamed merupakan suri rumah sepenuh masa, menjaga keperluan ibu dan bapa mertua yang uzur serta 5 anak yang masih bersekolah dan seorang yang berusia 5 tahun.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 677 9075 dan 017 524 2418.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan bin Abd Latif. Turut mengiringi Puan Norhaslinda bt Abdullah yang merupakan YDP PIBG SK Selayang Baru 2 dan En Mohd Montazeri bin Nordin (Pegawai khas ADUN Taman Templer) serta Mr Siva, RELA dari PKMD Gombak.


    GOMBAK, 21 April 2020 – En Zulkifli bin Yahaya dan Puan Syariffah Zaiton bt Syed Mohamed sudah lama menetap di Gombak. En Zulkifli mengambil upah memasang kanopi untuk menyara kehidupan keluarga beliau.

    Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir 2 bulan, beliau tidak mempunyai sumber pendapatan. Beliau juga dimaklumkan oleh majikan bahawa, kemungkinan besar tiada kerja yang dapat dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.

    Mempunyai 6 orang cahayamata, beliau kini mencuba untuk mencari peluang pekerjaan yang lain bagi menyara kehidupan keluarga. 3 orang anaknya yang berusia 8 tahun hingga - 12 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru (2) dan seorang yang masih kecil. 2 orang lagi anaknya berstatus OKU namun masih belum berdaftar dengan pihak berwajib kerana En Zulkifli tidak pandai mengisi borang secara atas talian.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 873 3957.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan bin Abd Latif.


    TAMAN PRIMA SELAYANG, 21 April 2020 – En Abdul Kudus bin Abu Bakar menyara kehidupan isteri, Puan Hasnah bt Aton dan 4 orang cucunya dengan menjual ikan sungai di pasar malam Taman Ehsan.

    Semenjak kematian ibu mereka, 4 cucu beliau ini tinggal bersama. Bapa yang sepatutnya menjaga anak-anak ini hilang tanpa khabar berita. Tanggungjawab kepada anak anak diletak di atas bahu nenek dan datuk yang semakin uzur.

    Tersentuh hati bila mendengar beliau maklumkan, sejak PKP kami anak beranak berpuasa, berjimat-jimat makan. Bergenang airmata bila bercerita tentang kehidupan mereka sehari hari.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 347 2015.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


    PPR HICOM, 22 April 2020 – Pn Rahayu bt Alias mempunyai kemahiran mengurut yang dipelajar sejak beberapa tahun yang lalu. Perkhidmatan beliau seringkali diperlukan di sekitar Shah Alam dan USJ. Namun, pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

    Ada kalanya, mereka sekeluarga terpaksa mengikat perut kerana dalam tempoh 3 bulan, Pn Rahayu tidak bekerja. Walaupun begitu, beliau tetap bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang cukup memahami keadaan dan perit jerih ibu mereka yang bergelar ibu tunggal.Β Mempunyai 5 orang anak lelaki dan salah seorang darinya, Mohd Iqmal Hakim merupakan salah seorang pelajar di Akademi Kemahiran YBK Gesir.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3276162.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


    SHAH ALAM, 22 April 2020 – Menjadi satu cabaran besar buat ibu bapa yang mempunyai 9 orang anak yang masih kecil berkurung dirumah sepanjang PKP ini.

    En Zaki bin Udin dan Puan Junaidah Isa menyara kehidupan dengan memasak makanan mengikut tempahan pelanggan. Yang lebih memeritkan sejak PKP, tiada lagi tempahan makanan yang diterima. Namun begitu, perut 9 orang anaknya yang berusia 7 tahun hingga 17 tahun tetap perlu di isi.

    Tiada lauk lain yang akan dihidang tatkala menjelang makan tengahari. Telur goreng sambal, telur dadar, telur kicap dan telur masak lemak akan menjadi menu mereka. Ayam goreng yang menjadi kesukaan anak anak sebaya mereka akan dapat dinikmati bila mana ada jiran atau mereka yang prihatin menghulurkan sumbangan.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


    TAMAN MEDAN, 22 April 2020 – 'Abang dengan kakak datang nak beli karipap ke? Kita jual karipap, sebiji 50 sen!'

    Menyambut kedatangan kami, 5 anak kecil yang sedang menunggu ibunya menggoreng karipap.

    Dulunya En Aswad akan mengail ikan di lombong berdekatan dan dijadikan ikan masin untuk dijual. Namun kebelakangan ini, ikan masin yang dijual sudah tidak diambil mana-mana kedai atas faktor peniaga sudah ada penyedia bahan mentah masing-masing, jadi beliau mengambil inisiatif untuk fokus menjual nasi lemak dan karipap.

