HULU LANGAT, 17 April 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 telah disampaikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) bersama Puan Noor Hafizah Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU) En. Mohd Hafiz Amin (Penolong Pengarah Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU) serta diiringi oleh Pn. Rohlaizatul Akmal Mohd Sanusi (Guru Besar SK Sungai Serai), En. Muhamad Fadzli Misman (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Serai), Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua) dan pegawai serta guru-guru pengiring dari SK Sungai Serai, serta SK Sungai Lui kepada 4 buah keluarga di daerah Hulu Langat.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


EN. SAMSOL BIN BUJANG menyara keluarganya dengan melakukan pelbagai kerja. Ada kalanya beliau memandu 'e-hailing' dan ada kalanya beliau mengambil upah melakukan kerja-kerja pembersihan. Secara purata beliau memperoleh sekitar RM 1,200 sebulan.

Isteri beliau, Pn. Nor Indah Mat Yatim diuji dengan sakit di bahagian usus yang kadang-kala mengganggu rutin harian. Beliau membantu suaminya mencari pendapatan dengan bekerja sebagai pembantu kedai.

Pasangan ini tinggal bersama 4 orang anak di rumah yang disewa dengan kadar RM 550 sebulan. Anak sulung pasangan ini merupakan seorang OKU pembelajaran. Bantuan yang diterima adalah daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu RM 500 sebulan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan), dan keluarga ini turut menerima Bakul Kasih Prihatin daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU JPM.

Turut hadir, Pn. Rohlaizatul Akmal Mohd Sanusi (Guru Besar SK Sungai Serai), Pn. Noor Hafizah Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor) En. Mohd Hafiz Amin (Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor), dan pegawai pengiring.


EN. MOHAMAD ABDUL RAHMAN tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana tempurung lututnya tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kemalangan. Justeru, yang terdaya dilakukan oleh beliau adalah kerja-kerja ringan yang kurang memerlukan kudrat fizikal, dengan pendapatan kasar sekitar RM1200 sebulan.

Isteri beliau, Pn. Nur Thohiroh Idris adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak di mana 4 daripada mereka masih bersekolah.

Kediaman keluarga ini disewa dengan kadar RM100 sebulan yang ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor, di samping turut menerima bantuan lain seperti Bantuan Hari Raya dan Bantuan Persekolahan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan), dan keluarga ini turut menerima Bakul Kasih Prihatin daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU JPM.

Turut hadir, Pn. Rohlaizatul Akmal Mohd Sanusi (Guru Besar SK Sungai Serai), Pn. Noor Hafizah Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor) En. Mohd Hafiz Amin (Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor), dan pegawai pengiring.


PN. NORITA RAHMAT seorang wanita yang tabah - sedang melalui proses penceraian, menanggung ibu serta adik dan seorang anak istimewa (OKU), beliau masih mampu tersenyum.

Kami dibawa bertemu keluarga ini oleh Cikgu Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), dan sebaik menjejak kaki ke dalam kediamannya, kami melihat deretan susunan kuih raya di atas para.

Pn. Norita menyara keluarganya dengan membuat kuih raya ketika bulan Ramadan, dan pada hari biasa, beliau membuat donat dan makanan seumpamanya untuk dijual. Beliau kadang-kala tidak menang tangan kerana perlu mengurus anak istimewa beliau. Kami difahamkan Pn. Norita kehilangan anak sulung akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU JPM yang hadir melihat ada ketuhar (oven) bersaiz besar, dan Pn. Norita memaklumkan ketuhar tersebut dibelinya sendiri dengan duit dikumpulkan. Beliau belajar membuat kuih dan makanan ini hanya melalui internet.
Melihat potensi produk dan kegigihan Pn. Norita, pegawai ICU Selangor yang hadir berhasrat untuk mencadangkan nama dan produk beliau untuk bantuan keusahawanan, dan akan diangkat ke peringkat pengurusan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan), dan keluarga ini turut menerima Bakul Kasih Prihatin daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU JPM.

Turut hadir, Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), Pn. Noor Hafizah Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor) En. Mohd Hafiz Amin (Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor), dan pegawai pengiring.


EN. AMRI SHAHRIL kurang daya upaya untuk bekerja akibat sakit sendi, dan pihak hospital menasihatkan beliau untuk menjalani fisioterapi. Jika beliau memaksa diri bekerja, kesihatan fizikal beliau akan menerima kesan.

Justeru, tugas mencari rezeki terpaksa digalas oleh isterinya Pn. Junainah Dahlan yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya berdekatan. Pendapatan sebagai juruwang adalah sekitar RM 1,600 sebulan.

Pasangan ini menanggung 3 orang anak di mana 2 orang masih lagi bersekolah. Kediaman keluarga ini merupakan rumah pusaka @ peninggalan. Difahamkan tiada bantuan diterima dan dimohon daripada mana-mana agensi.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan), dan keluarga ini turut menerima Bakul Kasih Prihatin daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor - ICU JPM.

Turut hadir, Pn. Noor Hafizah Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor) En. Mohd Hafiz Amin (Penolong Pengarah, Seksyen Kesejahteraan Rakyat - ICU Selangor), dan pegawai pengiring.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;