KOTA DAMANSARA, 18 Mac 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran & Pendidikan YBK) dan Cik Nur Shafiqah Sunazman Abdul Aziz (Pegawai Perhubungan Awam YBK) kepada 3 buah keluarga di kawasan Kota Damansara.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


1. PUAN MASTURA SAMSUDIN - Merupakan seorang suri rumah yang menetap di rumah ibunya. Suami beliau bekerja mengambil upah memungut buah kelapa sawit dan pelbagai kerja buruh lain. Beliau pula mengambil upah membuat kuih-muih bagi menambah pendapatan keluarga. Dengan berbekal pendapatan RM900, suami beliau En. Rahmat menyara 5 orang anak yang masih bersekolah, dan juga ibu mertua.


2. PUAN SHASIAH ALI - Berumur 68 tahun dan menghidap barah payudara tahap 4 dan merupakan seorang OKU. Dengan berbekalkan RM 650 pemberian daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), beliau menyara 6 orang cucu yang masih bersekolah di sekolah rendah (ditinggalkan ibu bapa berpisah tanpa khabar berita). Pernah menjalani pembedahan kanser ovari dengan kos sebanyak RM 5000, di mana sebahagian daripada kos tersebut ditanggung oleh beliau sendiri. Beliau mengambil keputusan untuk tidak menjalani rawatan & pembedahan barah payudara kerana risiko yang tinggi dan bergantung kepada ubat yang dibeli sendiri dengan harga RM 110 (60 biji).


3. PUAN MARIATI - merupakan seorang ibu tunggal, yang menyara 6 orang yang masih bersekolah. Beliau bekerja sebagai penjual burger di blok rumahnya sendiri. Terbaru, anaknya baru sahaja ditimpa kemalangan, dan sekarang masih berada di unit kecemasan. Dengan sumbangan ini, beliau juga harap dapat meringankan bebannya semasa di bulan Ramadhan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;