Rakan YBK - Santuni Gelandangan

  • Program Santuni Gelandangan, 18/1/2020

    KUALA LUMPUR, 18 Januari 2020 - Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah berlangsung hari ini. Ini merupakan program sulung untuk tahun 2020. Edaran 200 pek makanan dan minuman pagiĀ dimulakan selepas solat subuh kepada rakan-rakan jalanan yang hadir, dan selesai sepenuhnya pada jam 8:00 pagi.

    Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada program ini atau mengetahui dengan lebih lanjut, boleh berhubung dengan saudara Asuad Ismail di talian 012-617 4051 atau 03-7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan bersama Kelab Beliawanis Seri Sepang, 28/12/2019

    KUALA LUMPUR,Ā 28Ā Disember 2019 - Program Santuni Gelandangan yang terakhir untuk tahun 2019 telahĀ dilaksanakanĀ di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan edaran 200 pek sarapan pagi, kuih dan minuman panas di samping pakaian terpakai.Ā Rakan YBK daripada Kelab Beliawanis Sri Sepang (KBSS) seramaiĀ 20 orang telah turut bersama pada kali ini. Ini merupakan kali ke-2 KBSS bersama-sama dalam program Santuni Gelandangan.

    Persiapan telah dibuat sejak malam sebelumnya melalui program Dapur YBK di masa ahli KBSS yang hadir bergotong-royong menyediakan makanan dan minuman yang diedarkan.Ā Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz turut bersama menyertai edaran pada pagi ini bersama PuanĀ Rozita Arbain (Pengurus Pentadbiran & Kewangan) danĀ En. Asuad Ismail (Timbalan Pengurus Pembangunan Aset & ICT). Edaran dilaksanakan selepas solat subuh dan turut diedarkan kepada rakan-rakan jalanan adalah pakaian terpakai.

    YBK mengucapkan terima kasih kepada KBSS yang memberi komitmen dan sokongan dalam program ini melalui penyertaan kali ke-2. Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini atau memerlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 30/11/2019

    KUALA LUMPUR, 30 November 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada minggu ini diteruskan dengan penyertaan 18 orang pelajar daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Berlangsung seperti biasa di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad selepas solat subuh.

    Para pelajar ini telah 'berkampung' di Ibu Pejabat YBK malam sebelumnya untuk bergotong-royong memasak dan menyiapkan sarapan serta minuman pagi melalui program Dapur YBK. Pada hari berikutnya sebelum solat subuh, semua telah berkumpul di Masjid bagi proses penyediaan pek makanan dan minuman. Edaran dilaksanakan sendiri oleh pelajar bermula selepas solat subuh sambil dibantu oleh pegawai YBK dan Masjid yang turut hadir bersama.

    Edaran selesai sepenuhnya pada jam 7:30 pagi dan para pelajar kemudiannya kembali ke Ibu Pejabat YBK untuk sama-sama mengemas kelengkapan memasak sebelum bersurai. Diharapkan pelajar ini memperoleh sedikit sebanyak pengalaman dalam gerakerja kesukarelawan dan merasai serta melihat sendiri rakan-rakan jalanan sebagai satu pengajaran dan keinsafan.

    Kepada para dermawan yang ingin menyumbang dalam program ini atau memerlukan maklumat lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 16/11/2019

    KUALA LUMPUR, 16 November 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah berlangsung pada pagi ini dengan edaran 200 pek sarapan dan minuman pagi kepada rakan-rakan jalanan.

    Proses edaran dimulakan selepas solat subuh oleh petugas masjid bersama pegawai YBK. Para rakan jalanan yang hadir telah menunjukkan disiplin yang baik sekaligus memastikan kelancaran. Edaran selesai sepenuhnya pada jam 7 pagi.

    YBK mengalu-alukan sumbangan untuk program ini daripada para dermawan. Untuk info lanjut, sila berhubung dengan saudara Asuad Ismail di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 2/11/2019

    KUALA LUMPUR, 2 November 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah berlangsung hari ini dengan 200 pek sarapan dan minuman pagi telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan.

    Edaran dimulakan selepas selesai solat Subuh oleh petugas masjid bersama-sama pegawai YBK yang hadir. Rakan-rakan jalanan telah memberikan kerjasama dan disiplin yang baik dan ini membantu kelancaran edaran yang selesai sepenuhnya pada jam 6:50 pagi.

