KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah melaksanakan sesi perbincangan 'roundtable' berkenaan gerak kerja Bantuan Makanan Asrama (BMA) Asrama Kasih YBK bersama NGO-NGO jemputan.

Sesi yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberi ucapan aluan manakala Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK) telah membuat pembentangan ringkas berkenaan latar belakang dan situasi semasa Asrama Kasih.

Antara rakan-rakan NGO yang meluangkan masa hadir memberi buah fikiran adalah Datuk Jawahar Ali Taib Khan (Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia - PRESMA); Dato' Nadzim Johan (Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)); Ustaz Ahmad Nizzam Rasali (Imam Masjid); Tuan Hashim Anang (wakil Sinar Harian / Kumpulan Media Karangkraf); Datuk Syed Osman Mohamed (Naib Presiden Majlis Belia Malaysia); wakil GISB HOLDINGS SDN BHD; serta wakil Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA).

Hadir daripada YBK ialah En. Zulhairy Jalaluddin dan Dr. Abdul Fatah Hj Khalid (ALPA YBK); Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK); serta Ketua-Ketua Jabatan dan Pengetua Asrama Kasih YBK.

Setiap NGO yang hadir telah melontarkan pendapat dan cadangan masing-masing bagi membantu YBK mencari jalan keluar dalam isu BMA ini. Semua cadangan dan dapatan sesi ini akan diperincikan oleh YBK untuk tindakan selanjutnya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;