Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan tiga (3) buah keluarga terpilih di kawasan Rawang. Serahan disempurnakan oleh Dato’ Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Basmi Kemiskinan. Keluarga yang berkenaan adalah;

RAWANG, 17 Mei 2019 – Pn. Tukinah bt Shahadan, 74 tahun, adalah seorang ibu tunggal yang tinggal menumpang di rumah anaknya di Kampung Kenanga, Rawang.

Beliau tidak bekerja dan mempunyai sebarang punca pendapatan dan hanya bergantung harap kepada anaknya yang mencari rezeki dengan menjual kuih. Pn. Tukinah menghidap kencing manis dan darah tinggi dan tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi.

Di rumah yang sama, 2 orang cucunya turut tinggal bersama – seorang bersekolah di darjah 4 dan seorang lagi berumur 4 tahun.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui Dato’ Selamat Amir di talian 019 238 5575.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Dato’ Selamat Amir dan Datin Tisah Mohd Taha.

[AF-SGR-014]

RAWANG, 17 Mei 2019 – En. Mohmad b Abdul Majid (64 tahun) diuji dengan pelbagai penyakit berat – kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang tahap 3. Akibat penyakit kencing manis, kaki sebelah kanan beliau telah dipotong pada tahun 2014.

Isteri beliau, Pn. Siti Aminah bt Mohamad (61 tahun) juga menghidap kencing manis dan perlu mengambil insulin 3 hingga 4 kali sehari. Keluarga ini tinggal di rumah sendiri dan turut menjaga cucu seramai 4 orang, dan ada menerima bantuan zakat.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui Dato’ Selamat Amir di talian 019 238 5575.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Dato’ Selamat Amir dan Datin Tisah Mohd Taha.

[AF-SGR-015]

RAWANG, 18 Mei 2019 – En. Adam b Mohd membantu isterinya, Pn. Norinnor bt Kairoman menjual kuih bagi menampung perbelanjaan keluarga. Pendapatan daripada menjual kuih adalah tidak menentu, secara puratanya RM800 sebulan. Pasangan ini mempunyai 5 orang anak di mana yang sulung berumur 14 tahun dan yang bongsu berumur 2 tahun.

Walau bagaimanapun, En. Adam ada masanya akan meninggalkan keluarga kerana mengikuti jemaah tabligh dan ketiadaannya menyulitkan urusan keluarga ini.

En. Adam dan isteri tinggal menyewa dengan kadar sewaan RM300 sebulan, dan keluarga ini menghadapi tunggakan bayaran utiliti (eletrik).

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1289 8057.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada YBK Usahasama Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Dato’ Selamat Amir dan Datin Tisah Mohd Taha.

[AF-SGR-016]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;