Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan enam (6) buah keluarga terpilih di kawasan Damansara Damai. Serahan disempurnakan oleh Puan Julia Hamzah, Pengetua SMK Damansara Damai 1 dan disaksikan oleh Encik Azmi Arshad (Penolong Kanan HEM), Puan Asnah Ahmad dan Encik Ahmad Zaid (kaunselor). Keluarga yang berkenaan adalah;

DAMANSARA DAMAI, 14 Mei 2019 – Encik Mait bin Masri sebelum ini bekerja kilang namun kini beliau terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk menanggung perbelanjaan keluarganya dan kos perubatan anak ke-5 nya.

Beliau tinggal bersama dengan 7 orang anaknya di sebuah unit rumah pangsapuri dengan kadar sewa bulanan RM550 sebulan. 4 orang anak beliau masih belajar di sekolah, masing-masing berumur 17, 16, 11 dan 9 tahun. Anak-anak ini bersekolah di SMK Damansara Damai 1.

Anak ke-5 beliau, Muhammad Israfil Alya (14 tahun) mengalami penyakit ketumbuhan dan perlu menjalani rawatan radioterapi dan diberi cuti sakit selama setahun oleh doktor untuk membantu pemulihan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 227 7512 (Encik Mait).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Puan Julia Hamzah, Pengetua SMK Damansara Damai 1 dan disaksikan oleh Encik Azmi Arshad (Penolong Kanan HEM), Puan Asnah Ahmad dan Encik Ahmad Zaid (kaunselor).

[AF-SGR-007]

DAMANSARA DAMAI, 14 Mei 2019 – Kehidupan Encik Hassan Morni sedikit sebanyak terjejas selepas isterinya, Puan Rumani Mantaril diserang penyakit misteri. Dahulu beliau bekerja sebagai penterjemah namun kini difahamkan tidak bekerja hampir 4 bulan.

Beliau telah berhabis wang sebagai ikhtiar mengubat isteri kesayangan namun belum pulih sepenuhnya. Disebabkan itu, beliau bersama isteri dan anak-anak terpaksa berpindah ke kediaman yang lebih kecil akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi. Rumah beliau tinggal ini adalah ihsan rakan dan disewa dengan kadar RM400 sebulan.

Tiga (3) orang daripada anak beliau masih belajar dan dua daripadanya (umur 17 dan 12 tahun) di SMK Damansara Damai 1. Anak yang bongsu berumur 3 tahun manakala yang sulung masih menunggu tawaran menyambung pelajaran.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1757 7358 (Encik Hassan).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Puan Julia Hamzah, Pengetua SMK Damansara Damai 1 dan disaksikan oleh Encik Azmi Arshad (Penolong Kanan HEM), Puan Asnah Ahmad dan Encik Ahmad Zaid (kaunselor).

[AF-SGR-010]

DAMANSARA DAMAI, 14 Mei 2019 – Encik Che Zuraimi Che Nordin menanggung keluarganya seramai 8 orang dengan bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran. Isteri beliau, Puan Kasmini Kasim tidak bekerja namun pada bulan Ramadhan membantu suaminya menambah pendapatan keluarga dengan menyiapkan nasi kerabu dan nasi kukus untuk dijual di bazar Ramadhan.

Keluarga ini dikurniakan 7 orang anak di mana 5 orang masih belajar. Anak yang sulung sedang menuntut di Politeknik manakala yang lain di SMK Damansara Damai 1 (2 orang - 16 dan 14 tahun), SK Damansara Damai 2 (seorang - 9 tahun), seorang di tadika (5 tahun) manakala 2 orang lagi belum bersekolah.

Che Zuraimi boleh dihubungi di talian 017 230 7389.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Puan Julia Hamzah, Pengetua SMK Damansara Damai 1 dan disaksikan oleh Encik Azmi Arshad (Penolong Kanan HEM), Puan Asnah Ahmad dan Encik Ahmad Zaid (kaunselor).

[AF-SGR-011]

SG BULOH, 14 Mei 2019 – Episod sedih melanda Puan Hasma Serbini di bulan Ramadhan ini apabila beliau telah dihalau oleh suaminya sehelai sepinggang bersama 5 orang anaknya yang lain. Bagaikan burung yang patah sayap tanpa tempat berteduh, Puan Hasma terpaksa menumpang teduh di dalam sebuah bilik kecil merangkap stor bersama anak-anaknya, itu pun atas ihsan kenalan.

Perbualan kaunselor SMK Damansara Damai 1 bersama anak beliau yang menangis sayu di sekolah akibat melihat ibunya menderita menyebabkan kisah sedih beliau mendapat perhatian.

Peristiwa hitam ini sedikit sebanyak mengganggu emosi beliau. Apa yang difikirkan adalah hendak mendapatkan hak penjagaan anak bongsunya yang berumur setahun lebih yang masih tinggal bersama suami. Kini beliau berusaha mencari kerja bagi menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah. Anak sulung beliau baru bekerja dan dijadikan tempat bergantung harap.

Puan Hasma boleh dihubungi di talian 013 448 2102.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Permodalan YBK Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Puan Asnah Ahmad, kaunselor SMK Damansara Damai 1.

[AF-SGR-012]

DAMANSARA DAMAI, 14 Mei 2019 – Encik Bakki Kaharuddin bekerja sebagai mekanik kenderaan berat (lori) dan kelazimannya pulang ke rumah seminggu sekali. Isteri beliau, Puan Rena Saini tidak bekerja.

Beliau sedang berdepan dengan bebanan hutang yang tinggi dan dalam proses pembayaran balik. Disebabkan itu, gaji bersih beliau setiap bulan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian kerana sebahagian besar telah digunakan untuk membayar semula hutang. Menambahkan beban, rumah yang diduduki perlu dibayar sewa dan difahamkan kadar sewa akan meningkat dalam masa terdekat. Kadang-kadang, mereka sekeluarga terpaksa 'mencatu' makanan kerana ketidakcukupan wang.

Tiga orang anak pasangan ini masih bersekolah (2 orang sekolah rendah, seorang sekolah menengah). Anak yang sulung sedang menunggu tawaran belajar merangkap mencari kerja.

Encik Bakki boleh dihubungi di talian 018 668 6651.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Permodalan YBK Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Encik Ahmad Zaid, kaunselor SMK Damansara Damai 1.

[AF-SGR-013]

DAMANSARA DAMAI, 24 Mei 2019 – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang boleh digambarkan apabila YBK bersama guru SMK Damansara Damai berkunjung ke kediaman En. Azman b Sidik sekeluarga.

En. Azman dahulunya bekerja sebagai pemandu teksi bagi menyara keluarga. Namun nasib malang menimpa beliau apabila diserang stroke yang agak serius 3 tahun yang lalu, menyebabkan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang. Juga, beliau hilang upaya untuk bergerak dan bercakap dengan jelas dan perlu bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga.

Isteri beliau, Pn. Aznaliza Abdullah reda suaminya ditimpa ujian ini dan melihatnya dari sudut positif. Beliau tidak jemu menjaga suaminya tanpa mengeluh, dan pendapatan keluarga ini datang daripada pencen ilat PERKESO. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu keluarga ini daripada aspek pembiayaan kos perubatan sebanyak RM350 sebulan. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak dan semuanya masih bersekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui kaunselor SMK Damansara Damai, Pn. Asnah Ahmad di talian 011 1112 3600.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh En. Azmi Arshad, Penolong Kanan HEM, SMK Damansara Damai.

[AF-SGR-018]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;