PENDANG (KEDAH), 14 Julai 2019 - Siri Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan meneruskan jelajah, kali ini di negeri yang terkenal dengan istilah 'jelapang padi' dengan sesi di dua buah sekolah yang terletak dalam daerah Pendang.

Di sebelah pagi, sesi diadakan di SMK Pendang dengan penyertaan lebih 200 orang pelajar tingkatan 5. Ini merupakan kunjungan ke-3 YBK di sekolah ini. Sesi diadakan di dewan utama sekolah bermula jam 8:30 pagi selama 3 jam. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang amat baik dan mengikuti sesi yang dijalankan dalam suasana ceria dan kondusif.

Di sebelah petang pula, SMK Tobiar menjadi destinasi seterusnya. Sesi bermula pada jam 2:00 petang melibatkan penyertaan 75 orang pelajar tingkatan 5. Turut hadir bersama adalah Pn. Sharipah Md. Isa, Pengetua SMK Tobiar. Walaupun sesi berlangsung pada sebelah petang, para pelajar telah menunjukkan komitmen mengikuti sesi sehingga selesai.

Sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi Semangat Mendaki dan dibantu oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Timbalan Pengurus, Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Modal Insan) dan En. Muhd Afiq Mohd Azman (JuruMedia YBK).

Para pelajar telah diperkenalkan dengan konsep dan idea Semangat Mendaki YBK yang terdiri daripada lima (5) teras utama dan beberapa corak (pattern) Neuro-Linguistic Programming (NLP). Objektif sesi ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam aspek membina kecemerlangan, mengenali keupayaan minda dan mengasah keberanian diri.

YBK akan terus memperkenalkan Motivasi Semangat Mendaki kepada masyarakat khususnya para pelajar sekolah yang menjadi kumpulan sasar program ini. Kepada sekolah, institusi pendidikan atau kumpulan pelajar/belia yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Motivasi Semangat Mendaki, boleh berhubung dengan En. Audi Faliq Ibrahim di talian 019 374 0382 atau 03 7875 0036 (pejabat).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;