KELANA JAYA, 9 Julai 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) telah menerima kunjungan daripada Universiti Malaya STEM Centre (UMSC) yang diketuai oleh Ir. Dr. Mas Sahidayana Mokhtar (Ketua UMSC) bersama seorang pegawai.

Kunjungan ini bertujuan bagi bertukar pendapat berkenaan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi YBCare telah mengetuai perbincangan dan turut disertai oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan para pegawai daripada YBK dan YBCare.

Perbincangan selama sejam yang berlangsung telah membuahkan hasil yang positif di mana beberapa potensi kerjasama telah dikenal pasti. Perbincangan lanjut akan diatur oleh pengurusan YBK dan YBCare bersama UMSC bagi mengatur pelaksanaan dan koordinasi.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;