KLANG, 22 April 2022 - Serahan wang tunai daripada Seri Mendapat Project Management dan Datin Noorulhuda Binti Md Ali menerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2022 telah disampaikan oleh Puan Aliah Zam dan Cik Nur Shafiqah Sunazman karyawan YBK.
 
Penerima menerima Kotak Infaq Rezeki jalinan kerjasaman antara YBK dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam program Sinar Kasih Ramadhan tahun ini.Penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 adalah seperti berikut :-
 
1. Encik Dasuki Abdullah - En Mohd Dasuki Abdullah menanggung 5 orang anak dan isteri. Beliau bekerja sebagai sukarelawan rela dengan bergaji RM1000 sebulan. Selain itu beliau juga mendapat Bantuan Zakat Selangor dari segi bantuan sekolah. Dari segi bantuan mualaf, beliau mendapat bantuan berupa barangan dapur.
 
2. Puan Siti Zuraida Jamingon - Puan Siti Zuraida Jamingon bekerja sebagai pemandu. Setiap hari beliau akan mengambil dan menghantar anak-anak yang menetap berhampiran kediaman beliau ke sekolah. Beliau juga mendapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor untuk melangsungkan kehidupannya. Beliau mempunyai 6 cahaya mata, seorang dari anak beliau sudah bekerja, manakala yang lain masih bersekolah.
 
3. Puan Nurul Huda - Puan Nurul Huda menetap bersama bapanya dan juga keluarga kakak beliau di kediaman bapanya sendiri selepas beliau kematian suami. Puan Nurul Huda mempunyai 7 cahaya mata, 5 dari 7 anaknya masih bersekolah, manakala seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi berumur 11 bulan. Arwah suami beliau dulu bekerja sebagai ustaz, dan mengajar mengaji dari rumah ke rumah. Selain itu, Puan Nurul Huda juga bekerja dengan membantu abangnya meniaga di bazar Ramadhan, dan bila ada kelapangan waktu, beliau mengambil upah mengurut, bekam, dan terapi tulang belakang. Beliau juga menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dengan berbekalkan RM1000 hasil titik peluh beliau, sedikit sebanyak dapat Puan Nurul Huda menampung keperluan anak-anaknya.
 
4. Adik Salehah Abdul Sani - Adik Nur Solehah menyewa di Pelabuhan Klang bersama adik beradiknya yang lain serta mereka dengan kadar bayar RM500 sebulan. Atas sebab-sebab tertentu, adik beradik ini masih dalam proses untuk mendapat kad pengenalan mereka. Bapa beliau meninggal pada tahun lepas akibat sakit tua. Dengan bantuan dari Lembaga Zakat, dapatlah adik Nur Soleha membeli keperluan keluarganya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;