24 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Gombak dan Batu Caves, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh Tn. Hj. Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


BATU CAVES, 24 April 2020 – En. Muhamad Firdaus b Yusof (32 tahun) dan isteri, Pn. Noramira (29 tahun) dikurniakan empat orang anak yang mana 2 orang sudah bersekolah dan 2 lagi masih belum bersekolah. Anak-anak mereka adalah Muhammad Amyrul Ashraf (9 tahun), Muhammad Amar Rizki (7 tahun), Muhammad Farish Aiman (5 tahun), dan Muhammad Afifi Nayfal (3 tahun).

Beliau menjalankan kerja-kerja sendiri dengan dengan mendapat upah/gaji harian berdasarkan kerja yang di buat. Manakala isteri pula tidak bekerja. Keluarga ini tinggal menyewa di sebuah pangsapuri kecil di Taman Sri Batu Caves dengan kadar sewa RM450 sebulan. Berdasarkan upah harian yang diperolehi tidak menentu, keluarga ini melalui hidup dalam kesukaran dan kesempitan.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada isteri beliau, Pn. Noramira di hadapan rumah sewa beliau disaksikan anggota RELA, En. Baskarn yang bersama-sama YBK dalam misi penyerahan kali ini.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019 360 0744.


BATU CAVES, 24 April 2020 – En. Mohd Tarmimi (38 tahun) dan isteri beliau Pn. Sintan (32 tahun) tinggal menyewa di pangsapuri Taman Sri Batu Caves bersama lima (5) orang anak, dua (2) orang yang bersekolah, Nurasyikin (9 tahun) dan Moh Hafiy (7 tahun) manakala tiga (3) orang lagi masih belum bersekolah, Mohd Aqid (5 tahun), Mohd Taufiq (3 tahun) dan Mohd Haikal (2 tahun).

Bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu, manakala isteri beliau sebagai suri rumah sepenuh masa tidak bekerja kerana masalah kesihatan lelah (asma). YBK dimaklumkan oleh isteri beliau bahawa suaminya baru-baru ini ditahan oleh polis kerana disyaki menunggang motosikal curi dan En. Mohd Tarmimi masih dalam tahanan menunggu jaminan.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada isteri beliau, Pn. Sintan bersama anggota RELA, En. Baskarn.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 322 8148 atau 013 480 2380.


BANDAR BARU SELAYANG, 24 April 2020 – Pn. Nozymila (46 tahun) baru sahaja kematian suami, En Azmi Bb Lat pada Januari 2020 yang lalu. Beliau kini tingal di rumah peninggalan suami di Apartment Julia, Bandar Baru Selayang bersama 4 orang anak. Anak-anak beliau adalah Nurul Nadiah (23 tahun – bekerja sementara), Nurul Nazirah (21 tahun – pelajar UKM), Muhamad Afiq Naufal (14 tahun – SMK Selayang Baru) dan Muhamad Afiq Darwisy (11 tahun – SK Sg. Tua Baharu).

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai Tukang Bersih (Cleaner) di sekolah kini tidak lagi bekerja kerana sekolah ditutup dan mematuhi arahan Kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Ini menjejaskan perbelanjaan keluarga beliau dan bergantung kepada anak sulung yang bekerja sementara.

Sumbangan SKR 2020 disampaikan kepada Pn. Nozymila bersama anggota RELA, En. Baskarn di hadapan rumah beliau.

Pn. Nozymila boleh dihubungi di talian 011 1172 7011.


KG. SUNGAI TUA, 24 April 2020 – Tidak mampu membayar sewa rumah menyebabkan En. Khalid (51 tahun) dan isteri, Pn. Noor Asmawati (40 tahun) berpindah ke sebuah rumah di atas bengkel kereta yang diusahakan oleh anak saudara beliau di Jalan Manggis, Bt. 9, Sungai Tua, Batu Caves.

Mempunyai lima (5) orang anak, 3 orang masih bersekolah dan 2 orang lagi sudah tidak bersekolah, Khairul Iskandar (19 tahun – tidak bekerja), Mohamad Amirul (18 tahun – lepasan SPM), Khairul Alias (15 tahun - SMK Sg. Kertas), Muhamad Hayqal (12 tahun – SK Sungai Tua) dan Puteri Nurul Shuada (9 tahun – SK Sungai Tua). En. Khalid tidak bekerja kerana mengalami sakit gangguan mistik manakala isteri menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di tepi jalan. Hasil jualan nasi lemak ini tentunya tidak mencukupi bagi keperluan keluarga.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada En. Khalid bersama anggota RELA, En. Baskarn di hadapan bengkel kereta milik anak saudara beliau.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 231 5392.


KG. SUNGAI TUA, 24 April 2020 – En. Mohamed Azam dan isteri, Pn. Ramizah tinggal menyewa di sebuah rumah di Kg. Sungai Tua, Selayang. Mujurlah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tuan rumah bersetuju untuk tidak mengenakan sewa. Pendapatan beliau kini tiada lagi kerana tidak boleh keluar untuk bekerja.

En. Mohamed Azam bekerja sendiri mencari dan menjual besi buruk, manakala Pn. Ramizah pula sebagai suri rumah sepenuh masa bersama anak-anak. Mempunyai tujuh orang anak, lima orang bersekolah dan dua masih belum bersekolah.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada isteri beliau, Pn. Ramizah di hadapan rumah sewa mereka.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 323 2000 atau 013 311 4000.


