SERENDAH, 2 September 2025 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penghargaan Tamat Kursus PW2 Akademi Kemahiran YBK. Majlis yang berlangsung dengan meriah ini adalah bagi meraikan 18 orang pelatih yang telah berjaya menyempurnakan Kursus Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian (PW2) mengikut kurikulum dan tempoh yang ditetapkan.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah meluangkan masa hadir sebagai tetamu kehormat dan mengambil peluang untuk menyampaikan amanat kepada para pelatih dan ibu bapa yang hadir. Beliau menyeru agar para pelatih mengutamakan ilmu dan disiplin sebagai nilai utama diri dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK - Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais; juga Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, di samping Pengurus AKYBK, Puan Nurfadilah Ibrahim, karyawan AKYBK, outlet dan Ibu Pejabat, ketua-ketua Jabatan YBK, jemputan khas, serta ibu bapa pelatih yang diraikan.

Setiap pelatih telah menerima sijil dan cenderahati tanda sempurna kursus yang disampaikan sendiri oleh Pengerusi YBK. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan dan jamuan makan.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


SERENDAH, 2 September 2025 – The PW2 Course Completion Appreciation Ceremony of the YBK Skills Academy (AKYBK) was held today in a lively and celebratory atmosphere, honoring 18 trainees who successfully completed the Single Phase Wiring Course with Testing Endorsement (PW2) in accordance with the prescribed curriculum and duration.

YBK Chairman, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, attended as the guest of honor and took the opportunity to deliver a message to the trainees and their parents. He emphasized the importance of knowledge and discipline as core personal values and encouraged the trainees to be individuals who contribute positively to their families and communities.

Also present at the event were YBK Board of Trustees members, Mr. Zulhairy Jalaluddin and Mr. Zainal Mohd Jais; YBK General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz; AKYBK Manager, Ms. Nurfadilah Ibrahim; staff members from AKYBK, YBK outlets, and headquarters; department heads; special guests; and the proud parents of the celebrated trainees.

Each trainee received a certificate and a token of appreciation, personally presented by the YBK Chairman. The event concluded with a group photo session and a communal meal.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;