22 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Kuala Selangor. Sumbangan disampaikan oleh En. Zulkifli Zali, Pengurus Pusat Latihan YBK (PLYBK) dan dibantu oleh pegawai PLYBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


KUALA SELANGOR, 20 April 2020 – En. Safiei bin Sanusi mempunyai masalah kesihatan iaitu masalah buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis. Isterinya pula telah kehilangan sebelah kaki akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Beliau tinggal menyewa disebuah rumah bersama 5 orang anaknya.Β Anak kedua yang merupakan OKU pendengaran dan bisu. Seorang anak beliau masih belajar dan mempunyai masalah buah pinggang.

Keluarga ini tidak mempunyai pendapatan bulanan memandangkan En. Safiei dan isteri tidak mampu bekerja. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 010 435 6943.

Sumbangan SKR 2020 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Cik Rohaida dan Pn. Norashikin daripada PLYBK Kuala Selangor.


KUALA SELANGOR, 20 April 2020 – Pn. Norhayati binti Omar adalah seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan bekas suaminya. Beliau tinggal menyewa disebuah rumah bersama 4 orang anaknya. Beliau memperolehi pendapatan bulanan lebih kurang RM500 sebulan hasil daripada menjual kuih yang kini sangat terkesan akibat PKP. Empat orang anak beliau masih belajar dan salah seorang anak Pn. Norhayati merupakan pelatih PLYBK.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 6391 968?.

Sumbangan SKR 2020 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Cik Rohaida dan Pn. Norashikin dari PLYBK Kuala Selangor.


KUALA SELANGOR, 22 April 2020 – Kunjungan Petugas SKR PLYBK ke rumah En. Halim b Abdul Gani yang tinggal bersama isteri dan 4 orang anak.

Bagi menyara keluarga En. Halim bekerja sebagai seorang nelayan dan isteri beliau, Pn. Salina bt Samingon yang menjual kuih secara kecil-kecilan. Beliau mempunyai 4 orang tanggungan di mana anak sulungnya yang pernah mengikuti pengajian di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor tidak bekerja kerana mengidap sakit kanser tekak dan memerlukan rawatan susulan setiap bulan manakala 3 orang lagi masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2335 2264.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan SKR syarikat Hikmah Cantik Sdn Bhd dan ServeCare Sdn. Bhd.


KAPAR, 20 April 2020 – En. Mohd Hanif b Mohd Sani bekerja sebagai Pembantu Am di salah sebuah kilang di Klang, manakala isterinya seorang suri rumah sepenuh masa serta mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah, 2 orang sekolah rendah, seorang sekolah menengah manakala anak sulung beliau merupakan salah seorang pelajar di Pusat Latihan YBK.

Beliau tinggal di rumah yang dibina oleh Lembaga Zakat Selangor. Pendapatan bulanan beliau juga tidak dapat menampung keseluruhan perbelanjaan bulanan keluarganya.

Keluarga ini boleh di hubungi di talian 010 266 5909.

Sumbangan SKR 2020 daripada Hikmah Cantik Sdn Bhd telah di Sampikan oleh Pn. Nurul Hidayah dari PLYBK Kuala Selangor.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – En. Mohamad Razali B. Abu bekerja sebagai Tukang Kebun sekolah mempunyai empat (4) orang cahaya mata yang berumur dari 5 bulan hingga 10 tahun. Isteri beliau tidak dapat bekerja hanya menjaga anak-anak di rumah.

Selain bekerja sebagai tukang kebun sekolah, beliau juga melakukan kerja-kerja sampingan dengan membantu menjual buah-buahan di pasar yang berdekatan rumahnya. Beliau bersama isteri serta anak-anak kini tinggal menyewa dengan kadar sewaan sebanyak RM300.00 sebulan.

Sebelum ini beliau dan keluarga hanya tinggal menumpang bersama keluarga adik beliau. Sebelum mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun beliau telah kehilangan pekerjaan sebagai pekerja pembersihan sampah sehingga beliau terpaksa menganggur.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 240 7410.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Zali, Pengurus PLYBK.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Pn. Nor Rita bt Ahmad merupakan seorang ibu tunggal yang telah kematian suami akibat kemalangan 2 tahun yang lalu kini menjaga tiga (3) orang anak yang berumur dari 5 tahun sehingga 16 tahun.

