21 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Selayang, Bukit Lanchong, Shah Alam dan Taman Medan. Sumbangan disampaikan oleh Cik Afifah Nazimuddin (Timbalan Pengurus Bahagian Perhubungan Awam YBK) dan En. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Pegawai Khas Pengerusi YBK). Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


SELAYANG BARU, 21 April 2020 – En. Zamri bin Yusof dan Puan Azizah bt Abdul Manap sudah menetap disini sejak tahun 1991.

En. Zamri menyara kehidupan keluarga dengan bekerja sebagai tukang kebun di Jinjang. Namun, sejak bulan Mac yang lalu, upah yang diterima baru separuh dari sepatutnya. Mempunyai 5 orang anak yang masih belajar di UiTM Dungun dan 4 yang lain masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 274 4513.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan bin Abd Latif.


BATU CAVES, 21 April 2020 – En Wan Nurul Asyikin bin Wan Majid dan isteri Pn Norumiah bt Hakim menyara kehidupan keluarga dengan menjual bubur nasi. Mereka akan meletakkan bubur nasi ayam yang berharga RM 2 di kawasan Selayang dan Gombak. Permintaan bubur nasi di kawasan ini tidaklah begitu menggalakkan, namun itu sahaja ikhtiar mereka berdua dalam mencari sumber pendapatan.

Mempunyai 7 orang anak ,5 anaknya yanga masih bersekolah berusia di antara 6 tahun hingga 13 tahun dan 2 orang yang masih kecil, Wan Akhil Fatah berusia 5 tahun dan Wan Umar Rizq berusia 1 tahun.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2124 6839.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hassan Abd Latif. Turut hadir bersama Puan Norhaslinda bt Abdullah selaku YDP PIBG SK Selayang Baru 2) & En Mohd Montazeri bin Nordin (Pegawai khas ADUN Taman Templer).


SELAYANG BARU, 21 April 2020 – En. Omar bin Abdullah mengambil upah menghantar barangan mentah dari Pasar Besar Selayang ke rumah rumah. Namun, sejak Januari lalu, perkhidmatan beliau sudah tidak diperlukan lagi.

Isteri beliau, Puan Husna Mohamed merupakan suri rumah sepenuh masa, menjaga keperluan ibu dan bapa mertua yang uzur serta 5 anak yang masih bersekolah dan seorang yang berusia 5 tahun.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 677 9075 dan 017 524 2418.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan bin Abd Latif. Turut mengiringi Puan Norhaslinda bt Abdullah yang merupakan YDP PIBG SK Selayang Baru 2 dan En Mohd Montazeri bin Nordin (Pegawai khas ADUN Taman Templer) serta Mr Siva, RELA dari PKMD Gombak.


GOMBAK, 21 April 2020 – En Zulkifli bin Yahaya dan Puan Syariffah Zaiton bt Syed Mohamed sudah lama menetap di Gombak. En Zulkifli mengambil upah memasang kanopi untuk menyara kehidupan keluarga beliau.

Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir 2 bulan, beliau tidak mempunyai sumber pendapatan. Beliau juga dimaklumkan oleh majikan bahawa, kemungkinan besar tiada kerja yang dapat dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.

Mempunyai 6 orang cahayamata, beliau kini mencuba untuk mencari peluang pekerjaan yang lain bagi menyara kehidupan keluarga. 3 orang anaknya yang berusia 8 tahun hingga - 12 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru (2) dan seorang yang masih kecil. 2 orang lagi anaknya berstatus OKU namun masih belum berdaftar dengan pihak berwajib kerana En Zulkifli tidak pandai mengisi borang secara atas talian.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 873 3957.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan bin Abd Latif.


TAMAN PRIMA SELAYANG, 21 April 2020 – En Abdul Kudus bin Abu Bakar menyara kehidupan isteri, Puan Hasnah bt Aton dan 4 orang cucunya dengan menjual ikan sungai di pasar malam Taman Ehsan.

Semenjak kematian ibu mereka, 4 cucu beliau ini tinggal bersama. Bapa yang sepatutnya menjaga anak-anak ini hilang tanpa khabar berita. Tanggungjawab kepada anak anak diletak di atas bahu nenek dan datuk yang semakin uzur.