    Sarapan dan minuman pagi telah disediakan melalui inisiatif Dapur YBK di mana aktiviti memasak dan persiapan dilaksanakan secara gotong-royong oleh para pegawai dan sukarelawan YBK.

    Untuk info lanjut berkenaan Program Santuni Gelandangan, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 19/10/2019

    KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah berlangsung hari ini di mana rakan-rakan jalanan disantuni dengan pemberian pek sarapan dan minum pagi percuma.

    Edaran bermula selepas solat Subuh. Sebanyak dua ratus (200) pek sarapan pagi dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang hadir dengan lancar dan teratur oleh petugas masjid dan YBK. Turut bersama, Tuan Haji Basharuddin Mohd Noor, Timbalan Pengurus Besar YBK.

    Untuk info lanjut atau menaja berkenaan Program ini, hubungi saudara Asuad di talian 03 7875 0036 atau 012 617 4051. Terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong laman amal ini.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 5/10/2019

    KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinanā€‹ di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad diteruskan hari ini dengan penyertaan bersama kumpulan pelajar daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS Universiti Putra Malaysia.

    Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman pagi telah disedia dan dimasak sendiri secara gotong-royong oleh pelajar dan staf YBK melalui inisiatif Dapur YBK pada malam sebelumnya. Edaran kepada rakan-rakan jalanan dimulakan usai solat Subuh dan selesai sepenuhnya pada jam 7 pagi.

    Kumpulan pelajar GPMS UPM yang hadir diketuai oleh saudara Mohd Iqhwan selaku Pengarah Program. Turut bersama, saudara Solihin (YDP GPMS UPM), saudara Firdaus Baharuddinā€‹ (Mantan YDP GPMS UPM), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Azizā€‹ (Pengurus Besar YBK) serta para pegawai YBK dan petugas Masjid.

    Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini atau mengetahui dengan lebih lanjut, boleh berhubung dengan En. Asuad di talian 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 21/9/2019

    KUALA LUMPUR, 21 September 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dijalankan seperti biasa pada hari ini.

    Sejumlah 200 pek sarapan pagi dan minuman diedarkan kepada rakan-rakan jalanan usai solat Subuh. Proses edaran berjalan lancar dengan rakan-rakan jalanan memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang amat baik. Pegawai YBK yang hadir telah melaksanakan edaran bersama-sama petugas Masjid.Ā Sarapan dan minuman pagi ini disediakan sendiri oleh staf YBK secara bergotong-royong melalui aktiviti Dapur YBK.

    Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan bersama BAKA dan YBCare, 14/9/2019

    KUALA LUMPUR, 14 September 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah dijalankan seperti biasa pada hari ini dan turut disertai oleh sukarelawan daripada Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

    Edaran 200 pek sarapan pagi dan minuman dimulakan selepas solat Subuh dan selesai sepenuhnya pada jam 8:00 pagi. Proses edaran berjalan lancar dengan rakan-rakan jalanan memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang amat baik. Rakan jalanan yang hadir juga turut berpeluang memilih pakaian terpakai yang disediakan oleh YBCare melalui inisiatif 'Huluran Qaseh'.

    Pegawai YBK dan sukarelawan BAKA yang hadir telah melaksanakan edaran dan dibantu oleh pegawai Masjid. Hadir membantu, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan Datin Dr. Hajjah Hartini Osman, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan.

    Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more
  • Program Santuni Gelandangan, 7/9/2019

    KUALA LUMPUR, 7 September 2019 -Ā Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah dilaksanakan pada hari ini.

    Edaran 200 pek sarapan pagi dan minuman dimulakan selepas solat Subuh dan selesai sepenuhnya pada jam 8:00 pagi. Proses edaran berjalan lancar dengan rakan-rakan jalanan memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang amat baik. Pegawai YBK yang hadir telah melaksanakan edaran dan dibantu oleh pegawai Masjid dan turut hadir membantu, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

    Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini, boleh berhubung dengan saudara Asuad di talian 012 617 4051 atau 03 7875 0036.

    Read more

šŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

šŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Ā 03 7875 0036
FAKS :Ā 03 7875 0719
E-MEL :Ā ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;