Outlet: Asrama Kasih YBK Gesir - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Pelajar Asrama Kasih YBK Jambor Sakti Dapat Kasut Raya Baru dan Berbuka Puasa bersama Datin Hartini

    RAWANG, 1 Mac 2026 - Anak-anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Jambor Sakti Gesir hari ini amat bertuah kerana diraikan dengan 'kasut raya' baharu dan berbuka puasa bersama YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK.

    Anak-anak ASKA Jambor Sakti telah berpeluang memilih kasut Hari Raya yang telah ditaja oleh YBhg. Datin Hartini di premis Kasut Bata AEON Rawang Anggun Shopping Centre. Selesai membeli kasut, anak-anak ini telah dijamu berbuka puasa bersama di restoran Kedai Kopi Suka Hati. Pihak restoran juga bermurah hati memberikan 'duit raya' kepada anak-anak ini.

    Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); Ketua-Ketua Jabatan YBK; Pengetua Asrama Kasih YBK; serta karyawan YBK yang hadir mengiringi.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    ASRAMA KASIH YBK JAMBOR SAKTI STUDENTS RECEIVE NEW RAYA SHOES AND BREAK FAST WITH DATIN HARTINI

    RAWANG, 1 March 2026 – The children of Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Jambor Sakti, Gesir were delighted today as they were treated to new “Raya shoes” and a special iftar session with YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Chairperson of Asrama Kasih YBK.

    The children were given the opportunity to select their Hari Raya shoes, sponsored by Datin Hartini, at the Bata outlet in AEON Rawang Anggun Shopping Centre. After purchasing the shoes, they were hosted for iftar at Kedai Kopi Suka Hati restaurant. The restaurant management also generously presented the children with “duit raya” (festive cash gifts).

    Also present were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), YBK Heads of Departments, the Principal of Asrama Kasih YBK, and YBK staff who accompanied the children.

    Read more
  • Lawatan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM Ke Asrama Kasih YBK Gesir

    Laporan asal disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

    KG GESIR TENGAH, 19 Oktober 2024 - Hari ini kami menerima tetamu dari Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM). Delegasi diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Surgeri, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Halim dan kumpulannya. Ketika dalam perjalanan ke Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir), bas yang membawa rombongan HPKK UKM mengalami masalah di RnR Rawang dan digantikan dengan bas yang lain. Cabaran yang berlaku ini tidak mematahkan semangat mereka untuk menyantuni anak-anak Asrama Kasih.

    Program dimulakan dgn ucapan oleh Pengarah program, Encik Mohd Zaini Hj Ahmad Zabidi (Ketua Jabatan Pembangunan Prasarana, HPKK UKM), disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Timbalan Pengarah secara santai. Kemudian, anak-anak ASKA Gesir diberi taklimat kesihatan oleh Puan Nur Afiqah Karim Ghani dan Encik Muhammad Faris Suliman.

    Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan tekanan darah, mengukur tinggi, dan berat badan. Dapatan daripada pemeriksaan kesihatan ini akan dilanjutkan dengan tindakan yang sesuai setelah berbincang dengan pakar. Program berakhir sekitar jam 4 petang dengan penyampaian beg sekolah kepada dan kit penjagaan diri, dan sesi penyampaian cendera hati antara HPKK UKM & ASKA Gesir.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir


     

    Read more
  • Asrama Kasih YBK Terima Sumbangan Daripada Lear Corporation Malaysia

    Laporan disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

    KG GESIR TENGAH, 10 Oktober 2024 - Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah menerima sumbangan daripada Lear Corporation Malaysia yang berpejabat di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

    Seramai lapan (8) orang kakitangan telah hadir menghantar barang-barang kering untuk keperluan memasak seperti minyak masak, susu, dan seumpamanya. ASKA Gesir melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Lear Corporation Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

    Lear Corporation Malaysia merupakan pembekal barangan automotif seperti kerusi kenderaan untuk jenama-jenama automotif terkemuka seperti Mercedes-Benz dan BMW.


    Gambar: Facebook Asrama Kasih YBK Gesir


     

    Read more
  • Asrama Kasih YBK Terima Sumbangan Daripada Kerry Group Malaysia

    Laporan disediakan oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Gesir

    KG GESIR TENGAH, 10 Oktober 2024 - Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah menerima lawatan dan juga sumbangan daripada Kerry Group Malaysia.

    Sumbangan disampaikan oleh Tuan Syed Azmi bersama-sama rakan-rakan dan diterima oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua ASKA Gesir). Nilai sumbangan ini adalah untuk pembelian barang-barang dapur ASKA Gesir.

    ASKA Gesir melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerry Group Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

    Read more
  • Taklimat Kemasukan Asrama Kasih YBK 2022

    27 JANUARI 2022 - Petang ini telah berlangsung sesi Taklimat Kemasukan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan 2022 dengan penyertaan daripada wakil-wakil sekolah, PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pimpinan belia dan alumni melalui platform tele-sidang Zoom. Sesi turut dipancarkan secara langsung melalui FB YBK.

    Sesi dikendalikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi ASKA YBK. Taklimat yang berkisar berkenaan latar belakang Asrama Kasih dan kaedah permohonan telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengetua Asrama Kasih Ybk Serendah) dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan  (Pengetua Asrama Kasih Gesir).

    Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Pengurus-Pengurus Jabatan dan para karyawan YBK.

    Rakaman sesi boleh ditonton di pautan ini

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;