KG. SUNGAI TUA, 24 April 2020 – Pn. Rina Azfina (36 tahun) telah berpisah dengan suami dan kini tinggal menyewa di sebuah rumah bersama anak-anak seramai enam (6) orang, lima (5) orang bersekolah dan seorang (1) masih belum bersekolah. Anak-anak beliau adalah Nur Nasuha (16 tahun), Syahir Azfar Zulqarnain (11 tahun), Nur Jannah Nabila (9 tahun), Nur Lina Nadhirah (8 tahun), Nur Ain Atiqah (6 tahun) dan Nurina Natasha (3 tahun).

Keperitan hidup memaksa Pn. Rina bekerja mengambil upah mengambil dan menghantar anak-anak jiran ke sekolah menggunakan sebuah van yang telah uzur. Namun kini tiada lagi kerja tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus hilang punca pendapatan. Sewa rumah pun kadang-kadang tertunggak dan tidak mampu di bayar.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Ramizah di hadapan rumah sewa mereka.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 323 2000 atau 013 311 4000.


SENTUL PASAR, 24 April 2020 – Pn. Halimah bt Idris (41 tahun), seorang ibu tunggal tinggal menyewa di bangunan ini bersama empat (4) orang anak yang masih bersekolah, Mohamad Rasul Razak (16 tahun), Muhamad Razman (15 tahun), Muhamad Razmin (15 tahun) dan Puteri Rosmira Syzwani (11 tahun).

Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dengan upah yang kecil, Pn. Halimah sentiasa kesempitan wang untuk mengurus keperluan harian anak-anak beliau. Hari-hari yang mendatang menjadi semakin sukar baginya kerana syarikat tempat beliau bekerja sudah ditutup sejak arahan PKP dikuatkuasakan.

Sumbangan di sampaikan kepada Pn. Halimah sendiri di rumah beliau. Turut serta adalah anggota RELA, En. Baskarn.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 011 1114 2488.


SELAYANG BARU, 24 April 2020 – Pn. Siti Atikah (45 tahun) seorang ibu tunggal kematian suami beberapa tahun yang lalu. Beliau bekerja sebagai pemandu bas (van) sekolah sebagai sumber pendapatan menyara anak-anak selepas kematian suaminya. Anak-anaknya seramai enam (6) orang kesemuanya masih menuntut di kolej dan sekolah - Ahman Sonhaji (20 tahun-Pondok Meru Klang), Robiatul Adawiyah (19 tahun – Politeknik Merlimau), Solahuddin (17 tahun – SM Darul Ehsan), Muhammad Nainunis (15tahun- SM Darul Ehsan), Nur Sumayyah (12 tahun – SK Sg.Tua Baharu) dan Muhammad Huzaifah (7 tahun – SK Sg.Tua Baharu).

Sejak penutupan sekolah sepanjang PKP ini, beliau tidak lagi bekerja dan telah terputus sumber pendapatan. Sebagai ikhtiar mencari rezeki, beliau mengambil upah menghantar barang-barang yang dipesan oleh jiran dan kawan-kawan. Rumah yang didiami pula perlu di bayar sewa setiap bulan.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Siti Atikah di dalam rumah sewanya di Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019 643 7828.


GOMBAK, 29 April 2020 – Pn. Nor Azimah (45 tahun) di tinggalkan oleh suami (warga asing) yang telah menghilangkan diri sejak sekian lama. Beliau bersama anak-anaknya seramai tiga orang menumpang sebuah rumah di atas tanah milik saudaranya. Namun rumah itu terlalu uzur dengan bumbung yang bocor. Pada tahun 2019, YBK bersama penduduk kampung telah bergotong royong membaik pulih rumah tersebut hingga mereka boleh tinggal di rumah tersebut dengan lebih selesa.

Anak-anak beliau ialah Firdaus (16 tahun), Azwani Idayu (14 tahun) dan Ahmad Ridwan (12 tahun), semuanya tidak bersekolah kerana tiada dokumen pengenalan diri yang lengkap. Usaha dari penduduk kampung yang prihatin terhadap masalah ini telah pun dibuat namun ianya masih belum dapat diselesaikan. Walaupun mengalami masalah paru-paru berair, beliau tetap bekerja untuk menyara anak-anaknya.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Nor Azimah di hadapan rumah beliau.

Keluarga ini boleh di hubungi di talian 019 401 5439.


GOMBAK, 29 April 2020 – En. Che Hassan (55 tahun) tidak lagi mampu untuk bekerja mencari rezeki kerana mengalami strok dan sakit buah pinggang yang memerlukan beliau menjalani dialisis 2 atau 3 kali seminggu. Beliau kini disah dan didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Isteri beliau, Pn. Shamsinar (51 tahun) adalah suri rumah sepenuh masa.

Mereka tinggal di kediaman sendiri bersama tujuh orang anak. Anak-anak mereka adalah Ainul Nadhirah (23 tahun – UiTM), Nurul Iman (22 tahun – UIA), Dhia Dania (16 tahun), Mia Batrisya (10 tahun), Aisyah Safiyyah (8 tahun), Kesya Nadifah (8 tahun) dan Adam Danile (6 tahun). Semasa kehadiran kami, En. Che Hassan sedang menjalani dialisis di pusat dialisis ditemani anak beliau.

Sumbangan SKR 2020 di sampaikan kepada Pn. Shamsinar di hadapan rumah beliau di Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor.

Keluarga ini boleh di hubungi di talian 016 278 0698.

BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;