- Hit: 47
KG GESIR TENGAH, 18 Oktober 2025 - Pimpinan setempat dalam daerah Hulu Selangor telah bersama dalam sesi Wacana Kepimpinan Sastera dan Budaya yang diadakan sempena Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3.
Dalam wacana ini, para penceramah jemputan telah berceramah berkenaan pengalaman dalam bidang kesusasteraan, di samping perkongsian berkenaan panduan menganjurkan program berkaitan kesusasteraan dalam komuniti masing-masing.
Barisan penceramah yang memberikan perkongsian adalah Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan (Ahli Dewan Negara); YBhg. Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (Sasterawan Negara Ke-10); Prof. Madya Dr. Ghazali bin Din (Timbalan Pengarah Media, UPSI); dan Sifu Azmi Ismail.
Pengerusi program, Encik Zainal Mohd Jais telah memberikan ucapan aluan sebelum sesi wacana bermula. Turut hadir, rombongan daripada FELDA Neram Satu, Terengganu.
Objektif sesi ini adalah untuk memberikan pendedahan ilmu kepada pimpinan setempat seperti Ketua Kampung, Penghulu, Ahli Majlis, dan seumpamanya bagi mengendalikan program kesusasteraan dalam komuniti.
Gambar: ?
COMMUNITY LEADERS ATTEND LITERARY AND CULTURAL LEADERSHIP DISCOURSE
KG. GESIR TENGAH, 18 October 2025 – Local leaders from the Hulu Selangor district participated in a Literary and Cultural Leadership Discourse held in conjunction with the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 programme.
During the session, invited speakers shared their experiences in the field of literature and provided guidance on organizing literary-related programmes within their respective communities.
The panel of speakers included Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan (Member of the Senate), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan (10th National Laureate), Assoc. Prof. Dr. Ghazali bin Din (Deputy Director of Media, UPSI), and Sifu Azmi Ismail.
Programme Chairman Mr. Zainal Mohd Jais delivered the welcoming remarks before the discourse began. Also present was a delegation from FELDA Neram Satu, Terengganu.
The objective of the session was to provide knowledge and exposure to local leaders — such as village heads, penghulus, and council members — on how to organize and promote literary initiatives within their communities.
