KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2019 - Program Santuni Gelandangan Yayasan Basmi Kemiskinan​ di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad diteruskan hari ini dengan penyertaan bersama kumpulan pelajar daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS Universiti Putra Malaysia.

Sebanyak 200 pek sarapan dan minuman pagi telah disedia dan dimasak sendiri secara gotong-royong oleh pelajar dan staf YBK melalui inisiatif Dapur YBK pada malam sebelumnya. Edaran kepada rakan-rakan jalanan dimulakan usai solat Subuh dan selesai sepenuhnya pada jam 7 pagi.

Kumpulan pelajar GPMS UPM yang hadir diketuai oleh saudara Mohd Iqhwan selaku Pengarah Program. Turut bersama, saudara Solihin (YDP GPMS UPM), saudara Firdaus Baharuddin​ (Mantan YDP GPMS UPM), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz​ (Pengurus Besar YBK) serta para pegawai YBK dan petugas Masjid.

Kepada para dermawan yang ingin menyumbang kepada Program ini atau mengetahui dengan lebih lanjut, boleh berhubung dengan En. Asuad di talian 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;