SERDANG, 28 Oktober 2022 - Seramai 10 orang pelajar Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) berjaya menamatkan Kursus Pengenalan Asas Sukan Golf "AKBG Golf Outreach" anjuran Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Kementerian Belia dan Sukan bersama Kelab Golf Uniputra, Universiti Putra Malaysia yang berlangsung selama tiga hari sejak 26/10/2022.

Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pengarah AKBG, Tuan Mohd Hazan Hj. Dahari semasa Majlis Penutup kursus. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Pn. Norleza Hambali, Pengurus AKYBK.

Kursus tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan asas berkaitan sukan golf yang boleh dijadikan nilai tambah kepada kemahiran pelajar.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;