BEHRANG, 27 Mac 2024 - Pelatih Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) ambilan 07/23 telah menjalankan Program Amali Pengujian ke atas pendawaian elektrik di kediaman penduduk serta premis awam di sekitar Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak.

Program ini adalah bagi memberikan pengalaman langsung kepada pelatih dalam menguji dan mengesan masalah dan kerosakan pada pendawaian elektrik. AKYBK telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada pengurusan Felda Sungai Behrang dan juga alumni AKYBK sepanjang program ini berlangsung.


Gambar: Facebook Akademi Kemahiran YBK


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;