20 APRIL 2020 - Hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2020 melibatkan kawasan Hulu Langat. Sumbangan disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Senarai keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


HULU LANGAT, 20 April 2020 - En. Samsol b Bujang seorang pembantu pemandu van sekolah. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau sangat terkesan disebabkan tidak bekerja. Pendapatan beliau daripada gaji hari yang diterima.

Beliau tinggal menyewa disebuah rumah bersama 5 orang tanggungan (isteri dan anak-anak) dengan sewa RM450 sebulan. Keempat-empat anak beliau masih bersekolah iaitu dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 868 9716.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 - En. Jefry Sesam @ Man Daniel seorang penghantar barang (Runner). Isteri beliau menjual kuih-kuih tradisional ke kedai-kedai berhampiran rumah. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pendapatan isteri terjejas disebabkan semua kedai tutup dan tiada tempahan kuih.

Beliau tinggal menyewa di sebuah rumah bersama 5 orang tanggungan (isteri dan anak-anak) dengan kadar sewaan RM350 sebulan. Keempat-empat anak beliau masih bersekolah di SK Sungai Serai.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2856 9553.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 - Puan Norela bt Alwi adalah seorang ibu tunggal kematian suami akibat sakit jantung bulan Disember yang lalu. Pendapatan bulanan daripada PERKESO arwah suami dan upah menjahit). Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau sangat terkesan disebabkan tiada pendapatan dari hasil jahitan.

Beliau tinggal bersama 4 orang tanggungan (anak-anak). Beliau mempunyai seorang anak OKU yang perlu sentiasa dikawal. Dua (2) orang anak beliau masih belajar dan 2 lagi tidak bekerja.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 275 5349.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 - Puan Niswita bt Abdullah adalah seorang ibu tunggal kematian suami akibat sakit dua bulan lalu. Selepas kematian suami, beliau sedang berusaha memulakan jualan kuih raya dan akan memulakan jualan secara kecil-kecilan Ramadhan ini.

Beliau tinggal menyewa di sebuah rumah bersama 5 orang anak dengan kadar sewaan Rm400 sebulan. Mereka sekeluarga sekarang ditanggung oleh seorang anak yang telah bekerja. 3 anak-anak masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-3155209.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 - En. Mansor Bin Jaafar seorang Buruh Am. Pendapatan beliau berdasarkan gaji hari. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau sangat terkesan disebabkan tidak bekerja.

Beliau tinggal bersama 10 tanggungan (isteri dan anak-anak) di sebuah rumah sumbangan NGO. 8 orang anak-anak beliau masih belajar. 3 belajar di Peringkat pengajian tinggi, 2 Sekolah Menengah, 2 Sekolah Rendah dan 1 Tadika.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 356 2593.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 - En. Azhar b Ahmad tidak bekerja disebabkan Strok. Isteri tidak bekerja dan sepenuh masa suri Rumah dan menjaga suami yang sedang sakit. Mujur ada saudara-mara yang membantu.

Beliau tinggal menyewa di sebuah rumah bersama 5 orang tanggungan (isteri dan anak-anak) dengan kadar sewaan RM250 sebulan. Tiga orang anak-anak beliau masih belajar, seorang di Peringkat Pengajian Tinggi, seorang Sekolah Menengah, dan seorang di Sekolah Rendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 215 5427.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 - En. Md Khir b Abdul Samad merupakan seorang penoreh bergaji hari. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau sangat terkesan disebabkan tidak bekerja.

Beliau tinggal bersama 8 tanggungan (isteri dan anak-anak) di sebuah rumah pusaka keluarga. Enam orang anak-anak beliau masih belajar - 2 belajar di Peringkat pengajian tinggi, 1 Sekolah Menengah, 2 Sekolah Rendah dan 1 OKU Pemulihan Dalam Komuniti.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019 271 1132.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 – En. Supirman b Mohamed Nor @ Daron adalah seorang Buruh Am (membantu membersihkan kawasan Sungai Gabai) bergaji hari. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau sangat terkesan disebabkan tidak bekerja.

Beliau tiggal bersama 6 tanggungan (isteri dan anak-anak) di sebuah rumah dengan sewa RM250 sebulan. 5 orang anak-anak beliau masih belajar. 3 belajar di sekolah menengah, 2 di sekolah rendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 692 2511.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


HULU LANGAT, 20 April 2020 – En. Kamaruddin b Abdul Kadir bekerja sebagai seorang Pengawal Keselamatan. Beliau tinggal bersama 8 tanggungan (isteri dan anak-anak) di sebuah rumah yang disewa.

Lima (5) orang anak-anak beliau masih belajar - 2 belajar di sekolah menengah dan 3 di sekolah rendah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 673 6427.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.


IPOH, 23 April 2020 – En. Arshad b Abu Kasim seorang Pekerja Am Cucian. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau sangat terkesan disebabkan tidak bekerja. Pendapatan beliau dari gaji hari yang diterima.

Beliau tinggal menyewa disebuah rumah bersama 9 orang tanggungan (Isteri dan anak-anak) dengan kadar sewaan RM350 sebulan. Isteri beliau sedang sarat mengandung anak ke-9. Mereka sebenarnya menetap di Kampung Sungai Lui Hulu Langat namun tersangkut di Ipoh disebabkan PKP. Tujuh daripada 8 anak beliau masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1093 0301.

Sumbangan SKR 2020 daripada Gas Malaysia Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Ahmad Shah (Timbalan Presiden Majlis Belia Perak) mewakili YBK.

BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;