SABAK BERNAM, 23 Mac 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 daripada Major Transglobal Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Nurfadilah Ibrahim dan Cik Raudah Zakaria daripada Akademi Kemahiran YBK kepada 6 buah keluarga di daerah Sabak Bernam.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


Puan Zuliha Mohamed adalah seorang ibu tunggal yang tidak bekerja dan membesarkan 4 orang anak yang masih bersekolah di SMK Sungai Besar dan SK Sungai Limau. Pendapatan beliau adalah dari sumbangan anak-anak yang telah bekerja iaitu sebanyak RM 700 sebulan. Beliau juga turut dibantu dengan bantuan persekolahan tahunan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Puan Zuliha menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 daripada syarikat Major Transglobal Sdn. Bhd. disampaikan kepada anak beliau.

 


Puan Suhaida Azira Mohd Latif adalah seorang balu yang membesarkan 4 orang anak yang masih bersekolah di SK Khir Johari. Beliau menetap di rumah pusaka peninggalan arwah suaminya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun lepas.

Puan Suhaidah menyara hidupnya bersama anak-anak dengan menjual popiah rangup dan dibantu oleh bantuan persekolahan tahunan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Puan Suhaidah menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 dari Syarikat Major Transglobal Sdn. Bhd.

 


Encik Rosli Mohd Rasid mempunyai 4 orang anak yang 3 orang daripadanya masih bersekolah dan seorang belum bersekolah. Beliau juga mempunyai seorang anak OKU. Keluarga ini tinggal menyewa dengan anggaran sewa RM 400 sebulan.

Bekerja kampung di ladang sawit dengan pendapatan sebanyak RM700 sebulan. Manakala isteri turut membantu bekerja secara sambilan mengambil upah proses isi kelapa dengan pendapatan tidak menentu bagi menampung keperluan mereka sekeluarga.

Keluarga ini mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor untuk pembiayaan persekolahan anak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi anak OKU (lembam). Penyampaian sumbangan daripada syarikat Major Transglobal Sdn. Bhd. diterima & diwakili oleh isteri beliau Puan Siti Norashikin.

 


Encik Asrol Azahah mempunyai tanggungan 4 orang anak yang masih bersekolah. Dua orang daripadanya di SMK Bagan Terap dan dua orang lagi di SK Binjai Jaya. Menggalas tanggungjawab menyara keluarga dengan bekerja kampung di ladang sawit dengan anggaran pendapatan RM 700 sebulan manakala Isteri pula tidak bekerja.

Keluarga ini mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor untuk pembiayaan persekolahan tahunan anak-anak dan Hari Raya. Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada syarikat Major Transglobal Sdn Bhd.

 


Encik Anuar Salamat mempunyai tanggungan 4 orang anak yang masih bersekolah. Bekerja kampung dengan pendapatan RM 600 sebulan. Isteri turut membantu dengan bekerja secara sambilan sebagai pekerja pembersihan di sekolah dengan pendapatan RM 50 sehari.

Beliau sekeluarga tinggal di rumah pusaka arwah ibu mertua. Mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor untuk pembiayaan persekolahan anak secara tahunan dan Hari Raya.

Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 daripada syarikat Major Transglobal Sdn. Bhd. diterima dan diwakili oleh isteri beliau Puan Yatimah.

 


Encik Ismail Abdullah bekerja sebagai peniaga air tebu dengan pendapatan RM 500 sebulan, bekerja sambilan sebagai tukang sapu di pasar bersama isteri pada hari minggu dengan anggaran pendapatan RM 50 seorang. Beliau juga berkebun secara kecil-kecilan dirumah.

Mempunyai tanggungan 5 orang anak yang mana 4 orang daripadanya masih bersekolah. 2 orang di SMK Ungku Aziz, 2 orang di SK Batu 38 dan seorang lagi belum bersekolah.

Rumah yang beliau dan keluarga diami adalah sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor dan juga mendapat bantuan berbentuk perbelanjaan bulanan RM 500 serta makanan asas.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;