KUALA SELANGOR, 19 Mac 2024 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2024 telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor dan Encik Mohd Hazli Had (Pusat Latihan YBK) serta Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir) kepada 3 buah keluarga di kawasan Kuala Selangor.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


En. Rosman bin Ahmad bekerja sendiri dengan tanggungan isi rumah seramai 6 orang bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila melalui Ramadhan dan terpaksa menyediakan persiapan untuk 3 orang anaknya yang masih bersekolah. Pendapatan beliau sekitar RM750.00 adalah sesuatu yang sangat sukar terutamanya ketika keadaan ekonomi masih tidak stabil.

Sumbangan SKR 2024 disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor. Turut bersama, Encik Mohd Hazli Had dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan. Tergambar keceriaan dan kesyukuran di wajah mereka sekeluarga.


Pn. Siti Mariam binti Mat Ail dengan pendapatan RM650.00 sebulan merupakan ketua keluarga kepada 6 tanggungan, dengan 4 orang anaknya masih bersekolah. Menyara mereka berseorangan mencetuskan pelbagai reaksi dan emosi yang terpendam terutamanya menghadapi keperluan Ramadhan. Bantuan SKR ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan keperluan mereka sekeluarga.

Sumbangan SKR daripada Pn Nooru Huda Md Amin diserahkan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor dan Encik Mohd Hazli Had bersama Ustaz Syaiful Akmal Addanan. Semoga Barakah buat pemberi & penerima sumbangan.


En. Mohammad Shaifudin bin Joffery diuji dengan penyakit pada anggota kaki tidak melemahkan semangat beliau untuk berusaha menyara keluarga dengan tanggungan seramai 10 orang. Apa sahaja yang boleh menjana pendapatan akan dilakukan termasuk menjual sabun. Duit Ilat yang diterima daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM1,500 sebulan adalah tidak mencukupi berdasarkan keperluan jumlah ahli isi rumah. Melalui program SKR, sebanyak RM 600.00 disumbangkan kepada beliau untuk tujuan keperluan bersahur & berbuka Puasa.

Sumbangan SKR disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor dan Encik Mohd Hazli Had bersama Ustaz Syaiful Akmal Addanan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;