Tersentuh hati bila mendengar beliau maklumkan, sejak PKP kami anak beranak berpuasa, berjimat-jimat makan. Bergenang airmata bila bercerita tentang kehidupan mereka sehari hari.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 347 2015.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


PPR HICOM, 22 April 2020 – Pn Rahayu bt Alias mempunyai kemahiran mengurut yang dipelajar sejak beberapa tahun yang lalu. Perkhidmatan beliau seringkali diperlukan di sekitar Shah Alam dan USJ. Namun, pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

Ada kalanya, mereka sekeluarga terpaksa mengikat perut kerana dalam tempoh 3 bulan, Pn Rahayu tidak bekerja. Walaupun begitu, beliau tetap bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang cukup memahami keadaan dan perit jerih ibu mereka yang bergelar ibu tunggal. Mempunyai 5 orang anak lelaki dan salah seorang darinya, Mohd Iqmal Hakim merupakan salah seorang pelajar di Akademi Kemahiran YBK Gesir.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3276162.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


SHAH ALAM, 22 April 2020 – Menjadi satu cabaran besar buat ibu bapa yang mempunyai 9 orang anak yang masih kecil berkurung dirumah sepanjang PKP ini.

En Zaki bin Udin dan Puan Junaidah Isa menyara kehidupan dengan memasak makanan mengikut tempahan pelanggan. Yang lebih memeritkan sejak PKP, tiada lagi tempahan makanan yang diterima. Namun begitu, perut 9 orang anaknya yang berusia 7 tahun hingga 17 tahun tetap perlu di isi.

Tiada lauk lain yang akan dihidang tatkala menjelang makan tengahari. Telur goreng sambal, telur dadar, telur kicap dan telur masak lemak akan menjadi menu mereka. Ayam goreng yang menjadi kesukaan anak anak sebaya mereka akan dapat dinikmati bila mana ada jiran atau mereka yang prihatin menghulurkan sumbangan.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


TAMAN MEDAN, 22 April 2020 – 'Abang dengan kakak datang nak beli karipap ke? Kita jual karipap, sebiji 50 sen!'

Menyambut kedatangan kami, 5 anak kecil yang sedang menunggu ibunya menggoreng karipap.

Dulunya En Aswad akan mengail ikan di lombong berdekatan dan dijadikan ikan masin untuk dijual. Namun kebelakangan ini, ikan masin yang dijual sudah tidak diambil mana-mana kedai atas faktor peniaga sudah ada penyedia bahan mentah masing-masing, jadi beliau mengambil inisiatif untuk fokus menjual nasi lemak dan karipap.

En Mohd Aswad bin Abu Bakar dan Puan Suaslina bt Rahim menyara kehidupan keluarga dan 9 orang anak dengan menjual nasi lemak dan karipap. Setiap petang, Amira akan menjaja karipap dan nasi lemak dengan berbasikal dari rumah ke rumah sekitar Taman Medan. Mempunyai 9 orang cahaya mata, 6 orang darinya masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 018 246 6953 (Jiran -Aziah).

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Afifah Nazimuddin.


BUKIT LANCHONG, 22 April 2020 – En Abdul Nazmihar bin Abdul Rahim menyara kehidupan isteri, Puan Wan Mardiana bt Wan Johani dengan bekerja sebagai kelindan lori.

Seringkali gaji dipotong atas sebab yang tidak munasabah, beliau nekad untuk berhenti kerja. Baharu mendapat panggilan kerja sebagai pemandu, namun belum sempat kerja sebulan PKP dilaksanakan dan benar-benar memberi kesan kepada dirinya dan keluarga. Keluarganya tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Mempunyai 6 orang anak yang semuanya masih belajar.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3529 7112.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato Hamzah bin Ahmad dan YBhg Datin Zahrah bt Hj Md Ali telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.


BUKIT LANCHONG, 22 April 2020 – Kehidupan keluarga En Ahmad Kamal bin Adnan dan Pn Zuhana bt Mohd Zabri diuji sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menampung keperluan keluarga dengan membaiki mesin basuh dan peti ais. Namun sejak PKP, beliau tidak mempunyai pekerjaan dan sering ditipu.

Keluarga ini juga menumpang berteduh dirumah ibu mertua. Pasangan ini mempunyai 5 orang anak yang masih belajar. Kini anak sulung beliau, Muhd Basiruddin yang bekerja di Domino's Pizza di Putra Heights menjadi tulang belakang keluarga.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 492 0158.

Sumbangan SKR 2020 oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin bin Haji Sakom telah disampaikan oleh Pegawai YBK, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;