    En Mohd Aswad bin Abu Bakar dan Puan Suaslina bt Rahim menyara kehidupan keluarga dan 9 orang anak dengan menjual nasi lemak dan karipap. Setiap petang, Amira akan menjaja karipap dan nasi lemak dengan berbasikal dari rumah ke rumah sekitar Taman Medan.Β Mempunyai 9 orang cahaya mata, 6 orang darinya masih bersekolah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 246 6953 (Jiran -Aziah).

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


    BUKIT LANCHONG, 22 April 2020 – En Abdul Nazmihar bin Abdul Rahim menyara kehidupan isteri, Puan Wan Mardiana bt Wan Johani dengan bekerja sebagai kelindan lori.

    Seringkali gaji dipotong atas sebab yang tidak munasabah, beliau nekad untuk berhenti kerja. Baharu mendapat panggilan kerja sebagai pemandu, namun belum sempat kerja sebulan PKP dilaksanakan dan benar-benar memberi kesan kepada dirinya dan keluarga. Keluarganya tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak.Β Mempunyai 6 orang anak yang semuanya masih belajar.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3529 7112.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.


    BUKIT LANCHONG, 22 April 2020 – Kehidupan keluarga En Ahmad Kamal bin Adnan dan Pn Zuhana bt Mohd Zabri diuji sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menampung keperluan keluarga dengan membaiki mesin basuh dan peti ais. Namun sejak PKP, beliau tidak mempunyai pekerjaan dan sering ditipu.

    Keluarga ini juga menumpang berteduh dirumah ibu mertua. Pasangan ini mempunyai 5 orang anak yang masih belajar. Kini anak sulung beliau, Muhd Basiruddin yang bekerja di Domino's Pizza di Putra Heights menjadi tulang belakang keluarga.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 492 0158.

    Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

    Read more
  • SKR 2020 - Beranang, Cheras & Hulu Langat

    21 & 22 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Beranang, Cheras dan Hulu Langat. Sumbangan disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus Bahagian Pendidikan, Inovasi & Modal Insan YBK) dan En. Muhammad Afiq Mohd Azman (Penolong Pengurus Bahagian Media & Arkib YBK). Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    CHERAS, 22 April 2020 – En. Mohd Azani b Abdul Rahman sebelum ini bekerja sendiri bagi menyara keluarganya. Namun kini, beliau bersama isteri, Pn. Norzaidah bt Zakaria telah mula menerima tempahan membuat kuih dan kudapan sempena Ramadhan yang bakal menjelang. Ketika YBK tiba, mereka sedang menyiapkan tempahan kuih ros.

    Pasangan ini tinggal bersama 6 orang anak mereka di mana 4 daripada mereka masih belajar di institusi pengajian tinggi manakala yang bongsu sedang belajar di SK Batu 9.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 994 0209.

    Sumbangan SKR 2020 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh pegawai YBK, En. Muhd Afiq Mohd Azman.


    BT. 9 CHERAS, 22 April 2020 – En. Mohamad Rapiza b Hussin bekerja sebagai pekerja pembersihan awam bagi menyara keluarganya. Sebelum ini beliau keluar bekerja setiap hari tetapi sejak PKP bermula, beliau hanya keluar bekerja apabila diarahkan majikan. Isteri beliau, Pn. Shalizah bt Sharudin tidak bekerja.

    Keluarga ini tinggal menumpang di rumah mertua bersama 4 orang anak mereka yang masih belajar. Anak sulung keluarga ini sedang belajar di politeknik manakala yang lain masih belajar di peringkat menengah dan rendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 381 1565.

    Sumbangan SKR 2020 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh pegawai YBK, En. Audi Faliq Ibrahim.


    CHERAS, 22 April 2020 – En. Mohd Amin b Muhara bekerja sebagai pemandu bas persiaran membawa pelancong dan pendapatan beliau bergantung kepada bilangan β€˜trip’ yang diterima. Namun sejak bulan Januari dan sehingga kini, beliau tidak dapat bekerja kerana tiada β€˜trip’ daripada agensi pelancongan akibat wabak COVID-19. Isteri beliau, Pn. Nor Suriani bt Mohd Nor adalah suri rumah sepenuh masa.

    Pasangan ini dikurniakan 5 cahaya mata dan semuanya masih lagi belajar di peringkat rendah dan menengah. Anak sulung keluarga ini berusia 14 tahun manakala yang bongsu berusia 5 tahun.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 227 1338.

