SERENDAH, 16 September 2020 - Hari ini telah berlangsung Program Semarak Pewaris Bangsa Hari Malaysia anjuran Jabatan Pendidikan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program ini adalah sempena ulang tahun Hari Malaysia yang ke-57. Program disertai oleh pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK Serendah dan Asrama Kasih YBK Gesir.

Majlis bermula pada jam 11 pagi dengan pelbagai acara dipersembahkan, antaranya deklamasi puisi, bercerita, alunan syair dan gurindam, serta persembahan koir. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah hadir merasmikan Program dan beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pidato, kuiz kemerdekaan, kaligrafi khat dan pelbagai pertandingan yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan.

Turut hadir, Puan Norleza Hambali (Pengurus Pendidikan YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah), dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir).

Objektif program ini adalah bagi mengukuhkan penghayatan pelajar berkenaan sejarah negara khususnya berkaitan kemerdekaan di samping memelihara tradisi warisan bangsa.

Laporan ditulis oleh Unit Media, Asrama Kasih YBK Serendah.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;