KAJANG, 2 Oktober 2019 - Sesi Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah berlangsung di Pusat Sumber SMK Tinggi Kajang dengan penglibatan 70 orang pelajar tingkatan 5. Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat dan atas jemputan pihak sekolah sendiri.

Sesi bermula pada jam 8 pagi dengan pengenalan dan 'warm-up' daripada En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan perkongsian ringkas oleh En. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor merangkap Ketua Penerangan Majlis Belia Daerah Hulu Langat.

En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Ketua Jurulatih kemudian mengambil alih sesi dan dibantu oleh saudara Audi Faliq Ibrahim. Sesi berlangsung selama 1.5 jam dan para pelajar telah diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki YBK.

Turut hadir menyaksikan, Puan Nur Hafizah Ahmad Fuad, Kaunselor SMK Tinggi Kajang dan guru-guru. Sesi selesai sepenuhnya pada jam 10:30 pagi.

 

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;