KUALA LUMPUR, 28 Disember 2019 - Program Santuni Gelandangan yang terakhir untuk tahun 2019 telah dilaksanakan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan edaran 200 pek sarapan pagi, kuih dan minuman panas di samping pakaian terpakai. Rakan YBK daripada Kelab Beliawanis Sri Sepang (KBSS) seramai 20 orang telah turut bersama pada kali ini. Ini merupakan kali ke-2 KBSS bersama-sama dalam program Santuni Gelandangan.

Persiapan telah dibuat sejak malam sebelumnya melalui program Dapur YBK di masa ahli KBSS yang hadir bergotong-royong menyediakan makanan dan minuman yang diedarkan. Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut bersama menyertai edaran pada pagi ini bersama Puan Rozita Arbain (Pengurus Pentadbiran & Kewangan) dan En. Asuad Ismail (Timbalan Pengurus Pembangunan Aset & ICT). Edaran dilaksanakan selepas solat subuh dan turut diedarkan kepada rakan-rakan jalanan adalah pakaian terpakai.

YBK mengucapkan terima kasih kepada KBSS yang memberi komitmen dan sokongan dalam program ini melalui penyertaan kali ke-2. Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini atau memerlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;