KG GESIR TENGAH, 31 Julai 2023 - Hari ini bermulanya Minggu Orientasi Pelatih Baharu Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) bagi sesi Julai 2023. Seramai 6 orang pelatih baharu telah mendaftar pada peringkat permulaan ini.

Majlis perasmian diadakan di Dewan Mesyuarat AKYBK dengan kehadiran daripada ibu bapa pelatih berserta para pelatih. Majlis dimulakan dengan pembuka bicara daripada juruacara, bacaan doa, dan ucapan aluan daripada Pengurus AKYBK, Puan Norleza Hambali.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom kemudiannya menyampaikan ucapan perasmian, dia mana beliau telah berkongsi nasihat dan pedoman berkenaan objektif AKYBK, dan tanggungjawab para pelatih untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi seorang PW2 yang kompeten.

Turut hadir, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ketua Jabatan dari Ibu Pejabat dan outlet YBK, serta para karyawan AKYBK. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar akujanji oleh para pelatih dan sesi bergambar berkumpulan bersama pelatih dan ibu bapa.

AKYBK menawarkan Sijil Kekompetenan Pendawaian Elektrik iaitu kursus Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian PW2 - di bawah pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;