Setelah kematian suami, beliau terpaksa bekerja sebagai pembantu di kedai makan bagi mengasuh 3 orang anak beliau yang masih kecil dan anaknya yang sulung mengidap penyakit Lekeumia. Semenjak PKP berlangsung beliau kini hilang mata pencarian. Bagi meneruskan kehidupan beliau berusaha menjalankan perniagaan dari rumah dengan menjual sedikit kuih muih. Hasil pendapatan perniagaan, dapatlah beliau menyara perbelanjaan anak-anaknya.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 369 0773.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli Bin Zali, Pengurus PLYBK.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Kembara SKR tahun 2020 sekali lagi melawati keluarga Pn. Noraisah bt Sulung (55 tahun), seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami sejak tahun 2009 dan hingga kini masih menetap di rumah yang dibina dengan menyambung bumbung antara dua rumah saudaranya d kiri dan kanan.

Mereka masih tinggal di rumah yang agak uzur ini dan dengan ruang antara dapur, tempat tidur dan tempat anak-anak belajar yang terhad. Namun semua itu tidak mematahkan semangat Pn Noraisah mendidik anak-anak beliau seramai 5 orang yang sangat cemerlang dalam pelajaran. Anak sulung sedang mengikuti pengajian di UiTM, yang kedua di Kolej Matrikulasi, yang ketiga memperoleh keputusan 6A dalam SPM dan yang lain masih bersekolah menengah. Pihak kami dimaklumkan oleh guru sekolah, anak-anak Pn. Noraisah ini tidak hanya cemerlang dalam pelajaran tetapi mereka memiliki ketinggian adab, kesantunan, menghormati dan sifat sedia menolong yang tinggi.

Pn. Noraisah mengidap kencing manis dan masalah buasir bekerja dengan menjual kuih dan nasi lemak di kawasan kampung. Namun menjadi sukar ketika menghadapi PKP.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 308 2984.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada syarikat Hikmah Cantik Sdn. Bhd. dan ServeCare Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Zulkifli Zali Pengurus Pusat Latihan YBK.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Pn. Nurul Nabilah bt Din merupakan seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan suami sejak beberapa bulan yang lalu dan kini menjaga enam (6) orang anak yang berumur dari 3 bulan sehingga 12 tahun.

Setelah berpisah dengan suami, beliau tidak dapat bekerja tetap disebabkan terpaksa menjaga/mengasuh 6 orang anak, beliau kini hilang mata pencarian bagi membesarkan anak-anak. Bagi meneruskan kehidupan beliau berusaha menjalankan perniagaan dari rumah dengan menjual Nasi Ayam Penyet dan Laksa. Keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa sebanyak RM400 sebulan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 554 7137.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – En. Rosni b Ismail merupakan seorang buruh kasar. Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa dan sedang sarat mengandung. Keluarga ini dikurniakan tiga (3) orang cahaya mata yang berumur 10 tahun sehingga 18 tahun.

Dengan melakukan pekerjaan sendiri sebagai buruh kasar membaiki pulih rumah, bot nelayan dan sebagainya, beliau memperoleh pendapatan tidak tetap. Dengan pendapatan tersebut keluarga ini tinggal menyewa dengan kadar RM200 sebulan. Beliau juga terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan yang lain bagi menambah pendapatan keluarga. Keluarga ini telah terputus punca pendapatan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 395 2245.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – Pn. Siti Norlina bt Mohd Bahar merupakan seorang isteri yang telah terputus pendapatan semenjak suaminya kehilangan penglihatan beberapa tahun yang lalu.

Kini beliau menjaga dua (2) orang anak yang berumur dari 5 tahun sehingga 12 tahun. Semenjak suami beliau sakit, Pn. Norlina tidak bekerja dan menjaga suami serta mengasuh anak beliau yang masih kecil.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 335 1741.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.


KUALA SELANGOR, 21 April 2020 – En. Suterisno b Saridi bapa kepada empat (4) orang anak yang berumur 9 tahun sehingga 18 tahun ini merupakan seorang nelayan pantai yang menjaring ikan dan udang untuk dijual. Isteri beliau Norhayati Bt Bakhtiar mengalami masalah obesiti dengan pergerakan yang terbatas dan sukar untuk membantu suaminya melakukan kerja.

Dengan pendapatan yang tidak tetap sebagai nelayan, beliau tinggal menyewa dengan kadar sewaan sebulan RM250. Selain menjaring ikan beliau juga melakukan kerja sampingan mencari kerang Ala-la untuk diproses dan dijual. Empat orang anak beliau yang kini sudah berhenti persekolahan terpaksa membantu beliau menjual hasil laut dari rumah ke rumah dan menjaja di sekitar tempat orang ramai beriadah dengan berbasikal dan berjalan kaki.

Keluarga ini telah terputus punca pendapatan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan dan mengharapkan bantuan orang ramai menghulurkan keperluan barangan dapur.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 822 9058.

Sumbangan SKR 2020 ini daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. yang telah disampaikan oleh En. Zulkifli b Zali, Pengurus PLYBK.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β 03 7875 0036
FAKS :Β 03 7875 0719
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;