Outlet: YBK Global Camp - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Kenduri Sastera Dan Malam Puisi Damai 3 Berjaya Merakyatkan Sastera Kepada Masyarakat

    KG GESIR TENGAH, 18 Oktober 2025 - Hasrat ulung untuk merakyatkan sastera dalam lingkungan masyarakat telah berjaya diterjemahkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) serta Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) melalui program Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3.

    Program yang berlangsung selama sehari sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2025 dan Dekad Membaca Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor sarat dengan pelbagai pengisian seperti bengkel, pertandingan, demonstrasi masakan oleh Chef Yang Jamil, wacana dan makan malam diiring lantunan puisi pada sebelah malam telah berjaya menghimpunkan lebih 500 orang penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar kawasan.

    Rakan penaja utama iaitu CUCKOO Malaysia turut membuka reruai pameran di samping dimeriahkan juga dengan gerai jualan & pameran daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor, usahawan setempat, serta Jualan Rahmah Madani oleh TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

    Sesi Malam Puisi Damai 3 yang berlangsung pada sebelah malam telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Haji Awang Sariyan (Ahli Dewan Negara merangkap Mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP), dan turut dihadiri oleh tetamu kehormat antaranya Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Puan Nurul Julia Alani Henry (Pengarah DBP Wilayah Tengah), Datuk Zainal Abidin Borhan (Presiden GAPENA), Datuk Mohd Isa Abu Kasim (Penyelaras DUN Hulu Bernam), Encik Zainal Mohd Jais (YDP KEMUDI merangkap Pengerusi Program, dan ramai lagi.

    Hadirin telah disajikan dengan persembahan bertenaga Silat Tun Fatimah dan Caklempong daripada Asrama Kasih YBK, alunan puisi oleh pemuisi tersohor antaranya Sifu Azmi Ismail dan Rozarina Mohd Rusli; Adziq Mursyid bin Azri (Johan SDPKSM Peringkat Negeri Selangor 2025); Shahrul Fadilah (Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan Selangor 2024/2025); Syahidatul Munirah Badrul Munir.

    Turut menyerlahkan bakat berpuisi adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) yang berduet dengan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK merangkap Pengerusi Program) dengan sajak melankolik berkenaan Zara Qairina; En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Tuan Muhammad Sarih bin Amat (Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara mewakili Pegawai Daerah Hulu Selangor); Muhammad Tassim Zainal (Pengurus Pendidikan Yayasan Selangor); dan Nur Shasya Wanie binti Nguyen Quoc Dung (Asrama Kasih YBK) yang mengalunkan syair.

    Artis jemputan turut diundang untuk mengalunkan bait-bait lagu puisi iaitu Tuan Sani Sudin (Kopratasa), Tuan Roslan Madun, Kumpulan MIIM KEMUDI dan juara Pertandingan Karaoke Lagu Puisi, Sdr. Fozai bin Joned.

    YBK, DBP, GAPENA dan KEMUDI mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


    Gambar:?


    KENDURI SASTERA AND MALAM PUISI DAMAI 3 SUCCESSFULLY BRING LITERATURE CLOSER TO THE PEOPLE

    KG. GESIR TENGAH, 18 October 2025 – The noble aspiration to make literature accessible and relevant to the community was successfully realized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) in collaboration with the Selangor Writers and Welfare Association (KEMUDI), the National Writers’ Association of Malaysia (GAPENA), and the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) through the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 (KSMPD3) programme.

    Held in conjunction with the International Day for the Eradication of Poverty 2025 and the National Reading Decade 2025 (Selangor Chapter), the one-day programme was filled with diverse activities such as workshops, competitions, a cooking demonstration by Chef Yang Jamil, forums, and an evening poetry dinner in which drawing over 500 participants from various backgrounds both within and beyond the local community.

    The main sponsor, CUCKOO Malaysia, also showcased an exhibition booth alongside sales and exhibition stalls by the Hulu Selangor Municipal Council, local entrepreneurs, and a Madani Rahmah Sale by TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

    The Malam Puisi Damai 3 session, officiated by YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Haji Awang Sariyan (Member of the Senate and former Chairman of the DBP Board of Governors), was graced by several distinguished guests including Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Puan Nurul Julia Alani Henry (Director of DBP Central Region), Datuk Zainal Abidin Borhan (President of GAPENA), Datuk Mohd Isa Abu Kasim (Hulu Bernam State Constituency Coordinator), and Mr. Zainal Mohd Jais (President of KEMUDI and Programme Chairman), among others.

    The audience was treated to energetic performances such as Silat Tun Fatimah and Caklempong by Asrama Kasih YBK, as well as poetry recitations by renowned poets including Sifu Azmi Ismail, Rozarina Mohd Rusli, Adziq Mursyid bin Azri (Champion, SDPKSM Selangor 2025), Shahrul Fadilah (Champion, National Poetry Recital Competition Selangor 2024/2025), and Syahidatul Munirah Badrul Munir.

    Among those who also showcased their poetic talent were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Administrative Advisor of YBK), who performed a melancholic poem titled Zara Qairina in duet with Mr. Zainal Mohd Jais; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK); Mr. Muhammad Sarih bin Amat (Chief of Mukim Hulu Bernam Utara representing the Hulu Selangor District Officer); Mr. Muhammad Tassim Zainal (Education Manager of Yayasan Selangor); and Ms. Nur Shasya Wanie binti Nguyen Quoc Dung (Asrama Kasih YBK), who recited a traditional syair.

