- Hit: 21
KELANA JAYA, 13 Ogos 2025 – Ibu Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menjadi saksi pemeteraian 'Letter of Intent' (LOI) antara empat institusi, iaitu Akademi Kemahiran YBK (AKYBK), Akademi Persilatan Sedunia (APS), Karisma Empire Associates Sdn. Bhd. (KEASB) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Majlis ini menandakan permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET), pembangunan modal insan serta memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom, dan dihadiri oleh Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengarah APS, Datin Dr. (h.c.) Hjh. Hartini Osman; Pengerusi Bahagian Kemahiran Tinggi & Pendidikan KEASB, Datin Dr. Norli Hj. Alias; Timbalan Naib Canselor & Ahli Lembaga Pengarah APS, YBhg. Dato’ Professor Dr. Haji Mohamed Nasir bin Haji Saludin; serta Pensyarah Kanan UTeM, Ts. Dr. Mohd Hatta bin Jopri.
Kerjasama ini akan merangkumi pelaksanaan program persijilan profesional, latihan teknikal, pembangunan akademik dan kolaborasi industri dalam bidang strategik termasuk elektrik, tenaga dan teknologi. Usaha ini juga seiring dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memperkasa TVET sebagai pemacu utama pembangunan negara, meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan, serta menyediakan laluan kerjaya yang lebih luas.
Di akhir majlis, telah diadakan satu 'kejutan' bagi meraikan hari lahir YBhg. Dato' Pengerusi YBK yang jatuh pada hari esok (14/8), dan hadirin yang lahir pada bulan Ogos.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
KELANA JAYA, 13 August 2025 – The Headquarters of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today witnessed the signing of a Letter of Intent (LOI) between four institutions: Akademi Kemahiran YBK (AKYBK), Akademi Persilatan Sedunia (APS), Karisma Empire Associates Sdn. Bhd. (KEASB), and Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
This event marks the beginning of a strategic collaboration aimed at strengthening technical and vocational education and training (TVET), human capital development, and expanding lifelong learning opportunities for the community.
The ceremony was officiated by YBK Chairman, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, and attended by YBK Administrative Advisor and APS Director, Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman; Chairperson of KEASB’s Higher Skills & Education Division, Datin Dr. Norli Hj. Alias; Deputy Vice-Chancellor and APS Board Member, YBhg. Dato’ Professor Dr. Haji Mohamed Nasir bin Haji Saludin; and Senior Lecturer from UTeM, Ts. Dr. Mohd Hatta bin Jopri.
This collaboration will involve the implementation of professional certification programs, technical training, academic development, and industrial collaboration in strategic fields such as electrical, energy, and technology. These efforts align with the Malaysian Government’s aspiration to empower TVET as a key driver of national development, enhance the competitiveness of the local workforce, and provide broader career pathways.
At the end of the event, a surprise celebration was held in advance of YBhg. Dato' Chairman’s birthday, which falls tomorrow (14 August), along with a recognition of all attendees born in the month of August.