Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan sembilan (9) buah keluarga terpilih di kawasan PPR HICOM Shah Alam dan Taman Medan Petaling Jaya. Serahan disempurnakan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala, aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor. Keluarga yang berkenaan adalah;

KG BARU HICOM, 23 Mei 2019 – Ketika kami sampai di rumah ini, kami melihat dua orang budak kecil (anak responden) sedang bermain gasing menggunakan pemadam getah segi yang dicucuk butir beras sebagai pakunya.

Pn. Nur Asyila bt Roshad adalah seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anaknya. Beliau bekerja sebagai jurugegas (runner) dan kami dimaklumkan pendapatan adalah tidak menentu, bergantung kepada ‘job’ yang ada pada hari berkenaan.

Tinggal menyewa di Flat PPR HICOM bersama anak-anak. Keadaan rumah dilihat agak tidak terurus. Anak yang sulung berusia 11 tahun dan adik-adiknya masing-masing berumur 10, 7, dan 6 tahun.

Pn. Nur Asyila boleh dihubungi di talian 018 571 6880.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-019]

KG BARU HICOM, 23 Mei 2019 – Pn. Nasuriani Che Om adalah seorang ibu tunggal dengan 6 orang anak. Beliau tinggal menyewa di Flat PPR HICOM dengan kadar sewa RM250 sebulan.

Kesemua anak-anak beliau masih belajar. Anak yang sulung berumur 25 tahun dan sedang belajar di Management Sciences University (MSU). Tiga orang anaknya (21, 20 dan 18 tahun) belajar di Koleh Vokasional Ipoh. Seorang (15 tahun) belajar di tahfiz, dan yang bongsu berumur 13 tahun dan bersekolah di SMK Seksyen 27 Shah Alam.

Pn. Nasuriani boleh dihubungi melalui Pn. Roshidah Abdul A'ala (019 649 0369).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-020]

KG BARU HICOM, 23 Mei 2019 – En. Mohd Nizam b Mohamad dan Pn. Noraspalela bt Jamaluddin menyara keluarga dengan membuat kuih untuk dijual. Ketika kami sampai, kelihatan beliau sedang menyediakan kuih kapit (love letters) untuk dijual. Semua aktiviti penyediaan kuih dibuat di ruang tamu rumah.

Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak, namun 2 orang daripadanya adalah OKU. Anak ke-3, Nurfatihah (9 tahun) adalah OKU intelektual (hiper aktif) manakala adiknya, Siti Aminah (8 tahun) adalah OKU fizikal. En. Mohd Nizam dan isterinya perlu memberikan pengawasan penuh kepada Nurfatihah kerana sifat hiper aktifnya yang kadang-kala menyebabkannya merayau keluar rumah tanpa disedari.

Keluarga ini tinggal menyewa dengan kadar RM250 sebulan dan turut menerima bantuan zakat yang menanggung kos perubatan anak-anak OKU pasangan ini.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2888 7466.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-021]

KG BARU HICOM, 23 Mei 2019 – Pn. Noor Widiawanie bt Abdul Kadir adalah seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang berhampiran. Gaji bersih beliau adalah RM1,050 sebulan.

Beliau menanggung 5 orang anak yang masih belajar. Walaupun 3 orang anaknya tidak tinggal bersama kerana belajar di luar, namun Pn. Noor Widiawanie tetap perlu menghantar perbelanjaan bulanan kepada mereka.

Anak sulung beliau belajar di Kolej Komuniti di Terengganu, anak ke-2 dan ke-3 mengikuti pengajian pondok manakala anak ke-4 bersekolah di SK HICOM. Rumah yang didiami disewa dengan kadar RM250 sebulan dan beliau tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi.

Pn. Noor Widiawanie boleh dihubungi melalui Pn. Roshidah Abdul A'ala (019 649 0369).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada PYBK Construction Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-022]

PETALING JAYA, 23 Mei 2019 – Pn Norazimah bt Sharuddin, seorang ibu tunggal, menyara keluarganya dengan menjual pelbagai makanan ringan dan minuman di hadapan rumah. Kelazimannya selepas sesi persekolahan, ramai pelajar akan singgah membeli dan secara purata, beliau boleh memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Pendapatan hasil jualan tersebut digunakan untuk menanggung 4 orang anaknya yang masih belajar. Anak yang sulung berumur 16 tahun dan belajar di SMK Taman Medan. Anak-anak beliau yang lain berumur 14, 12 dan 7 tahun.