    Guest artists Tuan Sani Sudin (Kopratasa), Tuan Roslan Madun, Kumpulan MIIM KEMUDI, and Fozai bin Joned (winner of the Poetry Song Karaoke Competition) also captivated the audience with their poetic musical renditions.

    YBK, DBP, GAPENA, and KEMUDI expressed heartfelt appreciation to all parties, individuals and organizations alike for their contributions and support in ensuring the success of this meaningful programme.

    Read more
  • Pimpinan Komuniti Hadir Wacana Kepimpinan Sastera Dan Budaya

    KG GESIR TENGAH, 18 Oktober 2025 - Pimpinan setempat dalam daerah Hulu Selangor telah bersama dalam sesi Wacana Kepimpinan Sastera dan Budaya yang diadakan sempena Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3.

    Dalam wacana ini, para penceramah jemputan telah berceramah berkenaan pengalaman dalam bidang kesusasteraan, di samping perkongsian berkenaan panduan menganjurkan program berkaitan kesusasteraan dalam komuniti masing-masing.

    Barisan penceramah yang memberikan perkongsian adalah Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan (Ahli Dewan Negara); YBhg. Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (Sasterawan Negara Ke-10); Prof. Madya Dr. Ghazali bin Din (Timbalan Pengarah Media, UPSI); dan Sifu Azmi Ismail.

    Pengerusi program, Encik Zainal Mohd Jais telah memberikan ucapan aluan sebelum sesi wacana bermula. Turut hadir, rombongan daripada FELDA Neram Satu, Terengganu.

    Objektif sesi ini adalah untuk memberikan pendedahan ilmu kepada pimpinan setempat seperti Ketua Kampung, Penghulu, Ahli Majlis, dan seumpamanya bagi mengendalikan program kesusasteraan dalam komuniti.


    Gambar: ?


    COMMUNITY LEADERS ATTEND LITERARY AND CULTURAL LEADERSHIP DISCOURSE

    KG. GESIR TENGAH, 18 October 2025 – Local leaders from the Hulu Selangor district participated in a Literary and Cultural Leadership Discourse held in conjunction with the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 programme.

    During the session, invited speakers shared their experiences in the field of literature and provided guidance on organizing literary-related programmes within their respective communities.

    The panel of speakers included Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan (Member of the Senate), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Anwar Ridhwan (10th National Laureate), Assoc. Prof. Dr. Ghazali bin Din (Deputy Director of Media, UPSI), and Sifu Azmi Ismail.

    Programme Chairman Mr. Zainal Mohd Jais delivered the welcoming remarks before the discourse began. Also present was a delegation from FELDA Neram Satu, Terengganu.

    The objective of the session was to provide knowledge and exposure to local leaders — such as village heads, penghulus, and council members — on how to organize and promote literary initiatives within their communities.

    Read more
  • NLP Dalam Puisi

    KG GESIR TENGAH, 18 Oktober 2025 - Encik Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Jurulatih Bertauliah NLP telah meluangkan masa memberi perkongsian bertajuk "NLP Dalam Puisi" kepada para peserta bengkel Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3.

    Beliau telah menghuraikan konsep NLP (Neuro Linguistic Programming) dan hubung kait dengan puisi melalui elemen minda serta bahasa di samping aplikasi melalui corak (pattern) NLP.

    Perkongsian selama 30 minit ini turut dihadiri oleh Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK merangkap Pengerusi Program), Puan Nurul Julia Alani Henry (Pengarah DBP Wilayah Tengah), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan para penceramah serta peserta bengkel.


    Gambar: ?


    NLP IN POETRY

    KG. GESIR TENGAH, 18 October 2025 – Mr. Zulhairy Jalaluddin, Member of the Board of Trustees of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and a Certified NLP Trainer, shared an insightful session titled “NLP in Poetry” with participants of the Kenduri Sastera and Malam Puisi Damai 3 workshop.

    He explained the concept of NLP (Neuro Linguistic Programming) and its connection to poetry through the elements of the mind and language, as well as its application using NLP patterns.

    The 30-minute sharing session was also attended by Mr. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK & Programme Chairman), Ms. Nurul Julia Alani Henry (Director of DBP Central Region), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), along with speakers and workshop participants.

    Read more
  • Program Perkhemahan Integrasi Tunas Pertahanan Awam di YBK Global Camp

    Intipati laporan dipetik daripada Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

    KG GESIR TENGAH, 3 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Perkhemahan Integrasi dan Pertandingan Tunas Pertahanan Awam (TUSPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 di YBK Global Camp. Seramai 204 orang pelajar yang terdiri daripada 112 orang pelajar lelaki dan 92 orang pelajar perempuan daripada seluruh negara telah mengambil bahagian.

    Program telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 1hb hingga 3hb Oktober 2024. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA.

    Turut hadir adalah YS Lt. Kol. (PA) Lokman Hakim bin Abd Rahman, Komandan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Dato' Ong Theng Soon, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA), Lt. Kol. (PA) Ahmad Aliuddin bin Mohd Amin, Ketua Cawangan Pasukan Sokongan Bahagian Pengurusan Angkatan, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khamarul Ariffin Zainal, Setiausaha Agong Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA), PPj. (PA) Dato' Shahrom bin Osman, Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA), En. Ong Gim Huat, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Pn. Norfazilah binti Rosdi, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Lt. Bersekutu (PA) Mohd Syamim Azri bin Mustapa, Ketua Sekreteriat TUSPA Kebangsaan bersama guru-guru pengiring, urusetia program serta pegawai dan anggota APM Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.


    Gambar: Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


     

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;