Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan tujuh (7) buah keluarga terpilih di kawasan Hulu Langat dan Serendah. Serahan disempurnakan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan. Keluarga yang berkenaan adalah;

HULU LANGAT, 21 Mei 2019 – Rumah usang yang disewa dengan kadar RM 250 sebulan dihuni oleh 4 sekeluarga. Encik Edi Ahmad bin Ahmahdin, tinggal dirumah tersebut bersama 3 anaknya sejak kematian isterinya 5 tahun yang lalu.

Waktu kerja yang tidak menentu memaksa beliau meninggalkan anak-anak menguruskan diri mereka sendiri. Bahagian dapur rumah ini tidak dapat digunakan kerana dipenuhi dengan barang-barang terpakai milik anak sulung Encik Edi yang bekerja sendiri.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 2350 7055.

Sumbangan SKR 2019 oleh Encik Sulaiman Vernon dan keluarga telah disampaikan oleh Encik Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Turut hadir, Puan Che Normalis bt Alias (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil), Puan Zasmarti bt Abdullah Nawani (Penolong Kanan HEM SMK Sultan Abdul Jalil) dan Puan Rusilawati bt Mohd Lazim (Penolong Kanan Sesi Petang SMK Sultan Abdul Jalil).

[MS-SGR-001]

HULU LANGAT, 21 Mei 2019 – Mempunyai seorang anak OKU yang memerlukan penjagaan yang rapi dirumah tidak memungkinkan Puan Azizah bt Mahmud untuk keluar bekerja.

Pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya kepada bantuan JKM yang diterima sebanyak RM 250 sebulan dan juga dari 2 orang anak beliau, Siti Hasmah dan Nurul Shatila yang bekerja di Semenyih dan Putrajaya. Anak bongsu beliau, Siti Sharazah tidak bekerja kerana membantu ibu menjaga abangnya dan menguruskan hal rumah.

Sumbangan SKR 2019 oleh Hikmah Cantik Sdn Bhd telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

[MS-SGR-002]

HULU LANGAT, 21 Mei 2019 – Ziarah Kasih Pengurus Besar YBK berkunjung di tingkat 4 Pangsapuri Sri Kundang, Hulu Langat, menziarahi keluarga Puan Zainon bt Ismail.

Rumah yang dihuni oleh Puan Zainon dan 7 orang anaknya ini hanya mempunyai keperluan minima sesebiah rumah. 3 orang anaknya bersekolah di SMK Abdul Jalil dan SK Tun Abdul Aziz Majid. 2 lagi anak Puan Zainon sudah tidak lagi meneruskan persekolahan. Anak bongsunya, Muhammad Khuzairi yang berusia 2 tahun di tinggalkan dalam penjagaan anak sulung beliau, Mohammad Zulhilmi (18 tahun) yang menjaga segala keperluan rumah dan juga ditugaskan menghantar dan mengambil adik-adiknya ke sekolah.

Puan Zainon bekerja sebagai pembantu am di HUKM, Cheras. Kisah lampau arwah suaminya yang dibebani hutang along memaksa beliau menghabiskan sebahagian besar gajinya bagi melangsaikan hutang tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-647 3005.

Sumbangan SKR 2019 oleh Encik Zaiful Ikhwan Zainal Abidin telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Turut hadir, Puan Che Normalis bt Alias (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil), Puan Zasmarti bt Abdullah Nawani (Penolong Kanan HEM SMK Sultan Abdul Jalil) dan Puan Rusilawati bt Mohd Lazim (Penolong Kanan Sesi Petang SMK Sultan Abdul Jalil).

[MS-SGR-003]

SERENDAH, 28 Mei 2019 – En. Muzzamil Emuhd Adib b Mohamad dahulunya merupakan anggota polis tetapi terpaksa berpencen awal kerana mengalami 'bipolar disorder' iaitu sejenis sindrom depresi. Ini menyebabkan beliau perlu dalam pemantauan hospital dan tidak mampu bekerja.

Selain itu, anak bongsu keluarga ini, Muhammad Firdaus Tan (6 tahun) menghidap sejenis penyakit genetik yang menyebabkan gangguan dalam keupayaan fizikal dan mentalnya. Dia hanya mampu terlantar, tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. Anak-anak beliau yang lain seramai 7 orang masih bersekolah.

Puan Roszalina Ruslan tidak bekerja dan bergantung kepada wang pencen suaminya. Namun nilainya tidak seberapa kerana sebahagian besar digunakan untuk membayar rumah. Mujur pihak zakat memberikan bantuan membayar kos perubatan untuk anak bongsunya.

Puan Roszalina boleh dihubungi di talian 012-914 6123.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan disaksinya oleh Pn. Sarina Shaari (Guru Besar SK Antara Gapi) dan Pn. Mazura Sidek (GPK HEM SK Antara Gapi).

[MS-SGR-006]

HULU LANGAT, 30 Mei 2019 – Pn. Norazian bt Mohd Zain adalah seorang ibu tunggal yang menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah. Beliau mencari rezeki untuk keluarga dengan bekerja sebagai operator kilang ProGuard berhampiran kediaman.

Kediaman yang diduduki merupakan milik sendiri namun masih dalam tempoh bayaran balik pinjaman bank sebanyak RM730 sebulan. Anak sulung beliau berumur 11 tahun dan belajar di SK Sg Tekali, manakala anak-anak yang lain masing-masing berumur 10, 8, dan 6 tahun, juga bersekolah di sekolah yang sama.

Beliau memaklumkan tidak pernah mendapat atau memohon bantuan daripada mana-mana agensi setakat ini.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3172 4299.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

[MS-SGR-011]

HULU LANGAT, 30 Mei 2019 – Pn. Zainab bt Mohamad @ Salleh menyara keluarganya dengan membuat kuih untuk dihantar ke gerai makan berhampiran rumah. Beliau membuat kuih hanya pada hari bekerja dan pendapatan adalah tidak menentu, lazimnya dalam julat RM200 sebulan.

Ibu tunggal ini tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana menghidap kencing manis sejak 3 tahun yang lepas. Beliau menanggung 3 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Anak sulung beliau bakal menduduki peperiksaan SPM manakala anak-anak yang lain masing-masing berumur 15 dan 9 tahun.

Rumah yang didiami adalah disewa dengan kadar RM200 sebulan. Beliau ada mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM300/bulan) dan Lembaga Zakat Selangor (RM250/bulan).

Pn. Zainab boleh dihubungi di talian 012 388 4230.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan disaksikan oleh Tuan Ahmad Musran b Tahir, Ketua Kampung merangkap Pengerusi MPKK Kg Melaka Mukim Cheras.

[MS-SGR-012]

SERENDAH, 30 Mei 2019 – En. Roslan Amerijo dan isteri, Pn. Rohaya bt Abu Bakar telah menetap di Kg Tok Pinang selama 13 tahun dan kami dimaklum pemilikan kediaman ini adalah hasil bantuan daripada YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerus YBK) semasa beliau menjadi wakil rakyat.

En. Roslan melakukan pelbagai kerja kampung bagi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja lasak kerana pernah diserang strok haba pada awal tahun yang telah melemahkan kudrat beliau. Isteri merupakan suri rumah sepenuh masa.

Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak tetapi 2 orang daripadanya menghidap penyakit hemofilia (darah sukar berhenti). Hanya seorang yang masih bersekolah iaitu yang bongsu berumur 16 tahun.

Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berbentuk bantuan sekolah dan Lembaga Zakat Selangor memberi bantuan barangan dapur secara bulanan.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013 211 7888.

[MS-SGR-013]

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;