Pn. Norazimah dan anak-anak tinggal menumpang di rumah ibunya, jadi sedikit sebanyak telah meringankan beban kewangan. Beliau mendapat bantuan zakat sebanyak RM500 sebulan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012 242 7305.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-023]

PETALING JAYA, 23 Mei 2019 – Pn. Rosniza Mohd Amin, seorang ibu tunggal, tidak bekerja dan bergantung kepada pencet ilat PERKESO arwah suaminya. Difahamkan suami beliau meninggal dunia akibat serangan darah tinggi secara mengejut.

Pn. Rosniza menanggung 6 orang anaknya yang semuanya masih belajar. Anak yang sulung (21 tahun) sedang melanjutkan pelajaran di politeknik, anak yang kedua (17 tahun) mengambil sijik kemahiran manakala adik-adiknya yang lain (umur 16, 14, 11 dan 5 tahun) masih bersekolah.

Pn. Rosniza boleh dihubungi melalui Pn. Roshidah Abdul A'ala (019 649 0369).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-024]

PETALING JAYA, 23 Mei 2019 – Pernah bekerja sekejap bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) namun meletak jawatan kerana gaji yang kecil, kini Pn. Siti Aiesyah b Mat bekerja sebagai pembantu pemasaran syarikat telekomunikasi Maxis Berhad yang memberikan pulangan yang lebih munasabah. Ketika kami sampai, Pn. Siti Aiesyah keluar bekerja.

Beliau bertindak demikian kerana memerlukan punca pendapatan selepas berpisah dengan suami. Tinggal menumpang di rumah ibunya, Pn. Siti Aiesyah perlu juga menjaga kebajikan ibu di samping menanggung 4 orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Anak yang sulung berumur 7 tahun.

Pn. Siti Aiesyah boleh dihubungi melalui Pn. Roshidah Abdul A'ala (019 649 0369).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor) dan diterima oleh ibu beliau.

[AF-SGR-025]

PETALING JAYA, 23 Mei 2019 – Pn. Noraini Ahmad mengambil keputusan untuk tidak bekerja bagi menjaga seorang anaknya yang dikategorikan sebagai OKU.

Anak istimewa ini yang merupakan anak ke-2 beliau, Muhammad Nasrullah berumur 7 tahun tetapi difahamkan telah terlantar sejak umurnya 2 tahun dan pernah diserang pneumonia. Disebabkan itu, perkembangan fizikal dan mentalnya terganggu dan memerlukan pemerhatian khusus serta belajar di PDK.

Anak-anaknya yang lain berumur 9 tahun (sulung), 5 tahun, 3 tahun dan yang bongsu, 2 tahun. Keluarga ini tinggal menyewa dengan bayaran RM800 sebulan namun beban sewa ini diringankan dengan bantuan daripada zakat.

Pn. Noraini boleh dihubungi di talian 012 387 3465.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-026]

PETALING JAYA, 23 Mei 2019 – Seorang ibu tunggal, Pn. Fazliana Shaari mencari rezeki menanggung keluarga seramai 4 orang dengan mengambil upah sebagai pengasuh dengan pendapatan purata RM800 sebulan.

Dua orang anak beliau adalah OKU – Anak ke-2, Shuhaida (20 tahun) pernah mengalami kemalangan sewaktu berusia 15 tahun menyebabkan separuh tempurung kepala terpaksa dibuang. Namun anaknya ini masih boleh befikir dan bekerja namun kadang-kala sakit akan datang dan dia terpaksa ke hospital.

Anak bongsu beliau, Shazwan (18 tahun) hanya mampu terlantar di atas katil dan tidak mampu bergerak dan bertutur. Kami dimaklumkan anak ini menghidap sawan sejak berumur 3 bulan dan kesan daripada itu, tumbesaran dan keupayaan fizikal dan mentalnya terbantut.

Pihak JKM memberikan bantuan keperluan asas perubatan seperti lampin pakai buang manakala pihak zakat menanggung bayaran sewa rumah sebanyak RM300 sebulan.

Pn. Fazliana boleh dihubungi di talian 012 355 0642.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Hikmah Cantik Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Pn. Roshidah Abdul A'ala (aktivis masyarakat merangkap pengerusi pasukan perlindungan kanak-kanak Kuala Selangor).

[AF-SGR-027]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;