SHAH ALAM, 20 April 2022 - Serahan wang tunai daripada Seri Mendapat Project Management dan Datin Noorulhuda Binti Md Ali menerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2022 telah disampaikan oleh Puan Aliah Zam, Cik Nur Shafiqah Sunazman dan Encik Hashim Anang (Pengurus Tugas-Tugas Khas, Kumpulan Media Karangkraf) di sekitar Shah Alam.
 
Penerima menerima Kotak Infaq Rezeki jalinan kerjasama antara YBK dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam program Sinar Kasih Ramadhan tahun ini.
 
Penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 adalah seperti berikut :-
 
1. Puan Zuina Ikmar - Puan Zuina Ikmar tinggal bersama suami dan 4 cahaya mata. 3 dari anaknya telah bersekolah, seorang berumur 2 tahun. 2 dari anak beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU), seorang dari mereka ditempatkan di sekolah pendidikan khas. Suami beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah kilang yang terletak di Shah Alam.
 
2. Adik Mazarina Nasuha - Adik Mazarina Nasuha bersama 2 orang lagi adik dan nenek beliau menyewa di salah satu unit yang terletak di PPR Kampung Baru Hicom. Ibu bapa beliau baru sahaja meninggal dunia. Bapanya meninggal dunia akibat Covid, manakala ibunya meninggal dunia 3 hari sebelum beliau menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, atas masalah komplikasi jantung. Dengan berbekalkan duit PERKESO ayahnya RM1200, beliau dapat membeli keperluan keluarga kecilnya.
 
3. Encik Shahrizal Akil - Encik Shahrizan Akil menetap di Shah Alam dan bekerja sebagai usahawan cendawan goreng innoki, beliau menghantar ke sekolah-sekolah dan juga kedai-kedai hypermarket yang mengambil tempahan beliau. Malang tidak berbau, Encik Shahrizal Akil menghidap penyakit mata, di mana mata kiri beliau sudah tidak boleh lihat dengan sepenuhnya, mata kanan pula hanya 50% peratus dengan kadar beliau harus melihat dengan dekat. Dek kerana penyakit yang dialami, beliau kehilangan sumber rezeki. Rumah yang Encik Shahrizan sekeluarga diami adalah rumah sewa dengan bayaran bulan RM1600. Beliau mempunya 3 orang anak, dan semuanya masih bersekolah.
 
4. Puan Zeti Azlina - Puan Zeti Azlina merupakan seorang ibu tunggal kepada 4 cahaya mata. Beliau adalah salah seorang penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan. Sebelum ini beliau bersama arwah suami mempunyai sebuah perniagaan katering. Selepas suami Puan Zeti Azlina meninggal dunia, beliau tidak mempunyai sumber rezeki melainkan PERKESO dan sedikit simpanan suaminya untuk menampung Puan Zeti Azlina sekeluarga. Dalam beberapa bulan yang lepas, Puan Zeti Azlina telah mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat yang mengendalikan penyelenggaraan di flat yang mereka diami, dengan bergaji RM1000 sebulan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;