TANJUNG MALIM, 30 Mac 2024 - Hari ini pelajar Asrama Kasih YBK Gesir telah dijemput untuk berbuka puasa di kediaman keluarga Presiden Alumni Asrama Kasih YBK, Encik Roshahidir di Kampung Kelawar, Tanjung Malim.

Sementara menunggu waktu berbuka, para pelajar telah melakukan aktiviti mewarna (dye) baju bersama saudara Qi Razali iaitu selebriti terkemuka. Mereka juga turut menerima cenderahati dan sumbangan duit raya.

Terima kasih kepada Encik Roshahidir dan keluarga selaku penganjur yang sudi menyantuni para pelajar Asrama Kasih YBK Gesir.

Laporan disediakan oleh Unit Media Asrama Kasih YBK Gesir


GAMBAR: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;