Berita

  • YBK Hadiri Taklimat Bantuan Khas Untuk NGO

    PUTRAJAYA, 23 Julai 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menghadiri Taklimat Bantuan Khas Perbendaharaan, Bantuan Khas Ibu Tunggal & Kursus/Program Kepada NGO (Siri 2) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

    Datin Dr. Hjh. Hartini bt Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) dan En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah hadir ke majlis taklimat ini yang turut dihadiri oleh wakil-wakil NGO dan organisasi yang lain.

    Taklimat disampaikan oleh YB Dato' Hajah Siti Zailah bt Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Difahamkan taklimat ini akan diperluas ke seluruh negara melalui siri jelajah.

    Read more
  • Kunjungan Daripada Universiti Malaya STEM Centre

    KELANA JAYA, 9 Julai 2020 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) telah menerima kunjungan daripada Universiti Malaya STEM Centre (UMSC) yang diketuai oleh Ir. Dr. Mas Sahidayana Mokhtar (Ketua UMSC) bersama seorang pegawai.

    Kunjungan ini bertujuan bagi bertukar pendapat berkenaan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi YBCare telah mengetuai perbincangan dan turut disertai oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan para pegawai daripada YBK dan YBCare.

    Perbincangan selama sejam yang berlangsung telah membuahkan hasil yang positif di mana beberapa potensi kerjasama telah dikenal pasti. Perbincangan lanjut akan diatur oleh pengurusan YBK dan YBCare bersama UMSC bagi mengatur pelaksanaan dan koordinasi.

    Read more

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;