KG GESIR TENGAH, 4 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terus komited membangunkan modal insan berkemahiran melalui Majlis Penyampaian Amanat Pengerusi YBK kepada Pelatih Akademi Kemahiran YBK Ambilan 10/2025 yang berlangsung pada jam 2:30 petang di Bilik Mesyuarat AKYBK.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, yang menyampaikan amanat serta kata-kata motivasi kepada para pelatih baharu dan ibu bapa. Turut hadir ialah barisan kepimpinan dan pengurusan YBK antaranya Encik Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) serta Ketua-Ketua Jabatan dan Outlet.
Seramai 10 orang pelatih baharu bagi ambilan 10/2025 telah memulakan perjalanan latihan mereka dalam kursus Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian PW2, satu bidang kemahiran teknikal yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nurfadilah Ibrahim selaku Pengurus Akademi Kemahiran YBK, diikuti amanat Pengerusi, sesi Bacaan Ikrar oleh pelatih baharu sebagai simbol komitmen terhadap disiplin dan kecemerlangan, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.
Program ini mencerminkan usaha berterusan YBK dalam melahirkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri negara.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
YBK CHAIRMAN’S ADDRESS CEREMONY
KG GESIR TENGAH, 4 February 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) continues its commitment to developing a skilled workforce through the YBK Chairman’s Address Ceremony for trainees of the YBK Skills Academy (AKYBK) Intake 10/2025, held at 2:30 p.m. in the AKYBK Meeting Room.
The ceremony was officiated by the Chairman of YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, who delivered his address and motivational messages to the new trainees and their parents. Also in attendance were members of YBK’s leadership and management, including Mr. Zulhairy Jalaluddin (Member of the YBK Board of Trustees), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), as well as Heads of Departments and Outlet Managers.
A total of 10 new trainees from Intake 10/2025 have begun their training journey in the Single-Phase Wiring course with PW2 Testing Endorsement, a technical skill area that is in high demand within the industry.
The programme began with welcoming remarks by Ms. Nurfadilah Ibrahim, Manager of the YBK Skills Academy, followed by the Chairman’s address. This was complemented by a Pledge Recitation by the new trainees as a symbol of their commitment to discipline and excellence, before concluding with a group photo session.
The programme reflects YBK’s ongoing efforts to produce a skilled, competitive workforce that is well-prepared to meet the needs of the national industry.
Read more