    Sumbangan SKR 2020 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh pegawai YBK, En. Muhd Afiq Mohd Azman.


    BT. 20 HULU LANGAT, 22 April 2020 – Pn. Noraizah bt Mohamed Sedek menyara keluarga dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Beliau dan anak-anak tinggal di kawasan perumahan murah Kg. Padang yang jauh daripada pekan utama.

    Beliau menanggung 5 orang anak di mana 4 orang masih belajar di sekolah dan yang bongsu berumur 3 tahun.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 395 0177.

    Sumbangan SKR 2020 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh pegawai YBK, En. Audi Faliq Ibrahim.


    CHERAS, 22 April 2020 – Pn. Haslina bt Ambong menyara keluarga dengan kemahiran menjahit baju yang dimilikinya. Namun menurut beliau, tempahan yang diterima adalah tidak menentu dan sedikit sebanyak mengganggu kewangan keluarganya.

    Beliau tinggal menyewa bersama anak-anaknya seramai 9 orang, di mana 5 orang daripadanya masih melanjutkan pelajaran di peringkat kolej, menengah dan juga rendah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 966 8725.

    Sumbangan SKR 2020 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh pegawai YBK, En. Muhd Afiq Mohd Azman.


    KG SESAPAN KELUBI, 21 April 2020 – En. Mohd Shaiful b Shafie sedar bahawa beliau perlu berusaha keras untuk menyara keluarga kerana pekerjaan sebagai buruh bukanlah mewah. Beliau juga melakukan pelbagai kerja kampung untuk memperoleh pendapatan.

    Isteri beliau, Pn. Masziana bt Mohd Noor adalah seorang suri rumah dan pasangan ini dikurniakan 3 orang anak – 2 sedang bersekolah manakala seorang lagi masih kecil. Keluarga ini tinggal menumpang di rumah ibu bapa.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2380 3508.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, En. Audi Faliq Ibrahim.


    KG KUALA PAJAM, 21 April 2020 – Pendapatan En. Shahrizad b Ujang sebagai penjual ikan adalah tidak seberapa dan bergantung kepada permintaan. Jika laku, maka banyaklah pendapatan dan begitulah sebaliknya. Banyak yang perlu dibelanja termasuklah rumah kediaman yang perlu dibayar sewa.

    Isteri beliau, Pn. Rasimatun Akmar bt Noordin hanyalah suri rumah dan menjaga 5 orang anak mereka yang semuanya masih bersekolah.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 498 5868.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, En. Muhd Afiq Mohd Azman.


    KG KUALA PAJAM, 21 April 2020 – En. Mohamad Azam b Murad bertugas sebagai imam di kampung dan inilah juga punca pendapatan yang digunakan untuk menyara keluarga. Isterinya, Pn. Rosmida bt Ramli pula tidak bekerja dan menumpu perhatian sepenuhnya kepada rumah tangga.

    Pasangan ini dikurniakan 8 orang anak di mana 6 orang daripada mereka masih belajar. Anak sulung dan anak ke-2 beliau sedang menuntut di kolej, 4 orang di peringkat sekolah manakala 2 lagi masih kecil.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 999 5526.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh Hjh. Faridah bt Abdullah telah disampaikan oleh Pegawai YBK, En. Muhd Afiq Mohd Azman.


    KG KUALA PAJAM, 21 April 2020 – En. Mohd Faezal b Md Bahari buat masa ini tidak bekerja dan bergantung kepada isteri, Pn. Norzaini bt Mohamad yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan yang tidak seberapa.

    Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak dan semuanya masih lagi bersekolah. Kediaman keluarga ini perlu dibayar secara bulanan dan dengan tempoh PKP yang sedang berlangsung, sedikit sebanyak mengganggu kewangan keluarga ini.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 877 0899.

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, En. Audi Faliq Ibrahim.


    KG KUALA PAJAM, 21 April 2020 – Sejak tidak tinggal sebumbung dengan suami, Pn. Nurul Hidayah bt Sulaiman terpaksa melakukan pelbagai kerja dan bekerja sendiri untuk menanggung anak dan juga ibu bapanya yang tinggal bersama.

    Ketika kami hadir, beliau berada di Johor bekerja dan tidak dapat pulang menjenguk anak dan terkandas kerana PKP. Anak-anak ditinggal untuk dijaga oleh nenek dan datuk mereka. Nenek mereka, Pn. Halimah bt Alias kadang kala tidak sihat.

    Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014 223 9976 (nenek).

    Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pegawai YBK, En. Muhd Afiq Mohd Azman.

    Read more

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β 03 7875 0036
FAKS :Β 03 7875 0719
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;